Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009, Selamat Datang 2010



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung blog saya. Diam tak diam kita sekarang ini akan melangkah ke tahun baru 2010. Hanya tak kurang beberapa jam lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru dan meninggalkan tahun 2009 yang cukup bermakna dalam kehidupan saya dan tak kurang juga anda semua.

Menyorot rentetan pada tahun 2009 banyak perkara bermakna berlaku di dalam kehidupan saya. Banyak memori kenangan suka dan duka pada tahun 2009 ini. Pada tahun 2009 ni jugalah peristiwa sedih menyelubungi saya dan seluruh ahli keluarga saya pada petang Sabtu 11 April 2009 dimana datuk saya yang tercinta Allahyarham Li bin Ismail menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 82 tahun di Hospital Ampang, Selangor. Seluruh ahli keluarga berdukacita atas kembalinya kerahmatullah atok yang tercinta terutamanya memberi kesan dalam sejarah hidup saya kerana dari kecil sehingga saya berumur 21 tahun saya tinggal bersama datuk dan arwahlah yang banyak membimbing saya sehinggalah saya menjadi "manusia". Banyak kenangan bersamanya dan tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila, dan walaupun atok tiada lagi di dunia ini tetapi memori bersamanya selama lebih 21 tahun sentiasa terpahat dalam jiwa saya selamanya. Semoga atok tenang di sana dan ditempatkan bersama hamba-Nya yang soleh. Begitulah peristiwa sedih yang menyelubungi saya sekeluarga pada tahun 2009 dan tak lupa juga peristiwa sedih yang lain yang tak dapat saya luahkan didalam ini.

2009 ini juga memberi makna dan kesan terutamanya kenangan manis dalam hidup saya di mana saya berjaya menamatkan pengajian di dalam jurusan Diploma Ukur Bahan pada Mei 2009. Akhirnya setelah selama 3 tahun berhempas pulas memerah tenaga fikiran, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian pada peringkat diploma dengan keputusan yang agak cemerlang. Terima kasih juga kepada ibubapa saya yang memberi peluang kepada saya untuk menyambung pengajian. Tanpa mereka siapalah saya.

Tahun 2009 ini juga memberi makna kepada saya terutamanya di dalam dunia hobi antik ini. Saya dapat menambah ramai rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama didalam mengumpul barang-barang antik ini.

2010 akan menjelma, usia saya pun akan beranjak 23 tahun dan sudah tentulah setiap insan termasuk saya memiliki impian dan azam yang baru. Azam saya pada tahun baru 2010 ini ingin menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya dan ingin menumpukan kerjaya saya. Impian saya tahun 2010 ini mengharapkan agar saya memperolehi rezeki yang melimpah ruah dan dapat menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda jika diizinkan oleh-Nya. Kadang-kadang impian dan azam ini boleh tercapai dan terlaksana, kadangkala ianya hanya tinggal omong-omong kosong saja. Samaada ianya boleh terlaksana atau tidak, pucuk pangkalnya pada diri sendiri. Renung-renungkanlah...

Akhir kata dari saya selamat menyambut tahun baru 2010 dan segala kenangan dan peristiwa suka duka 2009 sama-samalah kita sematkan didalam memori kite.. Selamat tahun baru 2010....

Two Roses - Yang Dinanti, Tiba.....


Salam sejahtera semua dan semoga berbahagia di penghujung 2009.
N3 kali ni adalah mengenai kesinambungan n3 saya yang lepas iaitu n3 'two roses' dan 'bulan dah jatuh ke riba'.
Seperti yang telah saya janjikan yang saya akan buat n3 mengenai cawan two roses yang saya dapat dengan tak disangka2. Harini termakbulkah hajat saya untuk buat n3 mengenainya setelah habis disamak dan dicuci.
Bercerita mengenai cawan 2 roses ni saya dapat 4 biji saja tetapi berlainan cop di bahagian punggungnye tetapi masih 'made in japan' cuma cop saja berlainan. Kalau diperhatikan juga corak pada bunga cawan ni juga berbeza tetapi tak jauh beza sangat iaitu dari segi warnanye..dimana 2 biji cawan bunganya terang dan 2 biji lagi slow sikit warnanye. Saya dapat cawan ni tanpa piring tapi alhamdulillah berkat dari saya kumpul 4 biji piring yang dijumpai di kedai yang sama akhirnya dapat saya pasangkan untuk cawan2 ni tetapi 3 biji piring tapaknye agak kecil. Saya amat suke set ni dan berniat untuk menambah lagi koleksi set ni dan kalau boleh nak cari teko die pulak. Ok jom layan gambar die.


Inilah dia set cawan yang saya dapat. Kalau jumpa lg 2 biji dan cukup cun.




2 set cawan yang berlainan cop..ada sedikit perbezaan dari segi bentuk cawan dan warna bunga.


Piring kuih bersaiz 5", bunga pada piring lain dari yang lain tetapi masih corak two roses.


Keluarga bahagia koleksi two roses saya.

Belang Si Tureen



Hai semua...harini mengenai tureen yang sudah semestinya tak menarik perhatian ramai oleh kerana coraknye yang simple saja. Tapi yang membuatkan saya suka pada tureen ni adalah bentuknye yang unik iaitu pemegangnya..cube perhatikan betul2..pemegangnya berbeza daripada tureen2 yang lain. Corak pada badannye pula simple saja iaitu berbelang merah dan ada unsur2 corak geometri pada dalam lingkaran belang tu. Tureen ni saya ada lebih dan berniat untuk menjualnya bagi menampung perbelanjaan hobi saya ni..hehee..sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya di talian 017-5606196. Cepat sebelum terlambat.

Wednesday, December 30, 2009

Tepak Sireh Lambang Budaya

Salam sejahtera semua...
N3 kali ni bukan pasal pinggan mangkuk tapi yang nak ceritakan mengenai tepak sireh antik yang saya ada ni. Alkisahnye tepak sireh ni mmg dah lama dan saya dapat hasil dari hunting kat dalam rumah pusaka my late gradma beberape bulan yang lalu..hehee..tapi malangnye semua cembol (Isi dalam tepak sireh untuk letak pinang, cengkih,kapur dan ape2 bahan untuk makan sireh) didalamnye dah habis dirembat pencuri mana ntah sebab time tu semua barang tembaga nenek termasuklah belanga dan seterika tembaga tu hilang. Memang ada pencuri masuk rumah tu. Nasib baiklah semua pinggan mangkuk antik tu tak hilang. Ok berbalik pada cerita tepak sireh ni, ada tertulis nama makcik saya iaitu kak sulung abah. Dan saya tanya kat abah dan abah cakap tepak sireh tu merupakan tepak sireh sempena perkahwinan makcik saya tu (kakak ayah yang sulung) iaitu pada tahun 1959. Bermakna usia tepak sireh tu dah pun 50 tahun dan ayah cakap nenek saya tempah tepak sireh tu khas untuk perkahwinan makcik saya tu. Ayah jugak cakap, masa die nak meminang ibu, 35 tahun lalu, juga menggunakan tepak sireh ni.. Maknanye tepak sireh ni memang banyak kenangan yang bermakna lah..hehe... Saya pun ambil lah tepak sireh ni dan cuci elok2. Material pembuatannye memang 100% kayu dan saya tak pasti kayu ape yang digunakan. Dan menggunakan kemasan syelek dan ada hiasan berbentuk geometri kat luar tepak sireh ni. Ok jom sama2 kite tengok pic tepak sireh ni.


Pandangan luar tepak sireh ni..perhatikan corak pada permukaannye.


Ukiran bentuk geometri pada kaki tepak sireh ni.


Bahagian dalam tepak sireh ni. Kesemua cembulnya yang diperbuat daripada perak habis kena curi..memang sayang.


Bahagian dalamnye apabila dibuka..seakan bertingkat-tingkat.

Tuesday, December 29, 2009

Single Roses Tureen

Salam sejahtera semua...
Harini saya nak buat n3 mengenai salah satu koleksi tureen saya...saje bagi nama single roses sebab bunga ni saya tak penah nampak lagi kat mana2 blog. So bantai lah single roses memandangkan rosnya ada sekuntum jek. Seperti biasa tureen ni merupakan harta karun my late grandma..hehee..dah lama saya amik kat dalam rumah pusaka tu. Tureen ni kecik je dan seperti yang semua tahu orang perak menggunakan tureen ni sebagai bekas nasi tambah.. Saiz tureen ni lebih kurang 7 inci je. Masa saya jumpa kat dalam rumah nenek tu, di dalam bekas ni penuh dengan surat2 ape ntah dan resit2..ayah saya cakap, atok saya buat tempat letak kertas resit, bil air,api dan sebagainye..Ok lah sebelum saya merapu, jom tengok gambar tureeen ni.


Monday, December 28, 2009

Bulan Dah Jatuh Ke Riba

Bulan dah jatuh ke riba...ungkapan itu saja yang dapat saya katakan apabila hati seronok tak terkata bila barang yang di harap2kan tibe2 dapat dengan tak disangka2. Begini ceritanye, tak sampai pun beberape jam saya buat n3 baru mengenai set 2 roses di mana saya mengatakan ingin mencari cawan2 nya dan tak lama kemudian saya menjumpainya di kedai second hand. Memang gembira tak terkata. Macam tau2 je..
Waktu lunch tadi, sebelum makan saya sempat menyinggah ke kedai second hand yang biasa saya pegi tu di jalan pasir puteh, ipoh. Pada mulanya setelah ronda2 di tepi kedai dan di dalam kedai, saya tak jumpa ape2 dan menghampakan.. Sejurus tu, saya pun pergi lah ke belakang kedai dimana tempat memunggah barang2 dari atas lori yang baru didapati hasil ronda2 pekerja kedai tersebut di merata2 rumah. saya pun ternampaklah 3 buah kotak yang mengandungi pinggan mangkuk. Pada mulanya saya membuka kotak pertama dan tak ada apepun cume pinggan mangkuk baru dan begitu juga dengan kotak kedua. Dan akhirnya saya membuka kotak ketiga dan alangkah terkejutnya saya didalamnye penuh dengan cawan2 lama dan kesemuanya merupakan jenis mulut besar atau mulut jahat. Saya pun membelek2 kandungan kotak tu dan paling mengejutkan saya ialah terdapat cawan mulut jahat bunga 2 roses..saya terkejet sebab beberapa jam sebelum tu baru saja saya buat n3 mengenai 2 roses ni dan hasrat saya mencarinya, tak lama lepas tu dan hanya selang sejam dua saya dapat menjumpainya dan malangnya semua cawan tu tak da piring. Tapi saya tak kesahlah sebab piring boleh di cari, cawan tu memang susah nak cari kan. Kesemuanya ada 4 jenis corak bunga iaitu bungak kangkung, 2 roses, buluh emas dan ros merah (kak yatt ada). Ok kat bawah ni saya tunjuk contoh cawan 2 roses tu, sori ye kak yatt saya pinjam gambar..hehee...nanti dah siap basuh saya buat n3 cawan tu.


Macam nilah rupe bunga cawan yang saya dapat tu, cuma cawan tu jenis mulut jahat. Agak2 bila la nak dapat teko die. Kalau ada sesapa terjumpe,ternampak atau nak jual teko dan piring macam cawan ni contact lah saya ye. Oklah nanti saya buat n3 cawan2 tu bile dah dicuci ye.

My Two Roses

Salam sejahtera semua, harini saya nak kongsi dengan kalian semua koleksi 2 roses sy ni..barulah dapat wat n3 pasal 2 roses ni hasil dari pencarian harta karun saya di rumah. Sebelum ni tak tau mana letaknye sebab saya simpan dan kemas2 di dalam kotak.. Oklah yang ni juga merupakan harta warisan nenek saya dan satu ketika dulu ianya mempunyai set yang lengkap beserta dengan teko dan cawan2 nye...so,dengan peredaran zaman dan usia set 2 roses ni, maka banyaklah yang dah pergi tak kembali lagi...hehehe dan akhirnye tinggallah yang seciput ni...apapun saya bersyukur kerana tureen die tak pecah...sayang wooo kalau pecah..ok jom kite layan gambar2 set 2 roses ni...


Inilah kesemua koleksi 2 roses saya yang tinggal..yang lain dah musnah ditelan zaman..hehehe


Antara pinggan dan piring yang ada...



Jeng..jeng..jeng...dan ini merupakan harta 2 roses yang paling saya sayang skali..saiz die memang besar..cukup untuk nasi 6 orang makan..hehee...

Ni saje lah mengenai 2 roses sy ni..kalau ada sape2 nak letgo cawan dan tekonye roger saya k.

Saturday, December 26, 2009

Si Labu Berbunga

Hai semua,yang ni saya nak cter pasal labu kaca saya paling saya sayang skali..labu ni memang dah lama. Nenek saya juga yang punya..abah cakap, masa die kecik2 lagi labu ni dah ada..abah cter kalau lepas je die bermain time kecik2 dulu opah akan sediakan air masak kat dalam labu ni untuk die..Lebih kurang lewat 50an ayah cakap opah beli labu ni. Saya suke labu ni sebab kat badan dan gelas die ada corak berlorek berbunga. Kalau tengok betul2 memang cntik..Ok jom kite tengk gambar labu ni..


Ni lah die corak bunga pada badan labu ni..cube perhatikan betul2..maaf la, gambar tak brape nak clear.


Rupbentuk labu dengan gelasnya.


Setelah dibuka gelasnye, beginilah rupe labu ni..nampak biasa tp kehalusan ukiran bunga pada kacanye memang cntik..kaca labu ni memang nipis sangat dan mudah pecah. Agaknye macam manalah dorang ukir kat badan labu ni kan. dah la nipis gler..

Oklah selesai sudah cter mengenai labu kaca kesayangan saya ni..kalau saya ada jumpa yang baru, saya buat n3 nti ye..

Si Labu Berpinggang Ramping

Hehee..saya main bantai je bagi nama labu putih ni...kat atas badan die tu seakan2 pinggang yang ramping..walaupun nampak biasa dan kaler putih je tapi labu ni memang cantik sebab rupe bentuk die yang ramping ke atas..yang ni merupakan peninggalan nenek saya..Kaca die ni tak macam kaca2 dulu2 yang lain..kaca die memang tebal sangat dan berat berbanding labu2 kaca saya yang lain.. ok jom layan..


Rupebentuk labu bila ditutup...kaca die tu memang tebal..letak air panas pun tahan.


Ni lah rupebentuk si labu ni bila gelasnya dibuka..perhatikan bentuknye..cantik kan..

Si Labu Coklat

Kali ni cter mengenai labu coklat ni pulak..ntah la,nak cakap kaler coklat boleh,kuning pun boleh...ape2 je la..asal sesuai..hahhaaa...Labu ni pun rupebentuk die cantik jugak sebab kat badan die ada macam bekas berlingkar2 macam spiral..saya juga ada set jug yang serupe kaler n bentuk macam ni..nanti saya buat n3 ye...labu ni saya rase bertuah dapat kat kedai apek pada harga RM7.00 je..dah lama dah kat kedai apek tu terdisply kat atas rak, las2 saya tengok macam minat je,then saya pu rembat..hehee..


Rupe si labu bila ditutup dengan gelasnye...


Camnilah rupe si labu ni bila di buka gelasnye...perhatikan pada badan labu ni, ada bentuk seakan spiral yang membuatkan die bertambah cun..hehheee

Si Labu Hijau

Salam semua...N3 khas untuk kak yatt yang meminati labu kaca ni gak..hehee..seperti yang saya janjikan, saya nak buat n3 pasal labu2 kaca saya yang ada seciput ni..harini cter pasal labu hijau bulat ni...
Labu ni sy dapat kat ML lbh kurang 2-3 mgu yang sudah..sama time masa kak nannie datang ML..Labu ni memang cantik, bentuk die unik skit dan lain dari yang lain sebab kat bawah container die tu bentuk bulat dan meruncing ke atas..ok jom layan....


Rupabentuk labu ni bila ditutup dengan gelasnye...


Camnilah rupenye bila tutup dibuka..cantik kan..hehhee

Thursday, December 24, 2009

Pink China

Salam sejahtera semua, dengan kelapangan yang ada ni, saya buat la sebanyak mana pun n3 yang mampu..hehehee...kali ni saya nak buat n3 set pink china ni...namapk macam set rossa england tp cop mohor dibawah bontotnye adalah made in china. pasal tu la saya panggil set ni pink china..hehehee...Set ni saya baru dapat hasil hunting..skali dapat satu set lengkap lg..heheee...set ni memang menawan hati walau plain saja tapi nampak eklusif dan mewah..hehehehe pandai2 je... Ok jom layan...


Keluarga pink china saya..piring 3 biji dibelakang tu pun merupakan set yang sama juga.


Ibu kepada anak2 set pink china ni..memang cantik...menawan kalbu...


Ni pula anak2nye..cantik kan cawan ni..heheee


Cop mohor pada bontot set ni

Koleksi Labu Kaca

Salam sejahtera semua...
Kali ni saya nak buat n3 lain dari yang lain iaitu labu kaca. Yang kite semua tau labu sayong je kan yang popular di negeri perak khususnya dan di kuala kangsar amnye..hehee
Labu kaca ni juga merupakan tempat untuk mengisi air.
Orang dulu2 jadikan bekas labu kaca ni sebagai tempat untuk mengisi air masak kerana senang untuk diambil sebab penutupnye menyerupai sebiji gelas dan dijadikan sebagai tempat untuk minum. Di bawah ni merupakan antara koleksi labu kaca yang yang kesemuanya melebihi 40 tahun. 2 buah labu kaca tu merupakan warisan keluarga sebelah ayah dan yang lain2 tu hunting di ML dan kedai apek..hehee..


4 biji koleksi labu kaca saya. Saya juga berusaha untuk menambah lebih banyak lagi koleksi labu kaca ni. Kalau ada sesape yang nampak untuk dijual or kat mana2 ke bagitau saya ye.. Ok nanti saya akan buat n3 satu persatu keempat empat biji labu kaca ni. tunggu ye...

Gila Hunting

Salam sejahtera semua.....
Hari Jumaat yang lepas, saya menerima satu panggilan daripada seorang nyonya ni..hehehe
sebab die dah janji nak call saya kalau ada jumpa barang di stor die, lgpun die cakap stor die memang dah takda ape, yang die nak cari tu je la yang tinggal pun.. So saya pun excited la, agaknye ape la barang yang nyonya ni nak bagi kat saya.. Hari jumaat tu saya tak dapat pegi sebab keje banyak dan takda masa. So hari sabtu tu saya pun pagi2 lagi dah bangun umtuk pegi ke tempat yang di tuju... Sesampai je saya kat tempat tu saya pun ditunjukkanlah oleh si nyonya ni barang2 yang die nak bagi kat saya.. bukan bagi ye, jual..hehehee...Saya pun tengok la bungkusan dan kotak2 untuk saya. Mak aih, alangkah terkejutnya saya bila tengok banyaknye barang nyonya ni bagi untuk saya yang paling saya suke sebab semuanya saya dapat cawan dan cawan2 tu memang saya cari.
paling banyak dapat cawang kangkung tapi berlainnan jenis. harap maaf nak barter memang takda sebab limited..hehehee...saya pun ape lagi, dengan hati yang ceria dan gumbira terus bawa dan bayar semuanya. Saya pun suruh la nyonya tu cari dalam stor die tapi nyonya tu cakap memang dah takda lagi..yang die bagi tu je yang tinggal..die dah habis cari dan memang takda...hehhee...kat bawah tu gambar2 hasil hunting saya.. Nanti saya akan buat n3 semua barang2 tu..tunggu dan bersabar ye..hehehee


Bungkusan hasil hunting saya. Agak2 ape benda la kat dalam tu ye..hehehe


Proses membasuh. memang letih giler. dah macam basuh pinggan rumah orang kenduri.


Semua barang2 setelah dicuci. Nantikan n3 nye dari saya ye...

Kekwa Hitam

Salam sejahtera...hai ape kabar semua?? hehehe...Maaf la, sejak dua menjak ni asik busy je ngan keje luar nak masuk opis pun tak da masa. N3 pun dah lama tak buat..heheh...so, dengan kesempatan yang ada ni saya nak buat n3 koleksi kekwa hitam yang saya ada ni. Walaupun gelap dan hitam tapi saya tetap suke menyimpannye..hehee...diantara koleksi ni ada yang saya dapat di ML dan juga warisan opah..ok jom layan.


Keluarga si kekwa hitam saya...hitam namun menawan...


koleksi piring, pinggan dan mangkuk kekwa hitam..mangkuk bujur tu yang paling saya suke skali..


Jom minum kopi bersama kekwa hitam..hehehee


cawang bujang bunga hitam...kalau sesiapa ada cawan mulut besar extra bgtau saya ye..

Wednesday, December 16, 2009

Warisan Oren Berkilau

N3 kali ni merupakan kesinambungan n3 oren berkilau saya cume yang ni merupakan koleksi berharga pada saya kerana ianya merupakan koleksi turun temurun keluarga saya dan telah 4 generasi menyimpannye....jom layan...


Teko ni merupakan teko peninggalan moyang saya. Walaupun tak nampak cantik dan menarik perhatian tapi ia nampak sungguh klasik. Menurut nenek, teko ni di beli moyang sekitar tahun 1920an. Kira2 usianya melebihi 80tahun.


Corak kapal dan bunga2 pada bahagian teko...memang klasik sungguh.


Dan yang ni pula juga merupakan mangkuk sambal peninggalan moyang. sebelah kiri tu penuh dgn motif flora dan sebelah kanan tak tau corak ape...hehehe..tapi macam ada unsur2 pengaruh corak cina.

Ok itu saja n3 mengenai oren berkilau saya ni..Selamat menjamu mata.

Oren Berkilau..........

Helllooww, kali ni saya nak berkongsi koleksi oren berkilau yang mana antara koleksi kesayangan saya ni..hehee
Kebanyakan koleksi ni dah berusia berpuluh tahun dan merupakan warisan keluarga saya. Ok jom kite tengok...


Antara teko oren berkilau ataupun lbh dinelali sebagai teko sakura oren yang saya ada..hehe yg belah kiri tu saya ada extra..kalau berminat roger2 lah ye..manakala sebelah kanan tu peninggalan moyang.

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiF_jfhL0TxeoRATau8bdefYZoYcwBd4eTTmiikPdPjr_EQaqOtlXh7MZsK7tB2HmK-mcIw8QDSQIW-TBqiX2-pESKwYbEP8q39dzesEJc61SBRuc-NH5eTxzMSL_-TDC0EIyd1p3hj7S4/s1600-h/PICT0023.JPG">
Yang ni pula cawan sakura oren bulat. Pun cantik jugak di mata saya.


Yang ni pula Cawan mulut besar sakura oren...baru je dapat minggu lepas kat ML. Rase bertuah sgt..hehee


Antara koleksi keluarga si oren saya..

Si Kekwa Biru....







Hai, kali ni saya nak tunjukkan koleksi kesayangan saya iaitu set kewa biru ni..hehehe.. Saya rasa bertuah dan beruntung sangat sebab dapat memiliki set kekwa biru ni... Memang berbaloi sungguh saya membelinye, hanya sekeping not merah saja saya dapat memiliki set kekwa biru ni...jangan jeles..hehee. cawan, piring, creamer, sugar pot dan pinggan mungkumnya memang cantik skali.. Walaubagaimanapun, masih ada kekurangan di dalam set ni, iaitu ibunye si teko.. So kalau ada kawan2 yang terjumpe ke kat mana2 ke, terlebih teko ke, roger2 lah saya ye...