Thursday, April 29, 2010

Dapat Award Lagi...


Salam sejahtera dah lama dapat awrd ni tapi harini baru ada kesempatan nak tampal kat blog...sejak dua menjak ni asik sebok dengan konvo dan penyakit malas....
Award ni saya dapat daripada 2 orang abang yang hensem iaitu abang Shariff64 dan abang aris...thanks ye bro sebab sudi bagi award kat saya...
ok sampi sini je..jumpa lagi...bye2...

Friday, April 23, 2010

Moh Kite Join G.A. Kak Chemp

KATEGORI ENGLISH LAVENDER


Salam sejahtera semua...kali ni saya nak bawa kawan2 untuk sama2 kite memeriahkan GA yang dianjurkan oleh kak chemp dari blog CHEMPAQA LAVENDER....
Hadiahnya amat lumayan dan ada 2 kategori iaitu English dan antik...so anda boleh lah pilih kategori ape yang anda nak. Saya pilih untuk kategori English kerana berkenan dengan hadiah2nya...sape2 nak join, bolehlah baca syarat2nya di blog kak chemp ye...so, ape lagi, jom ramai2 kite join....bye2...

Friday, April 16, 2010

Teko Mini Japan

Salam sejahtera semua...
Tengah rajin buat n3 ni, buatlah seberapa banyak yang boleh, lagipun kerja kat ofis pun semakin kurang dek kerana projek pun dah nak siap, tunggu final account je, so kesempatan ni, dapat la saya luangkan masa untuk buat n3.
Hari ni cuma n3 yang serba ringkas iaitu Teko Mini Japan di mana saya cuma ada 3 biji saja. Mungkin ramai yang tak minat dengan teko ni, mungkin kerana motif coraknya yang tidak menarik tapi bagi saya, ianya amat menarik.
Menurut En. Taj dari Pinggan Mangkuk Cawan Teko, teko jenis ini dikeluarkan dari tahun 1900 hinga 1940 dan merupakan keluaran negara Jepun. Bermakna usia teko ini diantara 70-110 tahun. Untuk keterangan lebih lanjut boleh lihat di blog En.Taj dan klik disini.
Ok jom sama-sama kita lihat gambar-gambar di bawah...


Teko mini 3 beradik yang ada dalam simpanan saya.

Teko berbentuk seakan-akan buah pear bermotifkan geometri dan flora dengan warna emas. Tingginya cuma 4" saja. Hasil rembatan dari Yop Man Kampar. Terima kasih bebanyak le yop..dapat juge teman tekoi rope ini..hehehee
Yang ini pula teko berbentuk labu yang juga bermotifkan flora dengan warna emas yang agak pudar, sepadan dengan usianya. Hasil pembelian dengan Makcik Zaitun. Ianya lebih kecil dengan tinggi yang tidak sampai 3.5".

Dan yang ini juga teko menyerupai bentuk buah pear. Lebih kecil dari teko yang pertama tadi. Tingginya tidak sampai 3.5". Bermotifkan flora dan fauna. Terdapat gambar gajah pada teko ini. Ini juga merupakan pembelian dengan Yop Man Kampar.

Sekian saja mengenai teko mini japan saya. Di harap dapatlah saya mengumpul teko sebegini lagi kalau2 ada terjual di mana..Selamat menjamu mata.....byee

Thursday, April 15, 2010

Make Over Zany - Part II

Welcome to make Over Zany Part II...
Hehehe...hari ni saya nak buat n3 mengenai almari antik yang dah dibaikpulih oleh saya sendiri...sekali sekala buat kerja macam ni memang best...puas hati sebab kerja tangan sendiri kan...Actually n3 ni khas untuk kak laily salah seorang silent reader di blog-blog kita ni....Almari ni dibeli dengan salah seorang peniaga di Memory Lane dengan harga yang berpatutan. Sampai-sampai je kat rumah terus saya basuh, kemudian dah kering saya gosokkan dengan kertas pasir dan seterusnya saya sapu dengan syelek. Hanya 2 hari saja saya siapkan almari ni. Sehari untuk kerja-kerja mencuci dan menggosok dengan kertas pasir dan sehari lagi untuk kerja-kerja menyapu syelek... Almari ni tak la besar sangat cuma tingginya lebih kurang 4' dan lebarnya 3'.
Ok jom sama-sama kita layan gambar....


Beginilah keadaanya almari ni setelah saya basuh dan saya gosokkan dengan kertas pasir. Terdapat sedikit kesan gigit tikus pada atas pintu almari belah kiri. tapi tak apalah, pada saya tetap cun dan nampak lebih antik...

Dan ini merupakan hasilnya setelah saya sapukan syelek dan di bawa masuk ke dalam rumah....Kosong dan tak da barang2 lagi..

Pandangan sudut tepi almari...bahagian tepi tidak bercermin...cuma berdinding papan sahaja.

Bahagian kaki almari...kakinya yang sungguh menawan...hihihi

Bahagian pintu almari yang mempunyai lekuk-lekuk.

Dan inilah hasil susunan saya...caca marba..hehe...malas nak susun...susun ala kadar saja..kalau rajin barulah susun semula..

Pandangan dari tepi...tingkap kat belakang almari tak da langsir, tengah basuh belum sempat pasang lagi....hehee

Ok sekian saja n3 saya kali ni. Selamat menjamu mata....byeeee






Wednesday, April 14, 2010

Jom Join G.A. Kak Saidah....

Salam sejahtera semua...harini saya nak ajak kawan2 semua join G.A. yang dianjurkan Kak Saidah...hadiahnya memang lumayan..apa lagi..jom ramai2 kita join...moh kite bace ape hadiah dan syaratnye....


Hadiah ke 10 - sepasang cawan wild rose dan 4 biji acuan kuih lompang wild rose



Hadiah ke 9 - 2 biji teko kangkung (w/o chop)



Hadiah ke 7 & ke 8 - masing-masing 3 pasang cawan VCR


Hadiah ke 6 - sepasang cawan mulut lebar VCR



Hadiah ke 4 - 3 biji piring VCR, hadiah ke 5 - 2 biji piring vcr



hadiah ke 3 - sebiji sugar bowl vcr tanpa cover



Hadiah ke 2 - teko vcr


:
Hadiah pertama : 8 pasang cawan buluh hijau, sebiji sugar bowl tanpa tutup dan 1 biji pinggan mungkum
Nuffnang Ads

Syarat-syarat peraduan adalah seperti berikut:

1- Tarikh peraduan bermula hari ini hingga 30hb May, 2010

2 - Terbuka kepada semua kawan-kawan di Malaysia sahaja yg menjadi Follower . Kepada yg belum jadi follower kenalah jadi follower saya dahulu.

3- Linkkan blog saya kepada blog masing-masing dan buat sedikit N3 berkenaan dgn blog saya ini.

4- Memberi komen dalam entry ini..(komen di shoutbox tidak diambil kira) 4-Nama pemenang akan diumumkan pada minggu pertama bulan June.

5 - 1 Hadiah khas (misteri) akan diberikan kepada referral yg paling banyak disebut oleh pemberi komen. ( contoh kalau A tengok N3 giveaway ini dari blog B, sila mention nama B dalam komen mereka so that B akan dapat hadiah misteri)

5- Penghantaran hadiah adalah dari minggu kedua JUne hingga ke 30 June. Pemenang akan dihubungi jika terdapat sebarang kelewatan dalam penghantaran hadiah.



Selamat Mencuba Nasib...hehehee

Tuesday, April 13, 2010

Pink Yellow Roses Part II

N3 kali ni merupakan kesinambungan n3 saya yang lepas iaitu set Pink and Yellow Roses ni. Ia merupakan sedikit penambahan kepada koleksi Pink & Yellow Roses. Anda boleh klik disini untuk melihat n3 koleksi pink & yellow roses saya yang lepas. Apa yang nak saya kongsikan kali ni adalah teko shape yang agak tirus ke bawah Antara blogger yang ada teko serupa ini ialah Kak Shas dan Kak Yatt. Dan yang terbaru, Kak Rohas berjaya membida teko yang serupa daripada saya..hehe..Selain itu saya juga telah berjaya untuk memburu set cawan mulut lebar dan 2 biji mangkuk jeluk kecil. Ok jom sama-sama kita layan gambar....


Teko shape tirus ke bawah bersama set cawan mulut lebar..

Pandangan lebih jelas lagi teko ini...bentuknya yang montok dan tirus ke bawah...saiznya juga amat besar. Sesuai untuk menjamu 6 orang minum.

6 set cawan mulut lebar yang saya beli dari abang k-rol dan 1 set daripada mak cik zaiton. Walaupun dalam kategori mulut lebar tetapi bentuknya agak berlainan sedikit dengan yang saya beli dari mak cik zaiton.

2 set cawan mulut lebar yang berlainan bentuk...cuba perhatikan...di sebelah kiri saya beli dengan cik tun manakala sebelah kanan dari abang k-rol.
Jenis pertama

Jenis kedua

2 biji mangkuk jeluk yang amat kecil. Saiznya hanya 2.5".
Perbezaan saiz mangkuk dan cawan...

Akhirnya bersatulah kesemua koleksi Pink & Yellow Roses saya. Selamat menjamu mata..

Award Dari Kak Chemp




Harini saya nak tempek award bunga ros ni dari kak Chempaqa kita... thanks kak bagi saya dan kawan2 yang lain bunga ros ni..
Harap2 lepas ni bau wangi harum semerbak la blog saya...hahaha

Twin Roses For Sale

PINGGAN BUJUR TWIN ROSES
SAIZ 10"
ADA SEBIJI SAJA
RM40



PINGGAN MUNGKUM@PINGGAN LAUK TWIN ROSE
SAIZ 8 INCI
ADA 2 BIJI SAJA
RM30 UNTUK 2 BIJI






HARGA ADALAH TETAP DAN TIDAK TERMASUK POS. JIKA AMBIL SEMUA ITEM DIATAS FREE POS BIASA. JIKA BERMINAT HUBUNGI SAYA 0175606196 ZANY. TQ.

Monday, April 12, 2010

Setahun Pemergianmu.....Al-Fatihah Untukmu....

Semalam, 11 April 2010 genaplah setahun pemergian datuk saya Allahyarham Ku Li @ Lee bin Ku Ismail ke rahmatullah ta'ala. Diam tak diam sudah setahun atok pergi menyahut seruan ilahi mengadap penciptanya. Namun bagi saya, pemergian atok terasa baru semalam. Sepanjang hidup saya, saya hanya mengenali beliau seorang saja sebagai datuk saya kerana datuk di sebelah bapa meninggal dunia sewaktu saya masih kecil. Saya juga tinggal bersama datuk sejak usia saya 3 tahun sehinggalah saya dewasa, jadi memang saya terlalu merasa kehilangnya, kerana sejak kecil saya tinggal bersamanya, ke mana2 pergi pasti saya akan mengikutinya.

Menyorot kisah kehidupan datuk, beliau lebih di kenali sebagai Ku Bulat, dilahirkan pada tahun 1927 di Jeram, Kuala Dipang, Kampar, Perak. Merupakan cahayamata ke 4 kepada pasangan Ku Ismail bin Imam Diraja Ku Muhammad dan Maya Binti Kulop Abdul Raffar. Beliau juga merupakan cucunda kepada Orang Kaya Imam Paduka Tuan, Imam Diraja Muhammad ketika era pemerintahan Sultan Abdul Aziz.

Sepanjang hayatnya, datuk memang tidak pernah mengalami apa-apa penyakit kronik sehinggalah pada awal tahun 2009 datuk sering tidak sihat dan sentiasa berada dalam keadaan lemah. Jangkaan kami sekeluarga hanya sakit biasa orang tua, maklumlah datuk pun sudah lanjut usianya ketika itu. Sehinggalah pada 26 March 2009 datuk di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan kerana keadaanya yang semakin lemah.
Tidak sampai sehari datuk di Hospital Ipoh, atas kata sepakat makcik-makcik dan pakcik-pakcik saya, datuk di bawa ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur kerana anak-anak dan cucu-cucunya ramai yang bermaustatin di sana dan mudah untuk melawatnya. Sepanjang datuk di hospital itu juga, saya berulang - alik seminggu 3 kali dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur menziarahinya di hospital demi atok yang tercinta. Ketika itu saya masih menuntut di Kelantan. Nasib baiklah ada pengangkutan udara, tidaklah terasa terlalu letih berulang-alik. Setelah pemeriksaan di buat, doktor mengesahkan datuk menghidap kanser paru-paru, alangkah terkejutnya kami sekeluarga kerana pada usia 82 tahun datuk mendapat penyakit seperti itu dan datuk juga bukanlah seorang perokok. Mungkin ujian dari Tuhan dan penyakit tidak mengenal sesiapa pun...kita sebagai hamba-Nya mestilah redha dengan ketentuan-Nya.

Pada 6 March 2009 datuk koma dan tidak sedarkan diri sehinggalah pada 8 march 2009 datuk kembali sedar tetapi dalam keadaan yang amat lemah. Akhirnya pada petang Sabtu 11 April 2009 datuk menghembuskan nafas terakhir di sisi nenek, anak-anak serta cucunya di Hospital Ampang pada usia 82 tahun. Jenazah datuk di bawa balik ke kampung halaman kami untuk di semadikan. Terasa bagaikan dunia ini terlalu gelap, pemergian datuk satu kehilangan yang amat besar buat saya...beliaulah yang banyak mengajar saya menjadi seorang yang bergelar manusia. Tiada lagi gurau senda dan nasihat yang dapat saya dengar. Hampir setiap hari saya pasti akan teringatkan datuk, apakan daya saya sebagai seorang hamba yang lemah, hanya doa dan menziarahi pusaranya sahaja yang dapat saya berikan untuknya. Memori bersama datuk sentiasa akan terpahat dalam diri saya. Semoga roh atok dicucuri rahmat dan tenanglah atok di sana....Setahun pemergianmu bagaikan sehari....Al-Fatihah untukmu....

Friday, April 9, 2010

Lelong!!! Lelong!!! Lelong!!!



Salam sejahtera semua, seperti yang saya janjikan, harini saya nak lelong teko pink and yellow ni kepada sesiapa yang berminat. Condition amatlah cun dan tekonya agak besar. Keadaan teko adalah seperti gambar di atas.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah membidanya dan hendaklah emailkan kepada saya di fa_zani@yahoo.com

Bidaan bermula dengan harga RM65.00. Pembida tertinggi layak untuk membeli seterusnya memiliki teko ini.

Bidaan dibuka mulai jam 7.00 malam (9 April 2010) ini sehinggalah jam 3.00 petang esok (10 April 2010)...

Jadi, kepada yang berminat cepat2 email harga bidaan anda bersekali nama dan no. telefon ye....

Terima kasih....

SOLD
Masa membida telah tamat.

Pemenang bidaan adalah Kak Rohas dari
Teratak Rohas dengan harga bidaan RM125.50. Tahniah kak...saya akan hubungi akak nanti.

Kepada mereka yang tidak berjaya, jangan hampa. Kepada mereka2 yang telah membida, sebagai tanda penghargaan kepada anda, saya beri voucher potongan 30% untuk membeli ape2 jua barang yang anda minat di blog saya dan ada hadiah misteri dengan setiap pembelian anda.

Sekian, Terima Kasih.....

Thursday, April 8, 2010

Winter Sakura

Salam sejahtera semua....
Beribu kemaafan saya pohonkan kerana rasanya dah lama juga saya tak buat n3 untuk berkongsi koleksi saya dengan semua pembaca sekalian. Sebok pulak saya membuat jualan amal di blog...hehehe...Apapun, saya harap semua pembaca blog saya tidak jemu untuk menyinggah di blog saya ini, dalam pada tu, dapatlah kita mengeratkan silaturrahim walau bertemu di alam maya...

Oklah apa yang nak saya kongsikan harini adalah set sakura yang sudah pastinya semua blogger pun dah ada, baru2 ni cik mat gebu pun dah buat n3 sakuranya yang amat meletopsss...ada lebih campak sini skit ye abang mat, exspecially yang jenis bersiku tu..hehee.
Koleksi sakura saya ni takda lah mengancam sangat, caca marba pun..hehhee...saya dapat sikit2 dimerata tempat, ada berbarter, kedai apek, memory lane, kedai antik dan juga kedai second hand. Saya pun tengah tunggu si sakura ni jugak hasil barter dengan kak nyna..hehehe...
ok jom layan gambar...


Inilah keluarga koleksi sakura yang saya ada...harap2 beranak pinaklah...

3 pasang cawan mulut lebar digandingkan bersama teko aladin, piring kuih, sugar pot dan creamer.

Teko aladin sakura....menyimpan 1000 kenangan di mana teko ni lah tanda awal perkenalan saya dengan kak yatt....hasil barter dengannya....thanks sis....

2 biji teko bulat mini yang berlainan saiz.....yang paling kecil barter dengan kak nannie dan satu lagi saya hunting di nyonya...hehehee


Creamer jug dari kedai antik..rasa happy sangat dapat creamer ni walupun harganya boleh tahan..hehhee

Sugar pot yang juga saya dapat dari kedai antik...


set cawan shape loceng, ada sepasang saja jumpa di kedai 2nd.

Cawan mulut lebar juga dapat di kedai 2nd....ada 3 pasang...memang berbaloi sangat harganya...


Cawan jenis berkaki juga dari kedai 2nd..ada sepasang saja..
.

5 biji piring kuih yang baru saja saja beli dari memory lane...


Mangkuk jeluk kecil..
.

Dan yang ini adalah extra item yang saya ada...tapi cacat, sugar pot satu pemegangnya patah dan mini teko tu tangkainya patah..memang dapat begitu....keduanya tiada tutup...saya nak letgo, sapa berminat contact saya k.

Sekian saja mengenai koleksi sakura saya...selamat menjamu mata dan jumpa di n3 akan datang..bye...



P/S : Kepada peminat corak pink & yellow roses yang masih mencari2 tekonya, nantikan lelongan dari saya esok...ada 2biji teko bentuk yang menawan untuk di lelong...sapa membida paling tinggi dia dapat...ok nantikan ye...tunggu...