Monday, June 28, 2010

Almari Antik Lagi

Hai, Salam sejahtera semua.....
Hari ni saya nak kongsikan almari antik saya lagi...ditujukan buat Kak Yatt, maaf ye kak, aritu tak sempat nak buat n3, arini baru sinang sikit...hehehe....
Actually almari ni sebenarnye adalah almari pakaian, masa mula2 tengok almari ni terus saya bekenan, sebab dah lama saya cari almari patern ni tapi yang saya slalu nampak kat kedai 2nd yang 2 pintu, sama macam kat rumah moyang saya, almari macam ni jugak tapi 2 pintu. Kalau 2 pintu susah sikit nak di modified sebab sebelah pintu lagi papan penuh. Lagipun apa yang menarik minat saya pada almari ini adalah terdapat belang2 seperti garisan pada bahagian depan almari.....sungguh kreatif hasil kerja orang dulu-dulu.So, dapat je almari ni terus saya dapat idea nak tukar cermin muka pada pintu almari ni kepada cermin jernih untuk saya masukkan koleksi kesayangan ke dalamnya. Almari ni saya beli daripada salah seorang peniaga di Memory Lane dengan harga yang amat berpatutan. Anak kunci almari ini juga masih ada dan masih boleh berfungsi. Almari ini juga boleh dipisahkan bahagian laci bawah dengan bahagian atas almari, memudahkan ianya dialihkan...ok jom sama-sama kita layan gambar kat bawah.....

Keadaan asal almari, cermin pada pintu asalnya adalah cermin muka.

Almari apabila di tukar kepada cermin lutsinar. Almari ni juga saya sapukan minyak kayu supaya ia kelihatan lebih cantik dan mampu tahan lama.

Bahagian dalam almari. Terdapat para 4 tingkat dan laci di tengah-tengah.

Pemegang pintu almari yang diperbuat daripada tembaga. Pintu ini masih boleh dikunci dan anak kuncinya masih ada lagi.

Pemegang laci bawah berbentuk cengkerang yang diperbuat daripada tembaga. Sengaja saya tidak kilatkat supaya nampak lebih antik. Ianya juga masih boleh dikunci dan anak kuncinya masih ada lagi.

Bahagian kaki almari yang boleh dipisahkan dengan bahagian atas.

Isi kandungan didalamnya setelah disusun. Yang ni idea ibu saya suruh masukkan set2 tersebut kat dalam almari ni. Saya tukang susun, Ibu tukang tengok dan bagi arahan...hehehee

Jeng3....dah siap susun pun...pakai bantai je, kalau bosan-bosan saya tukarkan pulak dengan set yang lain. Ok selamat menjamu mata...jumpa lagi....

Saturday, June 26, 2010

Hadiah EG

Assalamualaikum dan salam sehahtera...
Hari rabu yang lepas saya menerima bungkusan daripada Kak Ca daripada Casaoma Antique selaku pasangan EG saya yang di anjurkan oleh Kak Eija. Sampinya bungkusan tersebut membuatkan hati saya berdebar kerana kotak yang diterima kemek teruk, dalam hati saya berkata, janganlah ada yang pecah. Tapi bila buka je kotak 2 biji gelas hancur berkecai...kecewanya saya masa tu...tapi apa boleh buat, sapa-sapa pun tak boleh dipersalahkan dalam hal ni. Mungkin juga sebab kotak yang dibungkus agak nipis dan tiada alas yang tebal pada atas kotak. Pihak Pos Malaysia pun bukan tahu barang yang didalamnya sensitif atau tidak, jadi dorang main campak dan hempap je la ape yang ada. Tapi tak apa lah, mungkin rezeki saya tiada, yang penting 'tangan yang memberi dan tangan yang menerima sama-sama ikhlas'.....betul tak?? Lagipun yang penting tujuan EG ni dianjurkan supaya dapat lagi mengeratkan silaturrahim sesama blogger....

Bungkusan kotak yang diterima.

Keadaan kotak yang sangat kemek.

Hadiah yang saya dapat....2 biji pinggan dan 3 biji gelas, tapi 2 biji gelas pecah.

2 biji gelas yang pecah.

Hadiah yang terselamat....2 biji pinggan dan sebiji gelas...apepun saya bersyukur dengan setiap pemberian yang diberikan, asalkan ikhlas memberi dan ikhlas menerima.

ok selamat menjamu mata....jumpa lagi...

Friday, June 25, 2010

Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah - Siri Akhir - Kereta Lembu - Taman Buaya

Salam sejahtera semua....hari ni n3 terakhir lawatan saya ke Melaka...mesti dah ramai yang bosan asik-asik baca kisah saya ke Melaka je kan...heheheh....
Hari terakhir saya di Melaka saya dan keluarga mengambil peluang untuk menaiki kereta lembu yang sudah semestinya terkenal di Melaka. Selepas puas menaiki kereta lembu saya sekeluarga melawat Taman Buaya pula tapi hanya sempat snap gambar signboard je pastu batry kamera dah kong...hahahaha...selesai je jalan-jalan di Taman Buaya, kami meneruskan perjalanan untuk balik ke Ipoh...ok sebelum kita layan gambar2 kat bawah jom layan dulu lagu Kereta Lembu nyanyian Helen Velu...heheheee


Kereta lembu
Dari Melaka
Di tarik pula oleh
Lembu perkasa

Hah... kereta lembu
Rodanya dua
Jalannya tak laju
Sejam sebatu

Mari oh mari
Kita naik beramai-ramai
Pergi bertemasya
Mandi safar di pantai

Hah... itulah dia
Pusaka datuk ku
Pasti kan ku jaga
Setiap waktu








Wednesday, June 23, 2010

Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah - Siri III - Villa Sentosa, Kg. Morten



Salam sejahtera semua.....masih lagi dalam sambungan cuti-cuti ke Melaka. N3 kali ni mesti semua peminat-peminat antik suka, kerana banyak yang antik ingin saya kongsikan..hehehe
Seterusnya, saya meneruskan lawatan ke Kg. Morten yang terletak berhampiran dengan Sungai Melaka. Kg. Morten merupakan perkampungan Melayu yang masih terpulihara keasliannya di mana kesemua rumah yang terdapat di Kg. Morten merupakan rumah tradisional bersenibinakan rumah Melayu Melaka yang masih kekal asli dalam keadaan asal. Salah satu rumah yang boleh dilawati di Kg. Morten ini adalah "Villa Sentosa" yang merupakan milik seorang bangsawan suatu ketika dulu. Usia Villa Sentosa ini hampir 100 tahun, di mana waris pemilik asalnye menjadikan rumah warisan keluarganya ini sebagai sebuah muzium yang mempamerkan pelbagai barangan milik tuan asal rumah tersebut. Senibinanya juga amat menarik. Tibanya saya di Villa Sentosa ini, kami disambut oleh En. Abd Rahim yang merupakan salah seorang anak kepada pemilik asal rumah/villa sentosa ini. Beliau telah menerangkan bermacam-macam maklumat mengenai rumah dan isi yang terdapat di dalam rumah tersebut, layanan yang diberikan beliau amat memuaskan dek kerana beliau yang ramah. Ok jom kita sama-sama lihat apa yang ada di dalam rumah ini...


Saya sekeluarga sempat bergambar berlatarbelakangkan sebuah jambatan yang cantik merentangi Sungai Melaka. Jambatan ini terletak betul-betul di hadapan Villa Sentosa.

Walaupun panas terik, gambar tetap diambil.....hehehee

Papan Tanda Villa Sentosa

Antara barangan lama yang terdapat didalam Villa Sentosa ini. Almari yang ditepi tu cantik kan...hehehe

Serambi yang terletak di tengah-tengah rumah. Uniknya senibina Melayu dahulu.

Meja makan, almari antik dan pelbagai busana lama yang terdapat didalam Villa Sentosa. Kesemuanya adalah peninggalan tuan asal villa sentosa ini.

Almari antik yang menyimpan pinggan mangkuk daripada England dan Japan.

Potret pemilik asal Villa Sentosa.

Almari pakaian lama yang sungguh cantik.

Katil besi lama.

Kami sekeluarga bergambar di atas pelamin yang terdapat didalam rumah ini.

Ruang tamu yang sungguh klasik.


Abang ipar saya menulis didalam buku lawatan. di sebelah kiri adalah waris pemilik asal villa sentosa ini.

Bergambar bersama waris pemilik asal villa sentosa yang juga selaku pemandu pelancong didalam rumah ini.hehee

Tutup tureen yang banyak terdapat didalam Villa Sentosa. Cantik-cantik belaka kan..

Almari antik yang menyimpan pelbagai barangan aksesori perkahwinan dahulu.

Katil Kayu lama, yang paling saya suka.....dahulunya moyang saya mempunyai katil seperti ini, tapi arus peredaran zaman melenyapkannya.

Sajak/Puisi Rumah Melaka

Lagi almari yang menimpan pinggan mangkuk antik.



Yang ini paling saya suka.....tureen yang amat cantik..saya pasti collector semua pun mesti suka kan...hehehee


Kelengkapan set menghidang di meja makan.

Antara teko yang terdapat didalam almari.

Cuba perhatikan 2 biji almari dikiri dan kanan. Cantikkan? kat mana la nak cari almari camni...

Kerusi malas antik.

Katil besi lama bersaiz bujang.

Periuk belanga tembaga antik...saiznya amat besar....teringat pula saya di rumah moyang saya dulu ada periuk macam ni, tapi tak tau la ada lagi ke tak sekarang ni...entah-entah dah kene jual kat besi buruk..hehehee

Ok sampai di sini saja.....jumpa lagi di siri yang terakhir....