Friday, August 27, 2010

Japan Sceneries

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 53....
Harini yang nak dikongsikan cuma sebiji teko bermotifkan pemandangan Jepun dan sebiji piring kuih yang mempunyai motif yang sama. Pertama kali terjumpa teko dan piring kuih ini hati saya rasa gembira yang teramat sangat kerana sedari dulu saya memang minat sangat dengan set yang mempunyai corak pemandangan sebegini. Walau tak cukup set, cukuplah dapat teko dan piring kuihnya saja. Jom kita lihat gambar2 di bawah...


Teko dan Piring kuih...cantik di mata saya.

Piring kuih bersaiz 7".

Teko yang amat cantik dimata.

Close-up gambar pemandangan pada teko.

Pandangan belakang teko.

Penutup yang turut mempunyai motif pemandangan yang sama.

Cop mohor NS Made In Japan.


Sampi disini saja, jumpa lagi di lain n3.

Teko For Sale

2 BIJI TEKO UNTUK DIJUAL
SEBIJI TEKO BULAT BUNGA PADI
DAN
SEBIJI TEKO ALADIN TINGGI MAPLE LEAVES BIRU/PURPLE (TIADA PENUTUP)

KEDUANYA RM80 TAK TERMASUK POS

SEPERTI GAMBAR DI BAWAH



Thursday, August 26, 2010

Teko Bujang Bunga Rare

Terlanjur saya membuat perbandingan antara teko mini bulat 5 roses dengan saiz teko aladin tempohari, hari ni saya sajikan dengan lebih lanjut teko aladin tersebut. Sebelum ini saya tak perasan yang kak yatt dan kak welly pernah buat n3 mengenai jenis bunga yang sama sehinggalah kak yatt sendiri beritahu pada saya. Bila saya lihat memang betullah, teko kotak kak yatt dan kak welly serta tureen kak welly sama macam bunga pada teko aladin saya ni. Cuma bunga pada teko kotak kak yatt telah 'disimplied' kan. Kalau nak tengok n3 kak yatt bolek klik disini dan n3 kak welly boleh klik disini.
Bentuk teko ni sekali pandang sama macam bentuk teko aladin tetapi jika perhatikan bentuknya berlainan sedikit dari bentuk teko aladin yang biasa. ok jom sama2 kita lihat gambar di bawah...


Pandangan hadapan teko tersebut. Bunganya amat padat dan menyerlah...bentuknya sama seperti teko aladin tetapi berbeza sedikit dengan bentuk teko aladin yang biasa kita lihat. Dari segi tangkainya pun berbeza.

Bunga pada teko yang amat cantik dan menyerlah. Motif bunga apa, saya tak pasti tetapi kak yatt memanggil ianya bunga 'rare', memandangkan susah nak jumpa pinggan mangkuk motif bunga sebegini.

Pandangan belakang teko...motif bunganya yang telah diringkaskan...


Dan yang ini pula teko kotak dan tureen kak welly yang bunganya sama macam teko saya diatas. Alangkah seronoknya jika dapat teko kotak dan tureen sebegini rupa. Bolek klik pada gambar di bawah untuk lihat lebih lanjut di blog kak welly. Mintak halal gambar ye kak welly.....

Dan ini pulak teko kotak kak yatt yang juga mempunyai motif bunga yang sama tetapi di'simplied'kan. Cantikkan. Untuk lebih lanjut boleh klik pada gambar di bawah. Mintak halal juga gambar ye kak yatt...


Sampai disini saja, jumpa lagi di n3 akan datang.....

Wednesday, August 25, 2010

PIRING KUIH ROSA CINDARELLA FOR SALE

PIRING KUIH ROSA CINDARELLA FOR SALE
CONDITION BAIK, TIADA RETAK, TIADA SUMPIK
SAIZ 7"
ADA 6 KEPING
RM13 SEBIJI TAK TERMASUK POS

SOLD


2 BIJI TEKO WILD ROSES FOR SALE

2 BIJI TEKO WILD ROSES FOR SALE
1 SAIZ KECIL DAH 1 SAIZ BESAR
CONDITION BAIK, SEPERTI GAMBAR DI BAWAH
YANG KECIL TANPA TUTUP
KEDUANYA RM80 TAK TERMASUK POS

SOLD



Tuesday, August 24, 2010

Join GA Datang Lagi Kelly's Life

Salam semua....
ni pulak saya nak join GA kak kelly yang dah lama tertangguh, so kesempatan yang ada ni saya buat lah mana2 GA yang dah tertanguh.....
Hadiahnya sangat menarik iaitu apron yang sungguh comel dan menarik, boleh tengok kat gambar di bawah. Sesiapa yang belum join boleh lah ke blog kak kelly dengan klik disini.


Syarat2 nya mudah sahaja : -
Buat N3 mengenai GA ni kat blog masing2
-dah buat
Link kan blog Kelly's Life
-dah jugak
Letak komen kat N3 ni
-dah letak
Mestilah follower kat blog Kelly's Life
-memang dah jadi follower pun..hehe
Terbuka kepada semua follower Kelly's Life kat Malaysia je
-saya memang di malaysia..hehee



Join GA Kak Nyna

Salam sejahtera semua...semoga sihat di bulan ramadhan yang mulia ni. Harini tak da n3 koleksi pinggan mangkuk, tak sempat nak snap gambar....hehehe...so, saya nak buat n3 untuk join GA kak nyna yang dah lama tertangguh ni. Kang duk tangguh2 tarikh tutup pun dah tamat...so kesempatan yang ada ni saya buat lah n3 GA kak nyna sempena anniversary nya....hadiah die memang lumayan, 2 biji tureen seperti gambar kat bawah ni. so, apa lagi, kalau berminat jom kita join ramai2 di blognya dengan klik disini. tarikh tutup nak dekat, 31 ogos ni tau... seperti biasa, kalau nak join mestilah ada syarat2nya, kat bawah ni syarat2 dan soalan yang perlu dijawab....ok....





soalan yang perlu dijawab :


1. Beri cadangan 2 nama baby & maknanyer (1 boy..1 gal)
ok nama baby boy saya cadangkan Niyaz Rafiqi yang bermaksud Doa, Harapan dan Pendampingku manakala baby gurl pulak saya cadangkan Mahirah Kiranah yang bermaksud Yang Cekap dan Mahir, Kembali, Pulang.

2. Resepi simple dlm pantang yg berkhasiat & lazat @ petua2 yg berfaedah bg org pantang.
bab resipi lepas pantang ni saya tak lah berapa pakar, namun hasil maklumat, bolehlah ikut petua ni :

a- Minum rebusan akar kayu. Rebusan air akar kayu ni dapat membantu membersihkan darah, mengeluarkan angin kotor, membersihkan sistem perkumuhan serta tingkatkan fungsi hati.

b-Minuman sejuk, bergas atau tajam perlu dielak untuk menjauhkan dari masalah sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi, iaitu penyakit artritis dan reumatisme.

c- Ulam-ulaman sesuai untuk dimakan kerana sifatnya yang antioksidan dan mengandungi fiber, mineral dan pelbagai vitamin. Ulaman adalah termasuk daun dan ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun pegaga, ulam raja, daun lemuni dan daun kaduk.

d- Untuk sumber protein boleh diperolehi daripada ayam hitam, ayam didik , burung merpati dan burung puyuh.

e- Ikan pula, pastikan ikan yang segar, tidak berbisa dan mengandungi merkuri. Ikan yang perlu dielak adalah ikan bawal hitam, terubuk, pari parang, kembung, tamban dan cecaru. Makanan laut seperti udang, sotong, kerang perlu dielakkan sama sekali.

f- Ibu juga perlu menjaga tidak minum minuman berkafein dan bercokelat untuk elak bayi kembung.

g- Perlu elak makan bawang besar, bawang putih dan makanan pedas kerana ini menjejaskan kualiti susu.


dan syarat-syaratnya :

1) Sesaper yg dok kat Malaysia jer, x kira jd follower ker tak. Saper yg xder blog tu kena email nyna (anakmanjaabah@gmail.com)
memang duk malaysia pun dan dah lama jadi follower...hehehe

2) Pd yg ader blog, buat satu entry tentang giveaway ini dan masukkan link blog na skali (http://anakmanjaabah.blogspot.com/).
dah buat dah...

3) Jangan lupa tinggalkan jejak kat shoutbox ker, email ker utk bgtau nyna yg anda join GA ni..bg link skali ek.
ok dah...

4) Tarikh mula penyertaan~ ari ni dah bole setat dah. Tutup 31 ogos 2010.
sempat lagi..hehhe

5) Peserta yang bertuah akan dipilih secara serius oleh my beloved hubby & maksu cos maksu na yg nak bersalin bulan 8 ni...dan peserta bertuah hanya 2org ajo..hadiah 1 bjk tureen setiap sorg.
hehehe...harap2 nasib saya lah...

Monday, August 23, 2010

5 Roses - Bahagian II - Set Mini

Bertemu kembali 5 Roses bahagian kedua...hehehe...yang saya nak kongsikan cumalah set mini bulat yang amat comel ni....set ni memang agak kecil berbanding set2 yang biasa kita tengok. Terdiri dari teko bulat dan 6 biji cawan tanpa piring. Jom kita tengok gambar kat bawah....

Set mini 5 Roses yang sangat comel...
Teko bulat yang paling saya minat, cantik sangat di mata saya.

Dan yang specialnya tentulah di bahagian penutupnya yang turut mempunyai motif 5 Roses.

Perbandingan saiz teko 5 roses bulat mini. cuba tengok gambar di bawah, saya gandingkan bersama teko aladin yang bersaiz biasa.

6 biji cawan tanpa piring yang comel2....

Bentuk cawannya pun cantik....

Perbezaan diantara cawan mini 5 roses ni dengan cawan mulut lebar bunga kangkung...anda dapat bayangkan bagaimana kecilnya saiz cawan ni kan?? hehehe


Ok sampai disini saja n3 5 roses saya, jika ada penambahan koleksi, saya akan kongsi lagi....
Selamat Menjamu Mata.....

5 Roses - Bahagian I

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca yang beragama Islam...
Hari ni tiba giliran 5 roses yang agak sikit ni untuk menonjolkan diri. Walaupun hanya ada beberapa item saja, tak pe lah, saya kongsikan juga bersama2 kalian. Hari ni tak banyak idea nak mengarang, apepun jom kita tengok gambar2 kat bawah ni....

Antara family 5 roses yang ada dalam simpanan saya.

Teko jenis tinggi dari ML....saya dapat kira2 awal tahun yang lalu....rasa gembira dapat teko bentuk sebegini.

Hanya ada 2 biji saja cawan dalam simpanan saya. Setiap cawan adalah berbeza iaitu, satu mempunyai jalur2 dah satu lagi tidak mempunyai jalur. Manakala piring cawan saya cuma ada sebiji.

Mangkuk bubur hasil barter dari kak Ryana sabah hujung tahun yang lepas.


Cake plate bersaiz 10" dan piring kuih 8".

Satu-satunya sudu 5 roses yang ada. terjumpa di kedai 2nd.

Pelita comel yang juga mempunyai motif 5 roses...beli dari kak eija ulat pelita.



Ok sampai di sini saja, bersambung di n3 5 roses bahagian 2......

Wednesday, August 18, 2010

Padi Dituai

Dah lama rasanya saya tak buat n3 koleksi peribadi...tak tahulah sejak akhir2 ni memang sebok yang teramat sangat. Macam ni lah keadaannya kalau belajar sambil bekerja, memang penat, terkejar sana sini, dengan kerja yang berlambak, assignment dan macam-macam lagi...nasib baiklah bujang lagi...hehehe... Ditambah pula dengan penyakit malas yang melanda, maklumlah, bulan puasa....hihi.
Nak ikutkan hari ni malas juga tapi gagahkan jugak buat n3 memandangkan kesian pulak tengok blog sunyi sepi tanpa sebarang n3 yang baru.

Kali ni cuma nak kongsikan set bunga padi yang ada dalam koleksi simpanan saya. apa yang saya ada, tak da lah banyak dan tak cukup setnya pun, tapi cukuplah sekadar dapat menghiburkan hati, asalkan ada..betul tak?? hehe...ok jom kita tengok gambar-gambar kat bawah.


Family bunga padi saya. Ini saja yang saya ada, bercampur aduk dengan pelbagai jenis dan bentuk. Bermula dengan teko jenis mrs pot, kemudian membiak dengan item2 yang lain.

Barisan 3 jenis teko, jenis bulat, jenis ala2 aladin tinggi dan jenis mrs pot.

Jenis ala2 aladin tinggi. dapat kat nyonya masa mula2 serius dalam hobi pinggan mangkuk antik ini. Teko ni bermakna buat saya kerana merupakan hadiah dari ibu saya, masa hunting ibu yang bayar kesemuanya, bagi support pada saya...bagi saya ibu saya adalah wanita terbaik dalam hidup saya, apa saja hobi saya, bermula dengan hobi mengumpul setem, dan apa2 saja, beliau tidak pernah menghalang, begitu juga dengan abah, malah menyokong dari belakang...hehee....thanks mom, dad...

Tak lama lepas dapat teko ala2 aladin tinggi tu, dapat pulak teko bulat ni. Yang ni pun penuh bermakna jugak sebab merupakan hasil barter saya dengan kak yatt di awal perkenalan kami. thanks sis...dan tak lupe buat kak nannie yang sudi menolong hantar teko ni pada saya.

Dan yang ni teko mrs pot, dah lama saya dapat, kira2 10 tahun yang lalu, tahun 2000 masa saya form 1. Harganya pun masa tu RM3 je, saya guna simpanan lebihan duit belanja sekolah yang ibu saya bagi. Maklum la, masa tu sekolah lagi...hehehhe...dapat kat pasar karat bawah Super Kinta, Ipoh. Mula2 dapat tak ada tutup, lebih kurang awal tahun ini saya dapat tutupnya dari kedai antik. Bayangkan dah brape lama tanpa topi...hehe

Yang menariknya teko mrs pot ni tentulah tutupnya yang juga mempunyai motif bunga padi.

Sugar pot jenis maharani dari Roy Kampar.

Creamer jug...dari kedai 2nd

3 jenis cawan yang ada dalam simpanan saya...bentuk maharani, jenis debab dan A-shape.

3 pasang cawan jenis maharani, ni je yang ada, dapat dari kedai 2nd...

Cawan A-shape mempunyai garis2 pada kakinya....dapat di kedai nyonya...ada 3 pasang saja.

Cawan jenis debab dari kedai 2nd...cuma ada sepasang je.

Satu-satunya pinggan makan yang ada. Malangnya beberapa saat selepas saya snap gambar pinggan ni, pinggan ni pun pecah kerana kebuasan si baby cat saya, Ray, yang tiba2 melompat.

Ray dengan muke tak bersalah duduk di sisi pinggan yang pecah, tapi apepun kita tak boleh nak marah si Ray ni, kerana dia binatang, diciptakan tidak mempunyai akal, malah dicipta untuk kita berbuat baik dan mengasihinya seperti mana Rasulullah s.a.w menyayangi kucing. Maklum la, masa ni Ray tengah buas, tengah syok bermain...lompat sana sini.

Sempat pulak die tunjuk muke seposen die, tapi tetap cute. Untuk pengetahuan semua, kini Ray dah tak da lagi disisi saya dan keluarga kerana die dah pun mati awal bulan ni disebabkan dilanggar kereta yang tidak sengaja. Yang tinggal cumalah kenangan kelincahannya...apepun saya percaya, jika kita berbuat baik pada binatang, apabila binatang itu mati, dia akan mendoakan kesejahteraan untuk kita, sebaliknya kalau kita berbuat jahat kepada binatang. Ada cerita yang ingin saya kongsikan di lain n3 yang akan datang.


Ok sampai disini saja, selamat menjamu mata...