Friday, October 29, 2010

Kelapaku Nan Seciput

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya.
Hari ni saya sajikan koleksi yang memang dah lama menjadi idaman saya, tak tau la kenapa dari dulu saya suka sangat dengan set pokok kelapa ni. Alhamdulillah, bermula dari sebiji creamer dan piring mungkum kecil, koleksi pokok kelapa saya beranak pinak ke teko dan 4 biji cawan. Yang lain2 masih lagi mencari kalau ada rezeki nak dapat...hehee...Kalau dapat tureen die, alangkah indahnye dunia ini...hehehe..
Ok tanpa membuang masa, jom lihat gambar di bawah...


Set pokok kelapa yang ada dalam koleksi saya, sebiji teko, 4 biji cawan tanpa piring, sebiji creamer dan sebiji mangkuk kecil.

Teko yang gebu, menjadi idaman saya sejak dulu lagi..akhirnya dapat juga dengan harga yang berbaloi...hehe.

Penutup teko yang juga mempunyai motif pokok kelapa.

Creamer jar.

Mangkuk kecil, magkuk bubur kot.

4 biji cawan dari Memory Lane tanpa piring. Sesiapa ada piring nak dijual roger2 lah ye.

Sekian saja, jumpa lagi di lain n3...

Wednesday, October 27, 2010

Teko Belalai Gajah

Salam sejahtera semua...
Lama rasanya tak buat n3 koleksi sendiri..rindu pulak rasanye...hehehe...
Hari ni cuma n3 ringkas je, buat n3 gambar yang senang nak snap, sebab penyakit 'M' melanda, malas nak bawak keluar banyak2 pastu susun2...nantilah bila mood rajin kembali semula ye...hehehe...
Yang ni teko bentuk muncungnya seperti belalai gajah, bunganya saya tak pasti bunga apa tapi cik tasha kita ada jual dulu tapi bentuk teko bulat. Bentuk teko macam ni saya pernah tengok kat laman Facebook seorang silent reader iaitu acik Rohana Hussain, teko bentuk begini tapi bunga kekwa merah..memang cuun...
ok lah jom kita lihat gambar dibawah....


Pandangan depan...bentuk teko yang unik. tali pada tangkai dan penutup tu dah memang sedia ada masa dapat tempohari.

Close-up bunga pada teko...motif bunga ros.

Pandangan belakang. bunga yang kecil.

Sekian saja, jumpa lagi dilain n3....

Wednesday, October 20, 2010

For Sale - Pinggan Makan Leper Bunga Dahlia

PINGGAN MAKAN LEPER BUNGA DAHLIA
SAIZ 9"
CONDITION BAIK, MASIH CANTIK
RM75 UNTUK KESEMUA 6 BIJI TAK TERMASUK POS
GAMBAR SEPERTI DI BAWAH

JIKA BERMINAT HUBUNGI/SMS 0175606196. TQ







Monday, October 18, 2010

Si Labu Lagi

Salam sejahtera semua...hari ni hanyalah n3 ringkas...
sy nak share sebiji lagi koleksi labu kaca antik saya....warnanya kebiru-biruan, nak kata hijau pun ada skit2...warna turkois kot...hehehe...sama macam labu kak yatt sebab dibeli dari tempat yang sama cuma belum di n3 oleh kak yatt lg..hehehe... sebelum ni juga saya ada buat n3 mengenai labu2 kaca saya yang lain, bagi yang ketinggalan bolehlah klik disini ye.
oklah jom sama2 kita layah gambar di bawah.





Wednesday, October 13, 2010

Set Jug Lama Bercorak Timbul

Mood rajin yang ada hari ni saya abadikan set jug lama ni untuk tontonan semua...set ni dah lama kiranya dapat, hujung tahun yang lepas tapi baru ada kesempatan untuk di bawa keluar di dalam blog ni. Terdiri daripada 5 biji gelas dan sebiji jug. Yang menariknya set ni adalah bentuknya yang agak lain dari yang lain dan mempunyai corak timbul. Saya tak pasti tahun bila ia dikeluarkan, mungkin sekitar penghujung 1960an atau 1970an. Ok jom kita layan gambar2 di bawah..........


Jug dan 5 biji gelas...hanya 5 biji gelas saja yang dijumpai.

Bentuk jug yang menarik.

5 biji gelas tapa tangkai, tetap menarik.

Bentuk gelas yang melentik.

Sekian saja n3 hari ini. jumpa lagi.
Selamat menjamu mata.

Thursday, October 7, 2010

Tureen Bujur Comel

Petang2 tengah ada mood nak buat n3 ni saya kongsikan dengan anda semua tureen ros yang comel ni. Saiznya hanya 6" mangkuk dan 7" tutup dan berbentuk bujur. Tureen ni saya dapat 2 biji, yang sebiji lagi dah selamat menjadi milik Kak Nyna blog Anak Manja Abah. Sebelum ni Kak Yat ada buat n3 mengenai tureen yang sama macam ni tapi Kak Yatt ada 3 saiz dan bentuk yang berlainan. Kalau nak tengok bolehlah klik disini ye.
Ok lah tanpa membuang masa jom kita layan semua gambar2 tureen ni...


Pandangan dari atas...berbentuk bujur dan mempunyai bunga yang cantik.

Kuntuman Bunga ros yang menawan.

Apabila dibuka.

Cop mohor EIHO keluaran Japan.

Sampai disini saja..bertemu lagi....

Wednesday, October 6, 2010

Single Big Pink Roses

Single Big Pink Roses....panjang benor namenye...hehehe...saje saya bagi nama set ni macam tu sebab bunga rosnya yang pink mekar sekuntum...ape saya merepek ni, ahhh lantak la..ape2 je la..

Sejak lepas2 raya ni mood malas untuk ber"n3" masih ada lagi. Entah ngapa rasa malas je nak wat n3. Hari ni rasa rajin sikit, so saya jamukan anda semua dengan koleksi Single Big Pink Roses ni...set macam ni pada pemerhatian saya susah untuk dijumpai dan saya pun cuma dapat 4 set cawan mulut lebarnya saja. Set ni saya dapat masa awal2 saya menghunting dulu, masa tengah gian menghunting...hehehe.Tu pun sebab rezeki saya kot, dan2 masa datang kedai nyonya, bertenggek 4 set cawan ni atas rak, harga pun berbaloi, ape lagi rembat lah...Kalau kak shas sampai dulu, kak shas la punye kot...hahaha....sebab muka kami berdua je yang rajin merompak di nyonya tu. Kalau tak silap saya suatu masa dulu Abang Shariff64 ada juga mejual piring kuih bunga yang sama macam ni, tapi masa tu tak da rezki nak rembat.

Ok tanpa membuang masa jom layan gambar kat bawah.



Oleh kerana tiada ibu, saya gandingkan set ni dengan teko bulat putih kosong tanpa sebarang motif, juga dapat di nyonya yang sama.

Cantik tak???

4 set cawan mulut lebar.

Bunga rosnya yang sungguh melecun.

Bunga ros pada piring cawan. Besar dan cantik.

Bunga pada belakang cawan.

Cop mohor hijau.

Sekian saja, jumpa lagi....selamat menjamu mata...