Friday, November 26, 2010

For Sale : Mangkuk Nasi Tambah Ros Hitam

MANGKUK NASI TAMBAH TYPE A
RM SEBIJI
ADA 2 BIJI

SOLD




MANGKUK NASI TAMBAH ROS HITAM TYPE B
RM SEBIJI
ADA SEBIJI SAJA

SOLD



BERMINAT, HUBUNGI SAYA 0175606196.TQ

Thursday, November 25, 2010

For Sale : Set Minuman Air Mata

CONDITION CANTIK, TIADA SUMBING, RETAK DAN SEBAGAINYA.
1 MANGKUK BESAR BERKAKI BEKAS AIR DAN 6 BIJI CAWAN
PENYANGKUK CAWAN ADA 5 SAJA.

RM120 TAK TERMASUK POS

GAMBAR SEPERTI DI BAWAH.

KEPADA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI/SMS SAYA 0175606196.








Tuesday, November 16, 2010

FOR SALE : TUREEN TWO ROSES/JAPANESE ROSES

TUREEN TWO ROSES / JAPANESE ROSES
CONDITION CANTIK.
SAIZ BESAR, 10", BENTUK BUJUR.
RM TAK TERMASUK POS

SOLD

GAMBAR SEPERTI DIBAWAH.
JIKA BERMINAT HUBUNGI/SMS SAYA 017560616.TQ







FOR SALE : TEKO ROS MERAH

TEKO ROS MERAH
RM TAK TERMASUK POS

SOLD

GAMBAR SEPERTI DIBAWAH
BERMINAT HUBUNGI SAYA 0175606196.TQ




FOR SALE : PIRING DODOL/WAJIK BIRU

PIRING DODOL/WAJIK
6 BIJI RM60 TAK TERMASUK POS
ADA LEBIH DARI 6 BIJI

6 SOLD
ADA 12 BIJI LAGI


SEPERTI GAMBAR DI BAWAH.
JIKA BERMINAT HUBUNGI/SMS 0175606196.TQ




Monday, November 15, 2010

Johnson Bros Paris dan Johnson Bros Khyber

Pagi2 hari selasa ni jom kite layan koleksi ciput JB Paris dan JB Khyber saya...hanya ni saja yang ada dalam simpanan....sebiji pinggan bujur saiz 14", 2 biji pinggan makan leper 10", sebiji tureen tanpa penutup dan 2 biji cawan tanpa piring. Cawan saya tak pasti dari JB jenis ape tapi yang pasti memang dari johnson bros....bila la agaknye nak bertambah koleksi JB saya ni, tengah mencari teko dan cawan-cwannye. Itu pun jika harganya berada didalam lingkungan kemampuan saya...hehehe....


Tureen JB Paris tanpa penutup...sesiapa ada jumpa penutup die, bolehlah beritahu saya ye, dah lama saya mencari. saiznya dalam 8".

2 biji cawan JB tanpa piring...tak pasti dari JB jenis ape, bunga pada cawan pun berlainan dengan bunga JB Paris dan JB Khyber. tetapi cop pada monton cawan ni adalah JB.

Oval platter JB Khyber saiz 14".

Pinggan makan leper JB Paris saiz 10".

Pinggan makan leper JB Khyber saiz 10".

Cop mohor JB Khyber.

Cop mohor JB Paris.

Sekian saja tatapan untuk kali ini....jumpa lagi...

Thursday, November 11, 2010

Pembiakan White Sakura

Semalam kita lihat teko kotak white sakura, hari ni saya buat n3 susualan seperti yang dah dijanjikan semalam...sebelum ni saya pernah buat n3 white sakura, mengenai set mini dan yang lain2...boleh klik di label white sakura kalau nak tengok. Hari ni jom kita tengok pulak koleksi teko2 bulat dan cawan2 nya pula.

Deretan teko kotak, teko bulat pelbagai saiz.

Teko bulat dalam simpanan saya, saiz besar, sederhana dan mini.

Yang kiri teko bulat bersaiz besar dari nyonya, sebiji dah barter dengan kak nyna, dan belah kanan merupakan peninggalan moyang saya...pada suatu ketika dulu digunakan untuk majlis adat berjejak tanah keluarga saya.

Teko mini, sebelah kiri dari kedai nyonya manakala sebelah kanan pemberian ikhlas dari kak yatt sebagai tanda persahabatan..thanks sis ;-)

Yang ini pula teko jenis pemandangan, tetapi masih ada motif2 bunga sakura putih. hanya ada sebiji saja cawan mini tanpa piring.

Cawan2 bulat yang ada dalam simpanan.

4 set cawan bulat, perhatikan setiap cawan mempunyai motif corak yang berlainan.

Cawan mini bulat tanpa piring.

perbezaan saiz cawan mini dengan saiz cawan biasa.

Cawan bujang dari eis antique...merupakan barang pertama beli dengan abg eis.

Cawan mulut lebar.

2 set cawan mulut lebar berlainan corak.

2 biji mug yang berlainan corak...mug ini saya pernah buat n3 sebelum ni.

Satu-satunya piring kuih yang ada.

Mangkuk lompang/mangkuk teh cina...belah kiri pemberian ikhlas acik hanishaimi dan yang lain2 dari kedai antik.

Sekian saja koleksi white sakura saya, jumpa lagi di lain n3...

Wednesday, November 10, 2010

Idamanku Sejak Dulu Lagi

Teko kotak white sakura ni memang menjadi idaman saya untuk milikinya sejak dari awal saya berblog lagi. Pertama kali saya tengok di blog salah seorang blogger tapi saya dah lupa dari blog mana. Sejak tu, semangat saya berkobar2 untuk dapatkan teko kotak jenis white sakura ni. Sampai la satu masa kak nyna dari blog anak manja abah beritahu pada saya yang rakannya ada nak jual teko ni. Apa lagi, bagai mengantok disorong bantal, tanpa pikir panjang saya rembat. dah lama beli, tapi baru2 selepas raya saya ambil dari kak nyna. Tak lama lepas tu saya dapat teko white sakura ni dari blog eis antique pulak, tapi tak da tutup. Tutupnya saya beli dari tasha. Entah kenapa, dalam banyak2 teko kotak, saya paling suke jenis white sakura ni, cantik pada mata saya.

2 biji teko kotak white sakura dalam koleksi saya, keduanya mempunyai corak yg belainan, warna oren pada teko pun lain, ada yg terang dan ada yang lebih 'slow' orennya.

Teko kotak hasil pertolongan kak nyna, saya gandingkan dengan cawan ML white sakura.

Teko dari eis antique, bersama cawan bujang yang juga dari eis antique....cawan bujang tersebut meupakan item pertama saya beli dengan eis antique.

Teko kotak dari eis antique....warna oren lebih terang.

Teko kotak hasil pertolongan kak nyna....warna lebih slow, memang cantik, masa mula2 dapat membuat saya tersenyum...hehehe

Nantikan n3 susulan saya mengenai white sakura, jumpa lagi....