Thursday, December 30, 2010

FOR SALE : TIFFIN ENAMEL KUNING

TIFFIN @ MANGKUK SI'A ENAMEL KUNING
SEPERTI GAMBAR DI BAWAH

SOLD
RM TAK TERMASUK POS

BERMINAT, SMS/HUBUNGI 0175606197
BOOKING 2@3HARI SAJA.

FOR SALE : TUREEN J&G MEAKIN CELESTE

TUREEN J&G MEAKIN CELESTE
CONDIION BAIK, BERSIH, BELUM PERNAH DIGUNAKAN LAGI
SEPERTI GAMBAR DI BAWAH

RM150 TAK TERMASUK POS

1 SOLD
ADA SEBIJI LAGI


BOOKING 2@3 HARI SAJA. BERMINAT SILA HUBUNGI/SMS 0175606196




FOR SALE : MANGKUK BUBUR BUNGA KANGKUNG

MANGKUK BUBUR BUNGA KANGKUNG
ADA 6 BIJI
GAMBAR SEPERTI DIBAWAH

SOLD
RM UNTUK 6 BIJI TAK TERMASUK POS

BERMINAT SILA HUBUNGI/SMS 0175606196.
BOOKING 2@3 HARI SAJA.



BUNGA DI DEPAN MANGKUK

BUNGA DIBELAKANG MANGKUK

FOR SALE : TEKO BULAT BUNGA KANGKUNG

TEKO BULAT BUNGA KANGKUNG
SAIZ MEDIUM, ORIGINAL LAMA, BUNGA TERANG DAN CANTIK
GAMBAR SEPERTI DI BAWAH

SOLD


RM TAK TERMASUK POS

BERMINAT SILA SMS/HUBUNG 0175606196.TQ
BOOKING 2@3 HARI SAJA.


PERBEZAAN SAIZ TEKO DGN TEKO MINI

Wednesday, December 29, 2010

Bertemu Rakan Alam Maya

Seperti biasa, aktiviti hujung minggu saya kalau tak ada kuliah atau apa2 halangan saya akan ke Ipoh Memory Lane atau lebih dikenali dengan nama lamanya, Loken untuk cuci2 mata sambil membeli apa2 barang antik atau PML yang berkenan.
Kali ini ianya lebih bermakna kerana saya dapat berjumpa dengan rakan alam maya iaitu Kak Rohas dari blog Teratak Rohas. Setelah lebih setahun berkenalan di alam maya, inilah kali pertama saya dapat bertemu dengan Kak Rohas. Kebetulan Kak Rohas bercuti bersama keluarganya di Ipoh, dapatlah berjumpa lagipun Kak Rohas ada beli PML dengan saya.
Sepanjang pertemuan dengan Kak Rohas sememangnya saya berasa selesa kerana Kak Rohas ni peramah orangnya, sopan dan tutur katanya tersusun.
Jika diberi peluang, kalau boleh nak lagi bertemu dengan Kak Rohas. Kepada Kak Rohas, kalau ada terlebih dan terkurang sepanjang pertemuan kita, saya minta maaf banyak2 ye.


Tuesday, December 28, 2010

FOR SALE : PINGGAN MAKAN LEPER J&G MEAKIN JADE

PINGGAN MAKAN LEPER GLAMOUR J&G MEAKIN JADE
ADA 6 BIJI, CONDITION CANTIK
TIADA RETAK, SUMBING DAN STAIN
SAIZ 10"

RM SEBIJI TAK TERMASUK POS

SOLD


AMIK 6 BIJI BOLEH KURANG SKIT

BERMINAT SILA HUBUNGI/SMS SAYA 0175606196.TQ

GAMBAR SEPERTI DIBAWAH



Monday, December 27, 2010

Tureen Retak 1000 Bahagian ke II

Pagi2 buta nan sepi ni disajikan sequal n3 mengenai tureen retak 1000. Kak Shas, Kak Nannie dan Kak Yatt dah pun buat n3 tureen yang sealiran macam ni, sebelum ni saya pun ada n3 tureen yang macam ni jugak. Kali ni saya kongsikan penambahan tureen retak 1000 yang ada dalam simpanan saya iaitu penambahan 2 biji lagi tureen retak seribu yang berlainan saiz.


3 biji tureen retak 1000, dari saiz besar, sederhana dan paling kecil.


Yang ini paling besar, bersaiz 8.5" mangkuk dan 9.5" penutup. Kondisinya pun cantik lagi, mungkin jarang digunakan oleh pemilik asal tapi tureen ni kalau angkat memang terasa berat.


Pandangan atas.


Ini pula bersaiz sederhana, 7" mangkuk dan 8" penutup. Kalu diperhatikan keadaan tureen ni memang terlalu nampak uzur, banyak kesan retak 1000 dan stain, memadai dengan usianya. Tureen ni saya dapat free dari peniaga di Loken kerana banyak membeli barang dari peniaga tersebut.


Pandangan atas.


Dan ini tureen yang paling kecil sekali, warisam keluarga saya, yang pernah saya n3kan sebelum ini. bersaiz 6" mangkuk dan 7" penutup.


Pandangan atas.



Sekian saja untuk kali ini. Jumpa lagi...

Thursday, December 23, 2010

Tureen Berjambul

Salam dinihari Jumaat kepada semua pembaca....pagi-pagi Jumaat ni saya n3 kan sebijik lagi tureen, yang mana saya percaya tureen ni usianya agak lama berbanding tureen-tureen yang saya pernah n3kan sebelum ini. Mungkin Abg Taj, Kak Yatt atau yang lain2 boleh bagi komen pasal usia tureen macam ni. Pemilik asal tureen ni mesti menggunakan tureen ni sebagai basahan harian memandangkan corak dan warna pada tureen kebanyakannya sudah pudar.


Motif corak flora yang sarat pada penutup tureen. Hampir pudar warna coraknya.


Jambul pemegang tutup tureen berbentuk sebiji buah, unik sekali.


Pandangan dari atas. Mungkin tidak menarik perhatian ramai tapi menarik pada pandangan saya, saya percaya tureen sebegini ada peminatnya.



Tureen dan mangkuk. Bentuk mangkuk berkaki.

Sekian saja untuk kali ini...sehingga bertemu lagi.

Wednesday, December 22, 2010

Labu Putih

Salam diawal pagi rabu.....nak tido tak terlelap, so masa yang ada ni saya n3kan satu lagi labu yang ada dalam simpanan. Labu ni putih clear je tapi pada badannya ada lorekkan corak2 bunga dan daun. Boleh lihat gambar2 kat bawah.


Lorekkan corak daun dan bunga pada bahagian badan labu. Kaca labu ni pun amat nipis, senipis kulit telur.


Ok, sekian saja untuk awal pagi ini, jumpa lagi.

Labu Kaca Belang Merah


Selamat tengahari.....mood nak buat n3 semakin membuak-buak tapi mood nak snap gambar tak ada.....hahaha...so, snap mana yang simple2 dan senang je macam labu kaca ni. Dunia blog PML pun semakin sunyi sepi je kebelakangan ni, tapi apepun, saya cube sedaya upaya untuk memeriahkan dunia blog PML ni macam dulu....harap2 tahun 2011 akan datang ni, blogger2 yang lain pun aktif kembali berblog macam dulu....
Hari ni yang saya nak kongsikan labu air juga, corak belang merah ada bunga2 skit. ok layanlah lah ye.....jumpa lagi.....


Tuesday, December 21, 2010

Retro Lagi

Tengah2 malam ni, line internet ok, so dapatlah saya upload gambar untuk n3 baru...hehehe. Set jug/gelas retro ni saya dapat asing2 sebenarnya, mula2 dapat jug di Loken tak lama lepas tu tak sangka dapat gelasnya di kedai 2nd, tak sangka corak bunga sama dengan jug yang saya dapat. Itulah kalau dikatakan rezeki. Walaubagaimanapun hanya 4 biji gelas je yang muncul. Ok, layanlah gambar2 ye.....selamat malam.



Labu Kaca Biru

Salam sejahtera semua....
Hari ni cume nak kongsikan koleksi labu kaca air saya seterusnya, iaitu berwarna biru dan mempunyai lingkaran pada badannya...pada yang dah lepas n3 labu kaca saya sebelum ni, bolehlah klik di label 'labu kaca'. Ok, sekian saja untuk hari ini, selamat menjamu mata.

Monday, December 20, 2010

Tureen Lagi

Mood nak mengarang tak ada dan idea pun tak ada. Jadi, layanlah tureen comel hasil rembatan dari eis antique awal tahun ini. Corak yang simple tapi menarik untuk dijadikan koleksi.

Corak pada tureen, berwarna merah gelap.

Pandangan dari atas.

Apabila dibuka...

Sekian saja untuk kali ini...sehingga bertemu lagi.

Thursday, December 16, 2010

Set Minuman Berais Retro

Hari ni n3 simple, cume set jug dan gelas retro era 70an.....tapi menarik pada pandangan mata, motif coraknya dan warna coklat atau 'amber' yang menawan bila dipandang. Hasil rembatan dari Memory Lane ini amatlah berbaloi, harganya sungguh murah..hehehe...ok, jom layan di gambar2 di bawah.

Bentuk, warna dan motif jug yang anggun.

4 biji gelas yang ada.

Motif pada gelas yang amat cantik dipandang. motif2 yang terkenal zaman2 70an satu ketika dulu.
Sekian saja untuk hari ini, jumpa lagi.

Wednesday, December 15, 2010

J&G Meakin Celeste Collection

Hari ni kita cuci-cuci mata dengan set kolonial pulak, iaitu J&G Meakin Celeste. Warnanya yang biru, menyejukkan mata memandang.....kalau hati tengah susah, makan dan minum pakai set ni, hati boleh jadi sejuk....hehehehe.....set celeste ni boleh dikatakan saya ada lengkap kesemuanya, cuma beberapa pinggan dan mangkuk saya tak dapat nak tunjuk kat dalam ni, payah nak bawak keluar. Set ni bukanlah sekaligus saya dapat dengan lengkap, bermula dari sebiji pinggan, berkat usaha mencari dari merata tempat, dapatlah saya kumpul fullset. Oklah, kang bertambah merepek, jom kita layan gambar-gambar kat bawah.

Teko gemukss, ada 2 saiz, 1 saiz biasa dan 1 lagi saiz lebih kecil. Boleh bandingkan pada gambar dibawah. Teko kecil dari abg halim, junk collector dan teko besar dari Pak Syed di loken.

4 set cawan celeste...lagi 2 set hilang entah ke mana, nampak gayanya lepas ni kene simpan ikut set la dalam kotak, kalau tak, berterabur sana sini...hehe...cawan2 ni juga dapat dari Pak Syed. Pak Syed pun sekarang tak aktif berniaga barang2 antik kerana faktor keuzurannya.

Cawan J&G Meakin Celeste.

Gravy Boat dari apekss..

2 saiz creamer jar, yang kecil dari abg halim junk collector dan yg besar dari tasha.

Sugar bowl dari nyonya.

Tureen dari abg halim, junk collector.

Pinggan mangkuk yang dapat bergambar, yang lain duk diam-diam sudah....hehehe

Sekian saja, selamat menjamu mata.