Monday, October 31, 2011

Almari Buruk





Selamat petang kepada semua pembaca. Cuma nak berkongsi almari buruk yang saya dapat awal bulan hari tu. Masa dapat tu memang buruk sangat rasanya, tak berselera kalau orang tengok tapi kalau peminat antik, angkut jugak kan. huhuhu. Almari ni cuma rupa dan keadaannya saja nampak buruk tapi kayunya sangat cantik dan teguh. tiada sebarang cacat cela mahupun kerosakan pada kayu. Buktinya masa saya buang, kikis syelek2 lama, memang nampak cantik sangat almari ni, kayunya cantik, halus. Kalau tengok pada bentuk dan kakinya, almari ni dalam tahun 1950an mungkin. Buruk2 pun, saya dapat dari runner bukanlah pada harga yang murah ye, agak tinggi juga, rupa saja buruk. Masa dapat pun penuh segala benda alah dalam almari ni. Agaknya tuan asal buat letak pakaian kot sebab keliling almari ditutup dengan kain dan cermin juga ada yang pecah.

Almari ni sedang dibaikpulih dan tunggu masa untuk disyelek saja. Cuaca asik mendung, hujan, susah nak buat kerja2 mensyelek. Nanti bila dah siap sepenuhnya saya akan n3 lagi pada n3 akan datang ye. Sebelum berundur, almari ni dah ada orang booking dan bakal berlepas ke Shah Alam bila dah siap sepenuhnya nanti.

Sekian saja untuk tatapan kali ini, jumpa lagi dilain n3.

Thursday, October 27, 2011

Bunga Bungaan Tureen

Tengah2 malam ni terasa macam rajin pulak nak meng'update' blog tapi idea mengarang tak da..hehe.. lama tak share pasal tureen kan. Kali ni saya n3 satu lagi koleksi tureen saya. Tureen ni agak besar juga, lebih kurang saiz 9". Kalau jenis bentuk2 macam ni, biasanya dari Japan. Yang membuat saya tertarik pada tureen ni adalah kombinasi bunganya. terdapat 2 jenis kombinasi bunga yang berlainan dengan warna2 bunga yang menarik. memang cantik kalau dilihat secara realiti.

Tureen jenis berkaki...bentuknya cantik, ada beberapa biji tureen sebegini dalam simpanan saya.

Pandangan tureen dari atas, cantik pada pandangan mata saya. bunganya penuh dan pelbagai dengan warna warni.

salah satu kombinasi bunga. memang cantik

lagi satu kombinasi bunga. yang ni pada saya lagi cantik. kan?


sekian saja coretan saya untuk kali ini. jumpa lagi di lain n3.

FOR SALE : SET AIR MATA




SET AIR MATA
1 MANGKUK BESAR
6 BIJI CAWAN (PENYANGKUT CAWAN ADA 5)

RM80 TAK TERMASUK POS
BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

FOR SALE : PINGGAN AYAN


NOS
RM30 UNTUK SEPASANG TAK TERMASUK POS

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

FOR SALE : CAWAN A SHAPE BUNGA TERUNG



CONDITION CANTIK
RM100 UNTUK 4 PASANG TAK TERMASUK POS

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

Tuesday, October 25, 2011

Meru Antik Untuk Dijual

AMungkin ada yang tertanya, meru apa la yang nak dijual ni.@ 8@ Klang tu ye, ataupun Taman Meru kat Ipoh tu...hahaha...tapi meru adalah sebuah perabot...hehe.. Saya pasti, ramai mengetahui apa itu meru. Meru ni kalau di Perak dulu2 adalah sebagai tempat letak pinggan mangkuk di dapur yang digunakan orang dulu2. Di rumah lama moyang saya dulu pun menggunakan meru dan masih ada sehingga sekarang. Tak tau la negeri lain pun mungkin memakainya juga. Tapi apa yang pasti, kebanyakan rumah2 lama disini masih ada menyimpan meru ni di dapur2 mereka. Meru ni juga bentuknya mengikut taraf sosial seseorang juga, lagi banyak duit orang seseorang tu, lagi cantik dan berkualitilah merunya. Meru yang dibawah ni saya dapat bulan lepas dan baru ada masa untuk dibaikpulih, nasib baik ada yang baik hati tolong buangkan syelek lama...hehe. Meru ni 3 tingkat, 2 tingkat di atas terbuka dan setingkat dibawah berpintu dan boleh letak banyak koleksi pinggan mangkuk dan sebagainya. Untuk lebih lanjut dan harga, boleh lihat gambar2 dibawah.


Yang ini keadaan sebelum dibaikpulih. keadaannya elok juga cuma syelek lama tak berapa nak cantik dah.



Setelah dibuang syelek lama oleh runner yang baik hati, macam ni la rupenye...togel dengan rupa kayu2 nya...hehe


Dan ini hasil bila dah siap...bolehlah...100% menggunakan tangan. warna syelek pun saya sapukan seakan2 warna yang asal.


Bahagian berpintu di bawah sekali yang cukup besar, boleh simpan banyak barang.

Dan ini contoh untuk susun pinggan mangkuk diatasnya ye. Main susun2 je, saje2 bagi idea...hehe..tapi harga tak termasuk barang2 ye...tu semua koleksi kesayangan. haha.


Dan meru ni saya jual dengan harga,
RM termasuk kos penghantaran ke semenanjung Malaysia saja.

SOLD


Bagi yang berminat boleh hubungi/sms saya 0175606196
Booking 3 hari.

Sekian saja untuk kali ini.

FOR SALE : MUG VCR

MUG VCR
CONDITION CANTIK
RM TAK TERMASUK POS

SOLD

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

FOR SALE : TUREEN BUNGA KANGKUNG

TUREEN BUNGA KANGKUNG
SAIZ 7.5"
CONDITION CANTIK CUMA ADA HAIRLINE LEBIH KURANG 1" PADA BIBIR MANGKUK
BAGAIMANAPUN MASIH BOLEH DIGUNAKAN DAN TIDAK RETAK
RM TAK TERMASUK POS

SOLD

BOOKING 3 HARI
SMS 017606196




Thursday, October 20, 2011

FOR SALE : SET ROS ATC JAPAN

SET ROS ATC JAPAN
SET NI MERUPAKAN KOLEKSI PERIBADI SAYA, SAYA BARU DAPAT SET YANG BARU COMPLETE, JADI INI ADA LEBIH UTK SAYA LETGO. MAAF HARGA MUNGKIN AGAK MAHAL, TAPI ITULAH HARGA SAYA BELI DULU. JUAL HARGA MODAL.
CONDITION SEMUANYA CANTIK, NOS, TETAPI TUTUP TEKO ADA KESAN LINE DAN SUMPIK, DAH TUTUP TAK NAMPAK. BOLEH TENGOK GAMBAR DIBAWAH
1 TEKO DAN 4 PASANG CAWAN
RM250 UTK SEMUA DIATAS TAK TERMASUK POS

BOOKING 3 HARI
SEBARANG PERTANYAAN/PEMBELIA SMS/CALL 0175606196





FOR SALE : MANGKUK NASI TAMBAH BUNGA KANGKUNG

MANGKUK NASI TAMBAH BUNGA KANGKUNG
SAIZ BESAR, NOS
BoldRM UNTUK 2 BIJI TAK TERMASUK POS

SOLD

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196


Tuesday, October 18, 2011

Almari Antik Pendek

Lama tak bersiaran rasanya...cewahhh...padahal baru 3 hari kot...hehehe...maklum le, ujung2 minggu sibuk dengan belajar, mana nak sempat update2 blog ni. Lagipun keadaan tubuh badan tak berapa sihat kebelakangan ni. Bagi tak bersawang blog ni, saya sajikan makeover almari pendek ni. Dah lama siap sebenarnya sebelum puasa lagi tapi tak berkesempatan untuk dibuat tayangan perdana.

Dibawah ni, keadaan almari ni masa mula2 dapat dari runner...dah memang macam ni, runner baik hati tolong gosokkan dan baiki apa yang patut..hehe..tugas saya cuma sapu syelek je..hehe. Almari ni rendah je dan tak berapa besar. comel je. Tapi bentuknya memang antik. Agak2 sekita tahun 1930an-1940an kot.



Dan bawah ni hasilnya dah siap semua. Cantik tak?? hahaha...masuk bakul angkat sendiri kan...huhu...jadi la puas hati hasil kerja sendiri...100% menggunakan tangan tau, tak da mesin2...huhu...Almari ni bakal menemui tuan barunya tak lama lagi.




Sekian saja buat tatapan untuk kali ini, sehingga bertemu lagi dilain n3...

Friday, October 14, 2011

Koleksi Bunga Sakura - Edisi Ke II

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya. Petang Jumaat ini, jom kita cuci2 mata dengan koleksi bunga sakura saya. Boleh dikatakan n3 ulang tayang, sebelum ni saya ada buat n3 sakura ni, boleh klik disini, cuma ada beberapa item penambahan. Ianya antara motif bunga pada PML yang saya suka. Mula mengumpul set sakura ni pada hujung tahun 2009, sedikit demi sedikit membiak. Ini saja yang ada. Yang ada extra semua saya dah letgo...hehe

Kesemua set sakura yang ada dalam simpanan saya...ada lagi item2 yang tak dapat saya satukan disebabkan tak tahu letak mana, cari2 tak jumpa.

Yang ini teaset untuk aladdin. cukup 1 biji teko aladdin, sugar pot, creamer jar, 8 pasang cawan dan 5 biji piring kuih, sebiji dah pecah.

Teko aladdin, antara yang awal saya dapat. teko aladdin sakura ni seingat saya, memang saya selalu jumpa, yang saya ingat dah lebih 10 biji saya jumpa, yang lebih saya letgo. yang dalam simpanan saya cuma ada 2 biji saja, itu pun hasil barter dengan Kak Yatt dan Kak Nyna, masa diawal2 perkenalan kami.

Creamer jar sakura..agak susah untuk mendapatkannya, alhamdulillah rezeki saya 3 tahun lepas.

Sugar pot sakura, juga agak susah untuk mendapatinya.

2 biji teko bulat bersaiz mini, yang saiz bessar belum ada lagi.

cawan mulut lebar...ada 8 pasang dalam simpanan.

cawan A shape yang baru2 saya dapat. ada 6 pasang.

cawan jenis mini pemberian seorang kakak.

cawan maharani..

cawan bentuk loceng.

piring kuih 7"...tepi jenis rata..

mangkuk nasi tambah saiz 9". mangkuk nasi tambah sakura ni agak sukar juga nak jumpa sekarang.


mangkuk jeluk (panggilan orang perak). ada 3 saiz. impian saya nak dapatkan tureen bunga sakura ni macam di blog Wafiyah Collection....hehee...entah dapat entah tidak.


ini saja untuk tatapan kali ini, jutaan terima kasih kepada kakak2 yang banyak membantu dalam penambahan set sakura ini. jumpa lagi di lain n3.