Monday, September 24, 2012

Kerusi Lama Raya

Beberapa bulan yang lalu saya ada entry kan pasal kerusi ni, sekian lama tersadai di tepi rumah barulah dapat siapkannya...tu pun buat sikit-sikit. Sebab agak sebuk, dengan nak menyiapkan tempahan perabot orang lain lagi. Kadang-kadang tu dah balik kerja letih, so tidur je la...hehe. Nak ikutkan kerusi ni dah lama siapnya, sebelum raya hari tu, sebab nak pakai raya punya pasal, siapkan la cepat sebelum raya tapi tak jugak dapat pakai raya sebab kedai rotan yang saya hantar untuk anyaman rotan tempat duduk kerusi ni tak dapat nak siapkan anyaman tersebut sebelum raya, dah masuk raya ke 4 baru saya pergi ambil, terlopong la kerusi ni kat rumah sementara anyaman tempat duduknya siap...hehe.

Masa mula-mula dapat dulu macam ni la kondisinya, agak buruk, sebab sekian lama disimpan didalam stor pemilik asal yang lantai stor hanya bertanah tidak bersimen. Dari zaman saya sekolah lagi saya idamkan kerusi macam ni, akhirnya dapat juga, masa mula-mula dapat seronok sangat tapi kene la cover...huhu. Saya ada ceritakan dalam entry yang lepas mengenai kerusi ni. Saya dapat 3 buah tapi saya hanya dapat siapkan 2 buah saja kerana yang sebuah tu, bahagian kaki belakang reput dimakan anai-anai, saya nak buat sendiri tak pandai, kena pergi hantar tukang kayu yang pandai, maka tersadailah dulu, dapat 2 buah pun dah cukup kan. Sebenarnya kerusi ni ada 4 buah, sebuah lagi pemilik asal dah bakar, nasib baik yang 3 buah ni sempat saya selamatkan.


Kerja-kerja membaikpulih pun dijalankan...selesai kerja-kerja membuang syelek lama..agak teruk jugak nak buang syelek lama ni, 2-3 kali jugak sapu paint remover sebab syelek lama agak tebal sapuannya dulu. dah habis buang semua syelek lama tinggallah permukaan kayu asal, kayunya bukanlah kayu jati, tapi kayunya cantik, nampak dari kayu bermutu. Menurut pemilik asalnya, datuknya beli kerusi ni sekitar tahun 1940an. Masa beli memang tak da kerusi panjang katanya, hanya 4 buah kerusi dan sebiji meja bulat saja. 


Bila dah siap inilah hasilnya...gambar tak berapa bagus...snap waktu maghrib...hehe...jenuh jugak lah nak syelek kaler apa, akhirnya buatlah kaler coklat gelap skit. Sepanjang saya memburu perabot lama, inilah kali ke 2 saya dapat kerusi lama kayu macam ni, agak susah, kalau almari hiasan tu selalu juga dapat, kerusi sangat susah mungkin dulu-dulu tak semua rumah pakai kerusi atau tak berkemampuan. Si comel putih saya tu, sebuk nak posing jugak, disitu kita nak buat kerja, disitulah dia menyibuk.



Inilah anyaman rotan untuk tempat duduk kerusi tersebut, yang lama dah rosak terus, koyak rabak, saya dah buang dan hantar kedai untuk buat anyaman rotan yang baru. Tak semua kedai rotan boleh buat anyaman lama macam ni, hanya ada kedai tertentu saja, itupun kos untuk anyaman sebesar ni sangatlah mahal, bukan murah, nak jugak punya pasal, tempah lah jugak....kerusi ni pun bukan untuk dijual, dah selamat berdekorasi di rumah saya...hehehe

Sekian saja untuk tatapan kali ini, jumpa lagi di lain entry...

Friday, September 21, 2012

Tetamu Blog Yang Sememangnya Tidak Diundang

Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ni tak da entry berkaitan antik atau yang lama-lama, saja nak bercoretan, kisah seorang atau "seekor" tetamu dari bangsa apa pun saya tak tahulah, yang sememangnya tidak di undang. Blog saya didatangi komen dari chat box yang bertarikh, masa dan berbunyi "20 Sep 12, 05:02 PM
uhuuuu: rege cekek darah.. kok nak jual pon bio la berpatutan takut menjadi kemurkaan allah." 
Sungguh hairan dan kasihan saya dengan orang yang macam ni. Saya rasa apalah salah saya menjual teko dengan harga RM350 dan RM280 sedangkan harga pasarannya sememangnya begitu dengan modal saya yang tinggi untuk dapatkannya, tujuan saya nak meniaga, sebagai contoh saya dapat RM10 takkan saya nak jual RM10. Inilah kalau selagi hasad dengki, hati yang masih kotor sekotor najis khindzir, selagi ada perasaan macam tu selagi itulah suka menjatuhkan orang lain. Saya rasa, kawan-kawan di group Antique Porcelain Collector dan kawan-kawan yang sama terjebak dengan koleksi pinngan mangkuk lama ni dah tau nilai sesuatu item ni, mungkin hamba yang menggelarkan diri si "uhuuuu" yang seorang ni masih berjinak-jinak atau masih kosong atau sememangnya hati tu dah terlalu kotor. Petik dari kata-kata hamba tu iaitu "takut menjadi kemurkaan Allah", kepada si hamba tersebut boleh terangkan tak pada saya kenapa disebabkan menjual teko boleh mendapat kemurkaan? Kasihan sungguh dengan manusia macam ni. 
Alhamdulillah, Allah sentiasa memberi rezeki selagi kita jujur dan ikhlas berniaga. Setakat ini, barang-barang yang harga "CEKIK DARAH DAN TAKUT MENJADI KEMURKAAN ALLAH" dah dibeli orang dalam jangkamasa kurang 4 jam selepas di publish. Kepada hamba tersebut, saya sedia memaafkan anda, tapi nasihat saya, bersihkanlah hati dan jiwa rohani sebersih-bersihnya, jangan jadikan hati kita sekotor hati najis atau bangkai seekor 'Khindzir". 

Thursday, September 20, 2012

FOR SALE : TEKO J&G MEAKIN ROSA (CINDARELLA)

CONDITION CANTIK
RM TAK TERMASUK POS

SOLD

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

FOR SALE : TEKO ALADDIN ROS HIJAU

CONDITION CANTIK
RM TAK MASUK POS

SOLD

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

Friday, September 14, 2012

Almari Hiasan Lama

Beralih kepada perabot lama pulak. Almari ni ni dah siap masa awal bulan puasa yang lepas tapi belum sempat saya nak entrykan lagi. Tempahan dari Klang, Selangor. Saiz almari agak besar juga. Uniknya almari ni kerana ada jalur kayu menegak pada hadapan pintu cermin dan kakinya jenis 'V'.

Keadaan asalnya macam ni lah, masih nampak cantimlagi sebab berpakai cuma nak diperbaharui lagi.

Proses membuang syelek lama sehingga nampak urat kayu dan proses menggosok dengan kertas pasir. Bahagian frame almari ni asalnya memang dah bercat, jadi saya kekalkan dengan mengecatnya semula dan bahagian lain cuma sapu syelek 3 kali.


Menyapu lapisan kemasan kali ke 2.

Dan ini bila dah siap sepenuhnya...alhamdulillah..rezeki...


Bagi yang berminat dengan perabot lama/antik boleh hubungi saya untuk tempahan. 0175606196. Saya akan restore bagi yang booking terlebih dahulu, ada masa lebih baru saya jual secara terus.
Sekian saja untuk tatapan kali ini, jumpa lagi di lain entry.

Thursday, September 13, 2012

Rosa Cindarella Siri Ke II

 Salam sejahtera semua...hari ni kesinambungan entry rosa cindarella kelmarin. Coffepot dan creamer jar kecil yang sememangnya untuk set coffepot ni. Hari tu lupa nak snap sekali.

Betapa cantiknya coffeepot rosa cindarella ni, dah lama saya mengidam, sebelum ni tengok kawan-kawan punya saja, alhamdulillah rezeki dapat jugak atas jasa baik seorang kakak dari Ampang, Selangor yang tolong saya dapatkannya, harganya pun sangat berpatutan. seronok tak terkata. cuma nak cari cawan-cawannya yang kecik comel tu pulak. 

Dan creamer jar yang kembung pendek semacam ni tapi bentuknya tetap cantik. yang ni sememangnya untuk coffepot/chocolatepot, saiz kecik, nak cari teaset punya yang saiz besar. 

Entah kenapa, saya suka sangat dengan set meakin rosa cindarella ni mungkin sebab patern dia kot yang cantik, beriya sungguh nak cari segala apa yang ada..hehe...insyaallah semoga tercapai. Sekian saja, jumpa lagi di lain entry.

Wednesday, September 12, 2012

Koleksi Rosa Cindarella

 Lama rasanya tak da entry pasal pinggan mangku lama. Hari ni kita kongsi koleksi J & G Meakin Rosa pulak, geng-geng PML panggil set berbiku-biku berenda ni 'rosa cindarella' mungkin sebab bentuk dia yang sangat cantik tu kot. Mengenai koleksi ni saya kumpul bukanlah sekali dapat complete macam ni...Agak lama juga nak dapat penuhkan set, hunting sana, hunting sini dapatlah. Tu pun masih tak da sugar bowl dan creamer jar tapi creamer jar saiz kecil ada, lupa nak snap skali. Pinggan-pinggan pulak ada yang dah saya kumpulkan semua saiz, terutama pinggan leper cuma pinggan mungkum saja belum dapat semua saiz. Oval plate pun saya baru ada 3 saiz saja. Kalau jumpa saiz-saiz2 yang lain sudah semestinya saya akan rembat juga nanti. Cadangnya nak buat hidang bila ada tetamu yang datang guna set ni tapi belum jugak kesampaian sebab nak bawak keluar dari almari tu malas..hehe.

Kalau untuk teaset kira cukup la ni, sugar pot dan creamer jar tak da lagi.

Bentuk teko yang sangat cantik, memang ramai yang berkenan dengan bentuk teko ni cuma kuantitinya di pasaran agak kurang, harga pun agak tinggi sebab teko ni memang rare.

 6 pasang cawan dah cukup...dulu-dulu saya beli new old stock, memang puas hati.Cawannya pun bukan senang nak dapat ye.


Gravy boat...pun saya suka bentuknya...dapat di pasar Loken satu masa dulu tapi harga saya dapat pun bukan murah, lebih kurang harga online, nak punya pasal kalau ada bajet, tak kira, mesti kena beli juga.

Tureennya...cantik kan...boleh la isi nasi..hehe

Pinggan bujur 3 saiz, 14", 12" dan 11"

Pinggan leper dan pinggan mungkum, cukup kot untuk hidang makan malam atau makan tengahari.

Pinggan leper saiz 10", 9", 8" dan 7"

 Pinggan mungkum pulak saya cuma ada 2 saiz saja, saiz 9" dan 8", baru-baru ni kalau tak silap ada penambahan untuk saiz 7". nak cari saiz yang lain pula.

2 jenis mangkuk, untuk cereal/bubur dan sebagainya keduanya bersaiz 7".

Sedikit demi sedikit saya kumpul set ni dari tahun 2008, alhamdulillah berjaya menambah kaum kerabatnya. Hobi ni memang perlukan kesabaran, nak dapat terus complete set depan mata memang susah melainkan kita mengumpul set-set baru yang banyak di pasaran.
Sekian saja untuk kali ini, jumpa lagi di lain entry.

Tuesday, September 4, 2012

Kegemilangan Tekat

Salam sejahtera semua...rasanya masih belum lagi terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca-pembaca blog saya yang saya hargai sekalian. Minta ampun dan maaf zahir dan batin andai ada tersalah dan tersilap sepanjang mengenali.

Hari ni saje je kita cuci mata dengan kesenian tekat pulak. Dulu-dulu dalam tahun 1980an ke atas tekat ni memang menjadi kegemilangan dan kebanggan orang di Perak apabila adanya majlis perkahwinan dalam ahli keluarga...biasanya jika pengantin perempuan, maka lebih meriahlah majlis perkahwinan dihiasi dengan set tekat dari pelamin, meja pengantin sampailah ke bilik tidur. Kaum ibu, nenek-nenek dan kakak-kakak akan sama-sama menekat untuk persiapan perkahwinan, biasanya 5-6 bulan sebelum majlis kaum ibu dah mula menekat. Begitulah kemeriahannya tekat dengan orang Perak. Bagi yang kurang mahir menekat mereka akan menempah kepada 'pandai tekat'.

Nenda saya sendiri boleh menekat dan kemahiran itu diwarisi oleh ibu saya dan seorang ibu saudara saya. Pada majlis perkahwinan nenda saya dalam tahun 1948, nenda saya menekat sendiri set bilik tidur, pelamin dan lain-lain hiasan. Kesemuanya masih simpan sehingga kini dan beberapa orang ibu saudara saya kahwin juga ditekat oleh nenda dan dibantu ibu dan makcik saya. Sampaikan ada almari khas yang saiz agak besar ditempah untuk meletakkan set tekat di sesebuah rumah.

Kini, tiada lagi suasana seperti itu, kerana sekarang majlis perkahwinan lebih kepada konsep moden, kepupusan tukang pandai tekat juga satu faktornya dan kini harga untuk menempah set tekat mencapai harga ribuan ringgit juga salah satu faktor kekurangan penggunaan tekat masa kini dan boleh dikatakan hanya golongan berduit saya boleh menempahnya kini. Tekat tidak lagi diguna pakai, bagaimanapun masih ada juga perkahwinan di Perak yang menggunakan set tekat kebanyakkannya yang diwarisi turun temurun.

Buruan saya baru-baru ini berbaloi bagi saya kerana saya dapat menambah beberapa koleksi tekat walaupun tidak lengkap antaranya, cior, sejadah, bantal pipih, bantal golek, kipas, bantal pelamin, bantal kaki untuk berinai dan bantal tidur. Kebanyakkannya hanya warna merah. Banyak lagi item-item tekat pada masa dulu antaranya, kasut pengantin, langsir, kelambu, penutup labu kaca, tapak labu kaca, tepak sireh, tudung saji, lapik pinggan, gunungan pelamin, ombak kekuda, hiasan pelamin dan macam-macam lagi.
Harap-harap satu masa nanti kemeriahan tekat di majlis perkahwinan kembali seperti dulu...sekian jumpa lagi di lain entry.