Friday, December 27, 2013

Aladdin VCR

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengikut blog saya... Maaf, agak lama juga tak update blog ni...kebelakangan ni saya sangat sebuk, sebuk dengan kerja dan paling utama sebuk menyiapkan kajian tesis saya. berlari sana sini cari data maklumat untuk siapkan kajian, hanya pelajar separuh masa macam saya ni saja tau bertapa susahnya belajar macam saya ini. sekarang ni baru rasa lega sikit sebab presentation untuk tesis dah lepas. cuma tunggu untuk peperiksaan akhir saje bermula selasa 31/12/2013 ini. Sabtu dan Ahad ni tiada kelas so boleh la saya curi-curi masa untuk siapkan tempahan customer sambil curi masa baca buku...hehehe.

Kepada semua yang ada beli barang-barang lama dan perabot antik dari saya, saya harap dapat bersabar, minta maaf banyak-banyak, saya cuba untuk hantarkan semua tempahan yang ada pada hari Isnin ini sebelum saya berangkat ke Kuala Lumpur untuk menghadiri peperiksaan. Tambahan mula sekarang musim hujan, saya tak dapat nak bertukang, tambahan pula saya bertukang ni pada waktu malam dan awal pagi sebelum saya pergi bekerja saja. ini sebab saya saya bekerja office hour manakala sabtu dan ahad pula saya hadiri kuliah di Kuala Lumpur. Harap semua pelanggan memahami saya.

 Ok, berbalik kepada tajuk utama, terpandang Kak Yatt dari blog Yatt Precious buat entry pasal set VCR ni, saya pun lama tak buat entry pasal koleksi pinggan mangkuk, so cuma entry gambar ringkas saja. Teko aladin tu agak susah nak dapat, setelah hampir 5 tahun mencari barulah saya dapat dari kawan di Johor Bahru...tak lama lepas tu baru-baru ni dapat lagi sebiji teko yang sama...rezeki, jadi sebiji dah sampai ke rumah Kak Yatt...hehe.. Sebelum ni juga saya pernah buat entry pasal bunga VCR ni, boleh la rujuk ke "label" VCR untuk lihat entry yang terdahulu. Sekian saja untuk saya kali ini...biarlah gambar saja mentafsir segalanya...jumpa lagi di lain entri.

# ada 2 versi gambar, satu snap di luar rumah satu di dalam rumah...yang sebenarnya mula-mula snap dalam rumah lepas tu tak puas hati kualiti gambar, so alih ke luar rumah pulak...maklum la...pakai telefon kurang kecanggihan je...hehehe...



Friday, December 6, 2013

PERHATIAN UNTUK SEMUA CUSTOMER....

KEPADA SEMUA PEMBELI YANG ADA BELI BARANG DENGAN SAYA,

HARAP MAAF SEMUA BARANG-BARANG YANG TELAH DIBELI SAYA MASIH BELUM POSKAN. MINGGU INI SAYA SEBUK DENGAN URUSAN TESIS SAYA DI UTM SKUDAI, JOHOR. BULAN INI BULAN SANGAT SEBUK, DITAMBAH PULA DENGAN CUACA SEKARANG.

INSYAALLAH SAYA AKAN SELESAI KAN URUSAN PENGEPOSAN SEMUA BARANG-BARANG PADA HARI ISNIN ATAU SELASA DEPAN.

BERIBU AMPUN DAN MAAF DARI SAYA.