Thursday, October 16, 2014

MEJA SISI LAMA DAN RAK SERBAGUNA LAMA - SOLD

Salam sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung blog saya. Maaf agak lama juga tidak bersiaran disini. Kekangan waktu dan kesibukan tugas seharian membatasi segalanya. Harap-harap pengunjung setia masih setia mengunjungi ke sini. Jangan risau, walau blog tidak di kemaskini dengan entry terbaru tetapi tuan blog tetap aktif dengan antik...hehehe.. Oklah kali ini saya kongsikan meja sisi lama dan almari rak serbaguna yang telah di booking oleh pelanggan dari Kuala Lumpur. Dah lama siap hari ini baru berkesempatan post dalam blog.

Ini keadaan meja sisi tersebut sebelum dibaikpulih.

Keadaan selepas digosok.

Dan siapsepenuhnya..sepasang meja sisi lama berkaki runcing. 




Ini pula ialah almari atau rak atau orang perak panggil "meru" tempat letak pinggan mangkuk dulu-dulu walaubagaimanapun kegunaannya adalah serbaguna terpulang kepada individu untuk menjadikannya tempat apa-apapun.. Ini keadaan asal, sebelum ini ada saya entry kan dalam post saya yang lepas untuk sesiapa yang berminat untuk mem booking nya. Ia juga telah di booking oleh tuan yang sama dengan meja sisi di atas.

Dan ini keadaan apabila sudah siap dibaikpulih sepenuhnya, semoga tuan barunya berpuashati dengan kerjatangan saya.



Sekian untuk kali ini, jumpa lagi di lain entry.