Tuesday, March 29, 2016

PENGUMUMAN !!!

PENGUMUMAN !!! 

Assalamualaikum...
Kepada Encik Din dari Meru Height, Ipoh, Perak yang ada booking almari solek seperti gambar di bawah ini di harap dapat hubungi saya di 017-5606196 untuk tujuan penghantaran. Saya juga kehilangan nombor encik atas sebab masalah telefon bimbit saya tempohari. Diharap dapat hubungi saya segera. Kesulitan amat dikesali. Terima kasih.


Friday, March 25, 2016

Almari Lauk Lama Biru Turquoise - SOLD

Salam sejahtera. Hari ini saya kongsikan almari lauk lama yang telah diperbaiki. Atas permintaan pelanggan, seorang kakak yang mahukan warna biru turquoise saya catkan warna pastel tersebut yang lebih kurang iaitu menggunakan cat jenama berkualiti dan matt finish. Ini merupakan kali pertama saya cat kan warna tersebut pada perabot lama. Bila dah siap saya sendiri akui memang cantik dan mungkin saya juga akan mengabadikan warna tersebut pada salah satu koleksi peribadi saya...hehehe....

PENGUMUMAN!!!
Bagaimanapun, malangnya saya kehilangan nombor telefon kakak yang telah menempah almari ini. Nama pun saya dah terlupa tapi kakak tersebut telah membuat bayaran deposit kepada saya. Kepada kakak tersebut, jika terlihat posting ini diminta hubungi saya ye di talian 017-5606196. Tempohari telefon saya mengalami masalah banyak contact nombor pelanggan yang hilang. Segala kesulitan amat dikesali dan harap maaf. Minta kakak hubungi saya jika terbaca posting ini ye.

Keadaan asal sebelum dibaikpulih

Proses membaikpulih. Bahagian pintu bawah almari saya gantikan dengan vintage stain glass warna biru

Proses menyapu cat undercoat

Siap sepenuhnya






Tuesday, March 15, 2016

KERUSI "PAK MAON" LAGI - SOLD

Kali ini saya kongsikan lagi kerusi "Pak Maon". Asalnya sarung dari PVC warna coklat saya tukarkan kepada PVC warna merah gred berkualiti tinggi. Kerusi ini telah lama di tempah (booking) oleh seorang pelanggan dari Banting, Selangor. Semoga sampai ke destinasi dengan baik nanti. Buat masa ini kerusi macam ini sudah habis dalam stok saya, jika ada yang berkenan boleh hubungi saya untuk dimasukkan dalam waiting list. Jika ada nanti saya akan hubungi nama-nama dalam waiting list.

Keadaan asal kerusi. Buruk dan bagi yang tidak menghargai mungkin telah lama dicampak...hehehe

Selepas siap dibaikpulih dan ditukar sarungnya. Ditambah 'lining piping' hitam pada tepi kusyen atas permintaan pelanggan.

Meja sisi ditengah-tengah merupakan meja asal set kerusi ini.





Friday, March 11, 2016

FOR SALE : PERIUK AYAN/ENAMEL HIJAU LAMA


PERIUK AYAN/ENAMEL LAMA
TINGGI HINGGA PENUTUP 6.5"
DIAMETER MULUT PERIUK 7.5"
RM TAK TERMASUK POS

SOLD

AVAILABLE SATU SAHAJA

BOOKING 3 HARI
MINAT, SMS/WHATSAPP 0175606196

FOR SALE : SUGAR POT DAN CREAMER JAR PINK & YELLOW ROSES

NEW OLD STOCK
SEPASANG RM TAK MASUK POS

SOLD

BOOKING 3 HARI
MINAT, SMS/WHATSAPP 0175606196

ALMARI HIASAN LAMA - SOLD

Almari hiasan lama ini telah ditempah lebih awal oleh pelanggan dari Kuala Langat, Selangor. Alhamdulillah siap sepenuhnya dan telah selamat dalam perjalanan ke destinasi.

Keadaan sebelum


Proses membuang syelek lama dan menggosok halus


Siap sepenuhnya. Kualiti gambar kurang memuaskan kerana diambil ketika waktu senja. 




Thursday, March 10, 2016

Kerusi "Pak Maon" - SOLD-

Salam sejahtera buat semua pengunjung blog saya. Terima kasih kepada semua pengunjung yang masih sudi datang berkunjung ke sini. Tahun ini merupakan tahun ke 8 saya berblog sejak tahun 2009 lagi. Semoga ianya bertahan untuk masa akan datang.

Hari ni saja nak berceloteh sikit, berkongsi hasil membaikpulih kerusi "Pak Maon" ini. mengapa saya panggil kerusi ini sebagai kerusi Pak Maon?? Ini kerana kerusi sebegini pernah menjadi tempat duduk watak "Pak Maon" lakonan allahyarham seniman Mahmud June dalam filem hitam putih P.Ramlee iaitu filem Nasib Do Re Mi. Bukan dalam filem itu sahaja malah, kebanyakan filem-filem lama arahan P.Ramlee kita dapat lihat kerusi sebegini di dalam rumah-rumah yang menjadi lokasi penggambaran.

Di bawah merupakan hasil baikpulih saya pada kerusi tersebut daripada PVC lama biru saya tukarkan kepada PVC berkualiti tinggi hijau tua atas permintaan pelanggan. Kerusi ini telah dibeli oleh pelanggan dari Melaka. Sayangnya cuma ada satu sahaja. Terima kasih kepada pembeli. Semoga dengan usaha baikpulih dan jual beli ini kita dapat menyelamatkan khazanah-khazanah lama dari terus lenyap hilang begitu saja. Jumpa lagi di lain entry.

Keadaan kerusi sebelum di baikpulih. PVC biru masih elok lagi tetapi untuk kelihatan lebih cantik dan sesuai digunakan di dalam rumah perlu di tukar sarung dan dicat kerangka besinya.


Kerusi siap sepenuhnya. Diganti dengan warna lebih kurang hijau muda.



Allahyarham Mahmud June memegang watak "Pak Maon" dalam filem hitam putih Nasib Do Re Mi arahan P.Ramlee

Wednesday, March 9, 2016

OPEN FOR BOOKING : KERUSI MAKAN VINTAGE

DIBUKA UNTUK TEMPAHAN
KERUSI MAKAN VINTAGE
ADA 4 BIJI SAHAJA
SEBIJI RM220 TERMASUK RESTORE DAN PENGHANTARAN
(SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA)
BOLEH RESTORE DENGAN KEMASAN SYELEK ATAU DICAT MENGIKUT WARNA KESUKAAN PELANGGAN

BERMINAT BOLEH HUBUNGI 0175606196