Salam sejahtera semua....
Alhamdulillah, saya berasa teramat bersyukur skali kerana saya dapat meneruskan penulisan saya dalam blog ni setelah sekian lama saya tinggalkan. Bukan sengaja untuk tinggalkan dunia blogging ataupun bersara dalam hobi pinggan mangkuk antik ni tetapi kesuntukan waktu dan masa yang saya ada sangat terhad sejak kebelakangan ini. Saya sebok dengan tugas kerja saya di pejabat yang terlalu banyak yang memerlukan kudrat saya dek kerana saya perlu menyelesaikan segala 'proggress payment' setelah projek berakhir. Selain itu saya juga sebok dengan urusan saya untuk melanjutkan pengajian pada bulan hadapan dan juga beberapa masalah lain yang perlu saya tanggung. Beberapa minggu yang lepas juga saya telah melalui hari yang bermakna dalam kehidupan saya iaitu Majlis Konvokesyen yang ingin saya kongsikan bersama. Saya tidak mahu biarkan blog saya ni terlalu lama sunyi. Saya ambil peluang masa yang terhad ini untuk berkongsi kegembiraan saya semasa majlis konvokesyen tersebut.
Jom kita layan beberapa gambar yang sempat saya ambil.
Pada pagi sebelum majlis berlangsung. Kawan-kawan saya sebok membantu kawan-kawan yang lain memakai jubah.
Sebelum memasuki Dewan Jubli Perak, kami sempat mengambil gambar di luar dewan sebagai kenangan. Di bawah merupakan antara kawan-kawan seperjuangan saya yang banyak membantu semasa kami sama2 menuntut. Jatuh bangun kami bersama.
Sewaktu majlis bermula..sempat lagi snap gambar walau tak dibenarkan mengambil gambar..hehehe
Posing dulu sementara menuggu giliran, walaupun jantung berdegup kencang.hehehe
Bersama abah dan ibu yang terlalu banyak berjasa kepada saya. Merekalah sumber inspirasi saya, tanpa ibu dan abah, tak mungkin saya dapat belajar dan menempuhi kehidupan yang sempurna....terima kasih banyak2 ibu dan abah, saya doakan syurga untuk ibu dan abah.
Antara gambar-gambar bersama rakan seperjuangan yang dapat saya ambil. Alhamdulillah, setelah sama-sama kami tempuhi pahit manis ketika belajar, akhirnya impian tercapai juga. Kepada kawan-kawan, terima kasih juga saya ucapkan kerana anda semua adalah pendorong untuk saya terus belajar.
Ini saja yang dapat saya kongsikan. Insyaallah jika ada masa kelapangan saya akan terus buat n3 mengenai hobi saya, pinggan mangkuk antik. Selamat mambaca dan jumpa lagi. bye2