Salam sejahtera semua...
Harini sebelum memulakan cuti perayaan Tahun Baru Cina, saya nak buat n3 untuk join GA yang dianjurkan Kak Aida dari blog AlKesah. Kak Aida anjurkan GA ni sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ni....Kepada semua, bolehlah join, klik je ke blog Kak Aida disini.
Ini pula syarat2nya penyertaan :-
(1) Mestilah jadi follower kak aida dulu.
(2) Entri GA ini dan linkkan blog anda.
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment.
(4) Terbuka kepada kengkawan beralamat di Malaysia sahaja ye (Postage purposes).
Dan yang ini pula hadia2 lumayannye...
HADIAH PERTAMA- set makan Indian Tree Wedgewood tureen beserta 5 mangkuk mungkum
HADIAH KEDUA- Sakura Chinese teaset untuk 6 beserta sekeping piring
Kepada rakan2 semua, mari kite sama2 memeriahkan GA ini, semoga rezeki memihak kepada kite..InsyaAllah....selamat mencuba!!
Monday, January 31, 2011
Friday, January 28, 2011
Tureen Berkaki Bunga Ros
Yang sebenarnya hari ni teman tak ada mood nak meng'n3' tapi disebabkan tak nak biorkan blog ni bersarang segala hidupan2 liar, gagahkan juge le buat n3. Bukan ape, 2,3 hari ni sebok dengan keroje, maklumlah, company Cina, nak raya, banyak nak pakai duit, jadi teman yang menjaga duit masuk syarikat kenelah berhempas pulas sana sini ngejor duit. Nak join GA pun udah tak sempat. Ditambah pula hati tengah libang libu ni...hehehe...tapi dalam sebok2 pun, sempat juge godek2 FB dan blog...hahahaha...
Dah abis mengarut, cerite pasal tureen pulak. Tureen berkaki ni asalnye adalah milik salah seorang kakak blogger ku sayang yang baik hati mem'barter' tureen ni dengan saya. Asalnya tureen ni ada sedikit defect tapi setelah di 'operate' oleh doktor antik ezany, maka hilanglah segala cacat2 yang ada....hehehe...bentuknya memang memukau semua peminat2 PML ditambah pula motif bunganya yang sangat cantik dipandang...kepada kakakku sayang yang sudi barter tureen ni, terima kasih banyak2...suke sangat sampi asik membelek je...hehe...ok jom layan gambar2 kat bawah.
Dah abis mengarut, cerite pasal tureen pulak. Tureen berkaki ni asalnye adalah milik salah seorang kakak blogger ku sayang yang baik hati mem'barter' tureen ni dengan saya. Asalnya tureen ni ada sedikit defect tapi setelah di 'operate' oleh doktor antik ezany, maka hilanglah segala cacat2 yang ada....hehehe...bentuknya memang memukau semua peminat2 PML ditambah pula motif bunganya yang sangat cantik dipandang...kepada kakakku sayang yang sudi barter tureen ni, terima kasih banyak2...suke sangat sampi asik membelek je...hehe...ok jom layan gambar2 kat bawah.
Wednesday, January 26, 2011
FOR SALE : PIRING DODOL PUTIH
Tuesday, January 25, 2011
FOR SALE : PINGGAN BUJUR VCR
FOR SALE : SET ROS COKLAT
Friday, January 21, 2011
Zany Bila Tak Ada Kerja - Meja Mahjong Makeover
Hai semua.....dengar tajuk n3 pun entah ape2 kan...hehehehe.... Actually saya nak ceritakan pasal meja sisi mahjong ni. Meja ni saya beli dengan hanya RM15 je untuk dua buah ni dikedai 2nd, menurut tokey jual tu, meja ni meja sisi untuk main mahjong dan digunakan untuk meletak kopi atau kudap2 ketika main mahjong....meja ni daripada kayu meranti dan dibuat sekitar tahun 1960an dan asalnya adalah di rumah kedai lama kata tokey tu.
Menarik rasanya untuk dimiliki, saya beli dan cuti perlawanan bola sepak hari tu, dah tak da kerja, inilah kerja saya.....bila dah siap di makeover cantik pulak...hehehe
Sekian saja, selamat menjamu mata....
Menarik rasanya untuk dimiliki, saya beli dan cuti perlawanan bola sepak hari tu, dah tak da kerja, inilah kerja saya.....bila dah siap di makeover cantik pulak...hehehe
Yang ni keadaan asal 2 buah meja ni...nak kata buruk sangat tu tak dalah...yang buatkannya buruk sebab saya biarkan berhujan lama2 kat luar rumah....maklum la, sebok benor dengan urusan kerja, belajor lagi....cuti je la yang dapat nak kerjekan benda2 ni.
Dan yang ni setelah saya gosokkan dengan berus tembaga dan kertas pasir. hilang la semua bekas2 syelek lama.
Jeng...jeng....jeng.....setelah siap semuanya...dah kering saya bawak masuk ke dalam rumah....nampak perbezaan ketara kan?? Saya sapukan varnish dari jenama yang bagus...tapi tak la berapa mahal...
Baru je bawak masuk umah, tak lama lepas tu dah ada orang tolong hiaskan, sape lagi kalau bukan ibu saya.....hehehe....
Dan yang ini kedua2 buah meja dah siap diposing mengapit sofa. Siapa sangka, barang murah pun boleh menghiasi rumah kan...
Sekian saja, selamat menjamu mata....
Tuesday, January 18, 2011
Tureen Ros Ungu
Hari ni den nak kongsikan satu lagi tureen kesayangan den....jauh datangnyo, dari negori adat pepatih mano laie kalau bukan negori sombilan...hehehe....bahaso pun dah tukar ha...tureen ni den boli dongan cik tasha kito yang dulunyo ado blog, sekarang ni guno FB jo dio....apo yang menariknyo tureen ni adalah bungonyo...
Ok, tak do modal nak mengarang, layan yo la gambar2 kek bawah ni ha....
Ok, tak do modal nak mengarang, layan yo la gambar2 kek bawah ni ha....
Thursday, January 13, 2011
The Red Chrysanthemum
(gambar ihsan wikipedia)
Bunga Kekwa atau dalam bahasa Inggerisnya chrysanthemum merupakan sejenis genus yang terdiri daripada kira-kira 30 spesis tumbuhan berbunga saka di bawah famili Asteraceae dan berasal dari Asia dan Eropah Timur Laut. Untuk lebih lanjut mengenai bunga kekwa, boleh klik disini.
Bunga Kekwa juga telah diabadikan pada pinggan mangkuk lama iaitu terdapat bunga kekwa merah, kekwa hitam, kekwa biru dan kekwa kuning. Motif bunga kekwa merah menjadi kegilaan ramai peminat pinggan mangkuk lama. Kak Yatt dalam n3 nya yang lepas (boleh klik disini) telah mengklasifikasikan motif kekwa merah ini kepada beberapa jenis iaitu :
Bunga Kekwa juga telah diabadikan pada pinggan mangkuk lama iaitu terdapat bunga kekwa merah, kekwa hitam, kekwa biru dan kekwa kuning. Motif bunga kekwa merah menjadi kegilaan ramai peminat pinggan mangkuk lama. Kak Yatt dalam n3 nya yang lepas (boleh klik disini) telah mengklasifikasikan motif kekwa merah ini kepada beberapa jenis iaitu :
Type 1
Type 2
Type 3
Dan yang ini merupakan motif kekwa merah yang saya jumpa pada salah satu teko koleksi kekwa merah saya. Jika perhatikan, ianya berlainan dari 3 jenis bunga kekwa merah di atas.
Oleh itu, bolehlah dikelaskan kepada Type 4.
Oleh itu, bolehlah dikelaskan kepada Type 4.
Apa yang ingin saya kongsikan adalah koleksi kekwa merah saya yang sudah hampir bertahun2 saya kumpul, inilah saja yang mampu dan saya jumpai. Yang terbaru adalah teko aladdinnya yang memang susah nak jumpa. Walaupun harga yang saya perolehi amat tinggi tetapi ianya memberi kepuasan pada diri saya sendiri. Biar mahal asalkan puas hati. Walaubagaimanapun, masih tercari-dari sugar pot dan creamer jarnya....
Teko aladdin yang baru dimiliki...setelah sekian lama menanti, akhirnya dapat juga. Memang puas hati, jika diperhatikan motif bunga kekwanya adalah dari type 2...Ada ke aladdin type 1,3 dan 4??
Teko bulat 4 beradik dari type 1 bersaiz besar, type 4 bersaiz medium dan type 2 bersaiz mini.
Cawan bulat 3 set...motif bunga kekwa merah yang lain dari yang lain...mungkin boleh dikelaskan kepada type 5??
Cawan bulat motif bunga kekwa lain dari yang lain.
Hanya 4 set cawan mulut lebar yang berjaya dimiliki....masih tercari2 untuk penambahan koleksi.
Cawan ML bunga kekwa type 1.
Cawan ML bunga kekwa type 2.
Dan sebiji cawan bujang, juga motif kekwa merah lain dari yang lain.
Tureen ini pun bermotifkan gabungan bunga kekwa dan bunga ros. Saya pernah n3 sebelum ini.
Koleksi pinggan mangkuk bunga kekwa merah.
Koleksi oval platter.
Oval platter kekwa merah type 2 bersaiz 14.5" dan 12". Yang 14.5" merupakan hasil barter dengan acik hanis hanishaimi antik.
Oval platter kekwa merah type 3 bersaiz 12" dan 10".
Piring leper bersaiz 6",7" dan 8".
Piring kuih 6" type 1 dan 2.
Mangkuk sambal saiz 6".
Mangkuk nasi tambah saiz 9" type 1.
Disebelah kiri pinggan kuah type2 saiz 9" dan kanan pinggan makan type 1 saiz 9".
Sekian saja untuk tatapan kali ini...diharap dapat memberi serba sedikit ilmu kepada collector2 pinggan mangkuk lama. Jumpa lagi di lain n3.