Wednesday, February 23, 2011

Almari Antik For Sale II

Almari ni pernah saya n3 dulu...nak jual sebab nak bagi laluan kepada almari yang lain masuk ke rumah....masalah penempatan
RM nett termasuk kos penghantaran sampai ke rumah di semenanjung Malaysia saja.
berminat bolehlah hubungi/sms saya 0175606196.

SOLD


Friday, February 18, 2011

Almari Antik Untuk Dijual

Almari ni belum siap sepenuhnya lagi...baru selesai proses membuang syelek2 lama dan menggosok dgn kertas pasir. Kayu almari ni daripada kayu meranti yang keras, keadaan memang baik kecuali kuncinya saje dah rosak. Tinggal proses untuk menyapu syelek je lagi yang saya akan lakukan esok atau lusa. Saiz almari ni 55" tinggi, 30" lebar dan 14" kedalaman dari tepi.
Saya buka kepada sesiapa yang berminat untuk membeli almari ni, sekurang kurangnya dalam minggu depan saya akan menghantar almari ni kepada pembeli.
Harga untuk almari ni siap sepenuhnya termasuk kos penghantaran kurier dimana2 semenanjung Malaysia, RM680 nett (SOLD). Sape dulu, dia dapat. Jika berminat boleh call/ sms saya 0175606196. Saya akan n3 kan almari ni bila dah siap kemudian.


Thursday, February 17, 2011

Lagi Koleksi Tureen

Salam sejahtera semua....
Hari ni kite kembali ke n3 tureen...tureen berkaki yang bermotifkan bunga2...daripada Japan. Tureen ni bersaiz agak besar juga, iaitu 9". Tanpa berlengah masa, layanlah gambar2 kat bawah ye...




Wednesday, February 16, 2011

Join GA Kak Nita Pastime Collectibles

Hari ni saya nak join pulak GA yang dianjurkan Kak Nita dari blog Pastime Collectibles, boleh klik disini.
Seperti biasa, mestilah ada syarat-syaratnya iaitu :

1. Jadi follower blog saya.
- dah lama jadi pun...hehehe

2. Link kan blog saya dlm blog list anda
- dah buat pun

3. buat N3 GA ni dalam blog anda
- dah buat dah..ini la die...haha

4. Sejak bila mula minat PML ( pinggan mangkuk lama )?
- lebih kurang tahun 2002 macam tu dah mula minat secara serius...

5. Apakah koleksi PML anda yang pertama?
- ros hitam, cabbage rose merupakan koleksi pertama saya sebab dah sediada pusaka keluarga.

6. Pada pendapat anda, antara koleksi berikut, yang mana paling banyak peminat;
a) Koleksi Bunga Kangkung
b) Koleksi Twin Rose
c) Koleksi 5 roses
d) Koleksi Hitam ( Bunga Rose jambatan, bunga padi, ros hitam dan kekwa hitam )
e) Koleksi Kek wa merah
f) Koleksi Meakin/ J & G ( pink, biru, kuning dan hijau )
- dah tentunya bunga kangkung, semua collector rasanya bermula dengan bunga kangkung, lebih popular...heheehe..

Tarikh tutup GA ini ialah pada 22/2/2011. Sila email pada pasttimes74@yahoo.com untuk maklumkan nama penuh, alamat dan contact no. Hadiah nya seperti berikut :
TEMPAT 1 - 1 SET TRIO ROYAL ALBERT PRELUDE
TEMPAT KE 2 - DECO PLATE ROSES BY PRISTINE




TEMPAT KE 3 - 1 SET CAWAN KOPI JOHNSONS BROS ETERNAL BEAU




semoga tuah memihak kepada saya...hehehe...sekian...

Monday, February 14, 2011

Biru Mendamaikan....

Hari ni jom kita cuci mata dengan warna biru pula.....rasa terang je biji mata bila tengok warna biru ni. Set jug/gelas lama ni terdiri daripada 6 biji gelas dan sebiji jug. Bentuknya yang unik menarik perhatian mata saya untuk milikinya. Biasa yang pernah saya lihat set macam ni berwarna amber/coklat/perang, tak sangka ada pula warna biru. Set2 macam ni terkenal sekitar tahun 1970an- awal 1980an. Set ni saya ada extra 1 set, dan saya akan letgo kepada sesiapa yang berminat, bolehlah roger2 saya ye.

Jug, bentuk yang unik, motif buah limau nipis.


6 biji gelas.


Gelas.


Sekian saja untuk tatapan kali ini...jumpa lagi...

Sunday, February 13, 2011

Loken @ Ipoh Memory Lane 13/02/2011

Pagi tadi, kunjungan ke Loken @ Ipoh Memory Lane, berjumpa lagi dengan geng2 sehobi/rakan blogger iaitu Kak Ju, Kak Shas dan Rizal. Rizal yang datang jauh dari Shah Alam dapat lah membeli barang2 yang berkenan di hati buat buah tangan dari Loken. Selepas itu, kami ramai2 ke kedai antik di Batu Karang, Kampar tapi tak da yang dapat kami beli...Ok, layan gambar2 di bawah..semoga Rizal, yang datang jauh dari Shah Alam terhibur dan jika ada yang terkurang harap dimaafkan ye.






Thursday, February 10, 2011

Mengubat Luka

Bagi yang mengikuti blog saya, pasti sedia maklum mengenai salah satu almari yang menyimpan koleksi2 kesayangan saya roboh dan memusnahkan banyak koleksi2 kesayangan saya. Bagi yang terlepas pandang, boleh klik disini.

Setelah hampir setahun kejadian berlaku, barulah terdetik dihati saya untuk memperbaiki almari tersebut. Itupun setelah saya mendapat idea membaikpulih dari blog Kak Aida Alkesah...dengan bantuan Kak Aida jugalah saya dapat membeli L-Shape bracket sebagai pengganti penahan almari tersebut. Itupun semua kerja2 baikpulih saya buat sendiri saja. Semuanya saya buat masa cuti Tahun Baru Cina yang lepas.


Inilah keadaan almari masa mula2 roboh 22 mac tahun lalu....banyak barang2 koleksi saya habis pecah berderai.


Sebelum memulakan kerja-kerja membaiki, saya kosongkan semua benda2 yang ada dalam almari terlebih dahulu.



Besi L-shape yang saya gunakan...hasil pertolongan Kak Aida yang sudi membantu membeli besi L-shape bracket ini.


Sebelum ni, almari ni hanya menggunakan klip kecil seperti dalam gmbar diatas ni saja....manalah tak roboh kan....boleh bayangkan, tak munasabah diakal klip sekecil itu boleh menanggung beban.


Dan yang ini, saya gantikan dengan L-shape bracket yang saya pasang sendiri....nampak lebih kukuh untuk menanggung beban.


Semua saya gantikan dengan L-shape bracket tersebut.


Pekerja yang diimport sedang memasang L-shape bracket...hehehe


Bahagian pelantar almari pula, saya gantikan semula dengan 'tempered glass', di tempah di kedai cermin...dah siap saya susun semula koleksi simpanan saya. Saya susun mana2 yang ringan dan tak padat.


Macam ni lah rupenye hasil susunan saya. Tak reti nak menyusun.....ada masa nak bawak keluar susun balik...macam tak puas hati....hehehe....kos keseluruhan baikpulih almari ni tak sampi pun RM120. Ok la kan...tak la terlalu mahal...yang penting, bila dah tengok kembali macam ni, hati saya pun jadi happy. Jutaan terima kasih buat Kak Aida dan suami atas pertolongan serta tips.

GA Kak Nannie My Passion

Salam sejahtera...kali ni saya nak join GA yang dianjurkan kak Nannie My Passion sempena ulangtahun blognya yang ke 2 tahun...boleh klik disini untuk lebih lanjut.

berikut merupakan syarat-syarat penyertaan :

(1) Terbuka pada semua follower , jom join...
(2) Sudi la buat entri GA saya ini dan linkkan blog anda.
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment dan tinggalkan email atau link blog anda.
(4) Terbuka kepada sahabat-sahabat beralamat di Malaysia sahaja.


Hadiah set A ialah 2 frame dengan 2 candle stand


Hadiah B: kain 100% cotton berukuran 4.5 meter


Hadiah C: kain 100% cotton berukuran 3 meter dan 1 helai tuala cute bear..


Hadiah D: kain 100% cotton berukuran 3 meter dan sehelai tuala cute bear


Selamat Berjaya!

Wednesday, February 9, 2011

Bakul Si'a Nyonya

Masih mood tahun Baru Cina lagi...Kali ni saya kongsikan Bakul Si'a ala Peranakan Baba Nyonya atau kaum Cina pun menggunakannya pada suatu ketika dulu. Kesahnya, dah lama saya minat dengan bakul si'a ni...seingat saya masa zaman2 sekolah menengah, pergi makan angin di Melaka, ternampaklah bakul si'a ni kat kedai antik di bandar Melaka...tapi bila tanya harga, terlalu tinggi, rasa tak mampu pulak, maklumlah budak sekolah....duit pun harap mak bapak bagi..hehehe...pendam je la niat tu. Lepas tu, sejak berblog ni, ternampak la pulak bakul si'a ni kat blog kawan2 sealiran, iaitu di blog kak Rohas (Teratak Rohas) dan blog kak Aida (Alkesah), lagi bertambah berkobar2 la rasa nak milikinya. Sampai la hari Ahad yang lepas saya terpandang bakul si'a ni di Loken, apa lagi, terus tanya, tawar2 dapat lah harga yang mampu milik. Mula2 nak beli 2 biji, 1 lagi banyak tingkatnya tapi dah kene rembat dengan orang lain...hehe
Balik2 rumah, terus basuh, samak, cuci2, then dah kering trus disply...memang seronok tak terkata, hajat dihati termakbul.


Pandangan dari tepi. Material daripada buluh dan tanah liat kalau tak silap. Warna hitam, merah dan gold tu menggunakan cat.


Pandangan atas.


Terbahagi kepada 3 bahagian.


Sekian saja untuk kali ini. Jumpa lagi di lain n3.

Tuesday, February 8, 2011

Naga Di Tahun Arnab

8 hari tak update blog, rasa macam terlalu lama....dek kerana sebok dengan cuti Tahun Baru Cina, ditambah pulak dengan penyakit 'M'. Kesempatan ini, rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun baru Cina kepada semua penganut Buddha terutamanya kaum Cina dan tak lupe kepada majikan saya, Mow Seng Construction Sdn Bhd, Mow Seng Brothers Tractor Works Sdn Bhd dan Mow Seng Tractor Mechanic Sdn Bhd.
Oleh itu, n3 saya kali ni, mengenai set bermotifkan naga yang ada dalam simpanan. Ini pun hasil pemberian ikhlas dari rakan blogger, Abg Taj.

Set pemberian Abg Taj, set ni comel je, tak besar pun..suke sangat. Terdiri daripada 1 teko, 1 creamer, 1 sugar pot dan 6 pasang cawan.



Dan yang ini pula teko dar kedai nyonya....pandangan depan dan belakang. motif naga yang berbeza.


Teko naga set tersebut, kecik je, comel.


6 pasang cawan.


Sugar pot.


Creamer jar.



Motif naga yang berbeza, bahagian depan dan belakang.




Sekian saja untuk kali ini. Jumpa lagi di lain n3.