Sunday, January 29, 2012
FOR SALE : PIRING CAWAN ROS HIJAU
Saturday, January 28, 2012
Thursday, January 26, 2012
FOR SALE : PIRING KUIH CABBAGE ROSE
Wednesday, January 18, 2012
Tuesday, January 17, 2012
Ikan Emas dan Kenangan Lalu
Malam ni datang rajin sikit, saya kongsikan set ikan emas pujaan hati saya ni, dah lama mengidam, bermula dengan sebiji teko aladin fresh from kedai apek, kemudian saya minta tolong kawan2 di group APC di facebook, akhirnya menemukan anak2nya walaupun hanya 5 pasang cawan mulut lebar dan sepasang bentuk loceng. Saya masih mencari suku sakatnya iaitu lagi sepasang cawan mulut lebar, 5 pasang cawan loceng, dan apa2 juga bentuk cawan selain dari 2 jenis ni. Sudah semestinya kalau ada sugar pot, creamer, piring kuih, pun saya nak, kalau ada roger2 saya ye.
Sebenarnya set ikan emas ni mengingatkan saya kembali zaman kanak2 saya. Saya dibesarkan di kampung bersama2 datuk dan nenek saya sejak kecil, zaman kecil saya banyak dihabiskan di masjid kampung saya. Waktu Zohor dan Asar saya akan ke masjid bersama kawan2 sepermainan begitu juga Maghrib dan Isyak, saya akan ke masjid. itu semua kenangan masa lalu saya, dan apa yang paling tidak dapat saya lupakan adalah, apabila ada jamuan di masjid, cawan ikan emas inilah yang saya gunakan untuk minum. seingat saya memang di masjid tersebut banyak cawan ikan emas ni, jenis mulut lebar, mungkin disedekahkan orang2 kampung. Saya tak pasti masih ada lagi cawan2 tersebut atau tiada. Bermula dari situlah saya menyimpan impian untuk melengkapkan koleksi ikan emas ni.
Teko aladin yang saya ada, masih berkilat cantik, dapat di kedai apek dengan harga agak tinggi juga. Tak tahu mengapa, sememangnya saya tertarik dengan set ikan emas ni. set ni mempunyai warna ikan yang berbeza iaitu warna oren emas dan warna kelabu.
kemudian, selepas dapat teko aladin, saya war2 kan dalam group APC di facebook untuk mencari cawan2 ikan emas, dan menemukan saya dengan 5 pasang cawan mulut lebar dan sepasang cawan loceng. terima kasih buat kak Anis zuraini.
dan selepas itu, saya jumpa talam enamel besar ni. cantik, suka saya, ada 3 ekor ikan emas berlainan warna...cukup untuk menambah koleksi ikan emas ni.
dengan penemuan set ikan emas ni, ianya mengembalikan kenangan zaman kanak2 saya di kampung, aktiviti kanak2 saya yang dipenuhi di masjid, namun kini, semakin dewasa semakin sibuk, rindu hendak ke masjid seperti zaman kanak2 dahulu....walauapapun, sedaya upaya untuk tidak melupakan-Nya walaupu sesibuk mana.
Sekian saja perkongsian saya untuk kali ini...jumpa lagi dilain n3...

Monday, January 16, 2012
Tureen Carnation Biru
Sukanya saya membuat entry tureen, teko2 single dan sebagainya, kerana senang nak snap gambar. Tak perlu bawa anak beranak keluar masuk kotak atau almari..hehe. ditambah lagi obses saya pada tureen tak henti2 selagi ada yang berkenan dimata. Kalau set2 jenis teaset dan sebagainya, kena cari2 dalam kotak, susun2 untuk snap gambar tapi kalau tureen dah tentu sebiji tu je...Tunggu ada masa, kerajinan lebih sikit baru kita kongsikan set2 lain pulak.
Hari ni cuci mata dengan tureen carnation biru ni. kalau perhatikan bunganya seakan bunga carnation dengan bunga ros. Masa dapat tureen ni agak teruja juga sebab saya belum ada tureen bermotifkan warna biru. Rembatan dari Paklang Antik di Loken sememangnya berbaloi sekali. Harga ditawarkan sangat2 berbaloi, lebih kurang sama dengan harga 2 pasang cawan saja. Tambah2 saiznya agak gedabak, 10".
Sekian untuk tatapan kali ini, selamat menjamu mata...