Sunday, August 7, 2011

Tempat Jatuh Lagi Dikenang

Tempat jatuh lagi dikenang...tetiba siang tadi pergi kutip durian kat kampung. Bila tengok rumah nenek kat kampung hati jadi sayu, manakan tidak, dari kecil hingga dewasa dirumah itulah saya membesar, macam2 suka duka segalanya disitu, menyimpan 1001 memori indah. Sejak atok meninggal dunia pada tahun 2009 rumah ni jarang dihuni, memandangkan nenek banyak menghabiskan masa dirumah anak2nya di Kuala Lumpur. Rumah pun jarang berpenghuni, sesekali kami sekeluarga pergilah bersihkan apa yang patut, jarak rumah saya dengan kampung pun tak la jauh. Kalau dulu2 meriah rumah ni, sekarang tunggu masa Hari Raya atau ada majlis tertentu barulah ramai berkumpul. Nenek mempunyai 8 org anak, 32 cucu dan 18 cicit, bila sekali balik, memang penuh rumah. Suasana itulah yang saya rindukan.
Mengimbas kembali, rumah ni dibina sekitar penghujung 1910an dan diwarisi dari generasi ke generasi keluarga nenek. Telah banyak mengalamai pengubahsuaian, asalnya 3 bilik dah menjadi 7 bilik. Menariknya, dibelakang rumah ni mempunyai dusun pelbagai buah-buahan. Tapi sayangnya, tak ada sapa yang nak tinggal dirumah ni. Harap2 satu hari nanti rumah ni akan kembali meriah seperti dahulu kala dan akan kekal selamanya....










8 comments:

  1. assalam zany..
    cantik & besarrrrnya rumah di kampung zany tu yer..lama pun luas sangat..tunggu zany ada orang ghumah..boleh korang dok sana ajer & makmurkan balik rumah tu sambil2 imbas kenangan silam..hehehe..akak sendiri pun kalau balik ke kampung..setiap sudut & penjuru ada kenangan tersendiri..memang syahdu..

    ReplyDelete
  2. wsalam kak yatt...
    hehee..rumah tu mmg besar, lamannye pun luas, maklumlah, dulu penghuni nya ramai....skng ni makin hari makin kosong...huhu...betul kata akak, mmg byk kenangan kat rumah kg ni. kdg2 bila dikenang balik sayu je rasa...insyaallah kot x kemana saya lepas kawin, ada rezki stay situ je tp ntah la pulak...huhu

    ReplyDelete
  3. salam zany...

    walaupun tiada orang duduk umh nenek zany...tp akak tengok still lagi terjaga rapi..pokok2 pun mcm terjaga...lepas ni zany la kena dok situ..kena cari teman dulu...:)

    ReplyDelete
  4. salam zany..
    orang skrg ramai tak suka ddk rmh lama kat kg kerana rumah besar laman pula luas..pastinya penat nak mengemas..belom bab takut lg hihi..
    akk skrg ddk rmh lama mcm ni la zany..penatnya nak mengemas dalam dan luar.. tapi dari dulu lagi sayang nak tinggalkan.. sayang klu terbiar.
    klu zany dan pasangan blh ddk rmh ni pasti lbh terjaga..

    ReplyDelete
  5. Salam Zany, cantik lagu rumah tu. Suasana keliling sgt damai...pokok2 pun dah matang nampak sejuk je. Preserve la untuk next generation.

    ReplyDelete
  6. to kak sya
    wsalam kak sya...rumah ni mmg terjaga kak, ada upah org siramkan pokok, sapu kat luar...sbb tak nak nmpak mcm rumah tinggal.. hehhee..xtau la nak duk sini ke tak...org2 muda mst x nak duk kg...hehe

    ReplyDelete
  7. to kak aton
    wsalam kak...betul tu kak, org skrng x nak duk kat kg dah..slain rumah besar, dorg lbh suke duduk kat bandar.....rumah dulu2 besar, pastu kdg2 rasa seram tp padahal x da ape..hehe.. bgs la akak warisi rumah akak tu, klu dibiarkan tak terjaga syg, reput cmtu je...

    ReplyDelete
  8. to kak nita
    wsalam kak...ye rumah ni nmpk terjaga lg..sbb kami berusaha jaga, upah org siram pokok sapu sampah semua, sbb tak nak bg nmpk terbiar...pokok2 kat laman semua pokok lama2...saje dibiarkan nampak sejuk...insyaallah akan dikekalkan untuk generasi akan dtg..

    ReplyDelete