Friday, November 11, 2011

Almari Buruk Dah Siap

Cantik sungguh tarikh pada hari ini...11.11.11. Pasti ramai yang mengabadikan tarikh tersebut dengan pelbagai aktiviti yang bermakna. Tarikh 11.11.11 ni cukuplah saya n3 kan almari buruk ni je..hahaha. Sempena tarikh 11.11.11 ni jugak saya masuk pejabat pada pukul 11.11 pagi...ngeee...Dalam n3 yang lepas saya ada n3 kan almari buruk ni sebelum dibaikpulih. Boleh skrol ke bawah untuk n3 yang lepas. Setelah 3 minggu baru la dapat siapkan disebabkan cuaca yang nak hujan je tak dapat nak buat kerja2 syelek. Cuti raya haji yang lepas dapat juga saya siapkan.

Yang ni gambar asal almari masa dapat....saya ada n3 sebelum ni. tengok pun geli kan..bak kata orang Perak "aje getik nengoknye"....haha

Buang kain yg dilitupi kelilingnya, basuh dengan air, inilah jadinya...tetap buruk jugak..haha

Ketika proses gosok menggosok, sental menyental. Memang cantik kayunya, tiada sebarang kerosakan, anai2 pun tak makan. Berat pun berat, dan berat lagi yang mengejekannya..haha


Dan inilah hasilnya setelah siap sempurna semuanya...bagi saya yang membuatnya, rasa puas hati kalau sesuatu kerja tu kita buat dengan kerah tenaga kita, letih, dan bila siap dengan sempurna, ianya mampu memberikan satu senyuman walau mungkin ada hasil kerja orang lain yang lebih baik.



Saya gantikan dengan pemegang batu lama. nampak lebih klasik.

pemegang laci juga saya gantikan dengan pemegang kerang lama. Ini memang asli lama, masa dapat spare part kerang ni memang teruk hitam legam. Saya rendam dengan air asam jawa, sental dengan berus periuk, nampak cantik berkilat balik.


Almari ni mungkin dah sampai ke tuan barunya di Shah Alam...hehe...Harap kak Wan Fauziah suka. Dan untuk renungan bersama, janganlah kita nilai sesuatu harga tu tinggi ataupun mahal pada angka harga tersebut tapi nilailah bagaimana jerih tenaga yang mengerjakannya samaada berbaloi dengan nilai harga tersebut. Alah membeli, menang memakai.
Sekian saja untuk tatapan kali ini, jumpa lagi dilain n3.

1 comment:

  1. salam..nak cat atau spray pakai apa nak bagi almari nmpak berkilat ??

    ReplyDelete