Wednesday, March 14, 2012

Ulangtahun Kelahiran Dan Hadiah Untuk Diri Sendiri

Alhamdulillah, 12 Mac yang lepas genaplah suku abad saya bernafas dibumi Allah S.W.T ini. Semoga saya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dan diharap dapat menjadi insan yang lebih sempurna disisi Allah. Bila dah besar ni kalau tiba hari jadi sendiri, rasa biasa2 je tak macam zaman kanak2 dulu bila tiba hari lahir nak kek, nak sambut2 bagai tapi apapun tetap teruja menyambut ulangtahun kelahiran sendiri.

Dan yang best nya saya dapat hadiah istimewa dari teman istimewa iaitu kek dalam gambar dibawah ni. Buatan sendiri tau, kek red velvet, memang sedap...hehehe, terima kasih kepada beliau, semoga kita sama2 saling sayang menyayangi satu sama lain hingga syurga.

Dan yang paling menggembirakan hati saya adalah pada tarikh ulangtahun kelahiran saya juga saya dapat miliki 2 barang ni iaitu almari solek antik dan kerusi antik yang usianya melebihi 60-70 tahun. Ini hasil ringan mulut saya sendiri bertanya kepada orang kampung dimana waris pemilik almari solek dan kerusi ni. masa dapat ni memang seronok sangat2. Pada mulanya malu nak bertanya, tapi beranikan diri untuk bertanya, akhirnya dapat juga...padahal sebelum tu ada 3 orang dah bertanya tapi tuan asal tak nak jual...alhamdulillah rezeki saya di hari lahir. Almari ni lebih bercirikan kolonial.


Ini pula kerusi yang saya dapat sekali. Ada 3 saja. menurut tuan asal, asalnya ada 4 buah, dan memang tak ada kerusi panjang, tapi yang lagi sebuah tuan asal dah bakar, yang lain2 ni tak sempat sebab hari dah hujan. nasib baik. seronok sangat2. Lagipun dah lama mencari kerusi sebegini. Kalau dapat kerusi panjang kan best lengkap dengan meja.


Almari solek dan kerusi ni saya akan hantar pada tukang kayu untuk membaikinya, memandangkan ada bahagian2 kayu yang perlu diganti, maklumlah, dah lama diletakkan didalam stor yang lantainya bertanah. kerusi tu saya akan gantikan semula anyaman rotan pada tempat duduknya. InsyaAllah bila dah siap semuanya saya akan kongsikan disini.tak sabar rasanya. Ini sajalah hadiah sempena ulangtahun hari lahir saya, buat diri saya sendiri.

2 comments: