Ok lah tak nak cerita panjang, nak kongsikan cerita baikpulih almari ni je. Asal blog terupdate..hehe.
Sebelum tu, almari ni lama dah sold, orang booking lama dah, macam biasa saya akan baikpulih kepada yang booking dahulu sahaja dan saya beri dalam senarai menunggu saja, jika ada masa lebih, baru saya buka untuk jual terus. Almari ni asalnya almari lauk, dapat kat rumah golongan bangsawan dulu-dulu, bentuk almari lauknya lain dari biasa, saiz yang azak besar, berpintu panjang sampai ke bawah, jika dilihat seolah-olah almari pakaian atau almari untuk hiasan. kiri kanan pun berjaring asalnya. Inilah rupa asal masa dapat mula-mula.
Kemudian, dah buang jaring apa semua benda yang tak sepatutnya, jadilah begini, dah siap digosok, saya buatkan bingkai pada setiap ruang lompang untuk pasangkan cermin. macam biasa, syelek lama kikis, buang sampai ke urat kayu asal. dan digosok dengan halus.
Dan bila dah siap inilah rupanya...siap di sapu syelek. lapisan syelek saya buat 2 kali sapuan. selesai sapuan yang pertama, gosok semula dengan kertas pasir yg paling halus, nak guna kertas pasir terpakai pun lagi bagus, dan kemudian baru sapu untuk kali kedua. Ini supaya, hasilnya halus dan tidak berasa kasar bila sudah proses syelek. Bagaimanapun, jika warna tidak sekata boleh ulang syelek sehingga puas hati..hehe..tapi jangan terlalu tebal, nanti tak cantik. Pemegangnya saya gantikan dengan pemegang tembaga. Semasa proses menggosok barulah saya perasan yang engsel almari ni tertulis 'made in england'. Harap pelanggan tersebuat berpuas hati.
Sekian saja untuk kali ini, jumpa lagi di lain n3...
selamat tahun baru 2013,
ReplyDeletesemoga nanti ada almari senget sebelah tu...
selamat thn baru juga abg jan...insyaallah nanti saya cari2 almari tinggi sebelah tu
Delete