Salam sejahtera. Hari ini saya kongsikan almari lauk lama yang telah diperbaiki. Atas permintaan pelanggan, seorang kakak yang mahukan warna biru
turquoise saya catkan warna pastel tersebut yang lebih kurang iaitu menggunakan cat jenama berkualiti dan
matt finish. Ini merupakan kali pertama saya cat kan warna tersebut pada perabot lama. Bila dah siap saya sendiri akui memang cantik dan mungkin saya juga akan mengabadikan warna tersebut pada salah satu koleksi peribadi saya...hehehe....
PENGUMUMAN!!!
Bagaimanapun, malangnya saya kehilangan nombor telefon kakak yang telah menempah almari ini. Nama pun saya dah terlupa tapi kakak tersebut telah membuat bayaran deposit kepada saya. Kepada kakak tersebut, jika terlihat posting ini diminta hubungi saya ye di talian 017-5606196. Tempohari telefon saya mengalami masalah banyak
contact nombor pelanggan yang hilang. Segala kesulitan amat dikesali dan harap maaf. Minta kakak hubungi saya jika terbaca
posting ini ye.
Keadaan asal sebelum dibaikpulih
Proses membaikpulih. Bahagian pintu bawah almari saya gantikan dengan vintage stain glass warna biru
Proses menyapu cat undercoat
Siap sepenuhnya