Tuesday, June 1, 2010

Buluh Perindu

Salam sejahtera kepada semua pembaca.....
Diam tak diam kita dah masuk ke bulan Jun dan menandakan hampir setengah tahun kita semua di tahun 2010 ini...semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan keberkatan dari-Nya.

Apa yang ingin saya kongsikan hari ini cumalah set buluh yang buluhnya berwarna hitam kecoklatan iaitu berdasarkan daripada cop mohornya adalah daripada japun. Saya amat gemar dengan set-set yang berbentuk sebegini, mungkin kerana bentuk tekonya yang lebih besar dan gemuk. Set ini saya milikinya dengan hampir lengkap kecuali 2 biji piring cawan tiada. Set ni pun saya beli awal tahun ini daripada salah seorang peniaga di Memory lane dengan keadaannya yang cukup baik, tiada retak mahupun sumbing. Harganya pun boleh tahan, tawar punya tawar dapatlah RM180 untuk kesemua set ni....lebih kurang online lah juga harganya kan...hehehe.... Selain itu yang menarik minat saya pada set ni adalah motif buluhnya, entah mengapa saya memang minat sangat dengan set-set yang bermotifkan buluh. Oklah jom sama-sama kita layan gambar di bawah.....


Kesemua set yang hampir lengkap didalam simpanan saya. 1 teko, 1 sugar pot, 1 creamer jar, 6 biji cawan, 4 biji piring cawan dan 6 biji piring kuih.....cuma piring cawannya saja tidak cukup 2 biji.

Teko set buluh ini....teko sebegini bentuk memang menjadi kegemaran saya sejak sekian lama...mungkin disebabkan bentuknya yang cantik dan saiz yang agak besar.

Sugar pot yang menawan....juga terdapat motif buluh pada penutupnya...


Creamer jar...

Set cawan mulut lebar....ada 6 biji cawan dan 4 biji piring cawan sahaja....kebiasaannya set sebegini ada gambar geisha pada dasar cawan tetapi set ni tiada....ada sape-sape otai antik boleh terangkan tak??

Cawan mulut lebar.


6 biji piring kuih dengan motif buluh....

Motif buluh yang simple pada semua set ini...

Cop mohor pada bawah set ini.

Ok sekian saja n3 saya kali ini....jumpa lagi di lain n3...selamat menjamu mata....hati-hati, jangan sampai buta.....hehheee

4 comments:

  1. as salam ezany
    wah comey sungguh koleksi ni, lengkap pula tu.. sejuk mata tenguk set ni..

    ReplyDelete
  2. salam zany..
    cantekkk buluh coklat nie dik..akak mmg suka kaler tanah gini..pasal persoalan ada geisha ke tak tu akak taktau nak jawab..walaupun buatan japan, tapi keluaran company lain2..lagipun mungkin ada pelbagai quality untuk dipelbagaikan utk memenuhi permintaan pelbagai taraf sosial masyarakat setempat dan untuk dieksport..lagipun citarasa orang berbeza kan..bak kata orang..tepuk dada, tanya selera & poket..hehe..

    ReplyDelete
  3. wslm kak...
    memang comey di mata set ni....hehehe...apepun trima kasih byk2....

    ReplyDelete
  4. wsalm kak....
    hehehe...sama la mcm sy, sy pun suke kaler coklat cam tanah cmni, exspecially jenis buluh2 or pokok2 ni...
    tu la, betul jgk kata akak tu, maybe company lain2 or quality sesuatu produk tu....mgkin yg ada geisha ni lbh mahal berbanding yg x da geish...sape tau kan..apepun thanks a lot for ur information....

    ReplyDelete