Tuesday, June 22, 2010

Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah - Siri II - Suasana Malam Di Melaka

Salam sejahtera semua pembaca...hari ni saya sambungkan cerita cuti-cuti Malaysia saya di Melaka...hehehe....Setelah puas jalan-jalan disekitar Melaka pada waktu malam, saya sekeluarga keluar untuk melihat bandaraya Melaka pada waktu malam. Ternyata sungguh indah Melaka pada waktu malam dilimpahi dengan lampu yang terang benderang, ditambah pula dengan aktiviti pelancongan yang masih beroperasi sehingga waktu malam. Sehingga waktu malam masih ramai pelancong yang keluar bersiar-siar di bandar Melaka ini.


Sungai Melaka pada waktu malam....sungguh indah pemandangannya ditambah dengan limpahan cahaya lampu dari bangunan sekelilingnya. Saya berpeluang menaiki bot yang membawa kami menjelajah di sepanjang sungai Melaka. Ternyata sangat indah Melaka di waktu malam.

Beca yang masih beroperasi pada waktu malam...sungguh cantik beca yang dihiasi lampu berwarna-warni.

Kami sempat bergambar berlatarbelakangkan bangunan Stadhuys' dan beca yang sangat meriah pada waktu malam.


Selepas itu, kami meneruskan perjalanan menuju ke Jonker Walk iaitu sudah semestinya tempat yang menjadi daya tarikan kepada pelancong2 ke Melaka untuk membeli belah pada waktu malam.

Jonker Walk pada waktu malam..dipenuhi pelancong dalam dan luar negara....

Salah satu kedai yang menjual cenderahati untuk di bawa pulang.

Ibu saya memilih barang yang boleh di beli sebagai cenderahati....

Selain itu terdapat sebuah pentas di mana kaum-kuam cina 'veteran' mendendangkan lagu-lagu lama cina dan ada juga yang turut berjoget....macam kelakar pun ada jugak bila tengok...sebagai hiburan di Jonker Walk..hehehhee

Setelah penat berjalan di Jonker Walk, ape lagi, perut pun dah lapar.....hehehe....kami meneruskan perjalanan ke tempat menjamu selera yang pastinya sudah terkenal, iaitu Medan Ikan Bakar Umbai. Harga makanan disini boleh tahan juga mahalnya. Tambah-tambah lagi peniaga tau orang luar yang datang....apepun memang sedap.

Pemandanagan pesisir laut di Medan Ikan Bakar Umbai......

Dah penat berjalan, perut pun dah terisi, saya sekeluarga pun balik ke tempat penginapan...hehehe....ok bersambung lagi di siri yang ke 3 saya di Melaka....

No comments:

Post a Comment