Sebenarnya set ikan emas ni mengingatkan saya kembali zaman kanak2 saya. Saya dibesarkan di kampung bersama2 datuk dan nenek saya sejak kecil, zaman kecil saya banyak dihabiskan di masjid kampung saya. Waktu Zohor dan Asar saya akan ke masjid bersama kawan2 sepermainan begitu juga Maghrib dan Isyak, saya akan ke masjid. itu semua kenangan masa lalu saya, dan apa yang paling tidak dapat saya lupakan adalah, apabila ada jamuan di masjid, cawan ikan emas inilah yang saya gunakan untuk minum. seingat saya memang di masjid tersebut banyak cawan ikan emas ni, jenis mulut lebar, mungkin disedekahkan orang2 kampung. Saya tak pasti masih ada lagi cawan2 tersebut atau tiada. Bermula dari situlah saya menyimpan impian untuk melengkapkan koleksi ikan emas ni.
Teko aladin yang saya ada, masih berkilat cantik, dapat di kedai apek dengan harga agak tinggi juga. Tak tahu mengapa, sememangnya saya tertarik dengan set ikan emas ni. set ni mempunyai warna ikan yang berbeza iaitu warna oren emas dan warna kelabu.
kemudian, selepas dapat teko aladin, saya war2 kan dalam group APC di facebook untuk mencari cawan2 ikan emas, dan menemukan saya dengan 5 pasang cawan mulut lebar dan sepasang cawan loceng. terima kasih buat kak Anis zuraini.
dan selepas itu, saya jumpa talam enamel besar ni. cantik, suka saya, ada 3 ekor ikan emas berlainan warna...cukup untuk menambah koleksi ikan emas ni.
dengan penemuan set ikan emas ni, ianya mengembalikan kenangan zaman kanak2 saya di kampung, aktiviti kanak2 saya yang dipenuhi di masjid, namun kini, semakin dewasa semakin sibuk, rindu hendak ke masjid seperti zaman kanak2 dahulu....walauapapun, sedaya upaya untuk tidak melupakan-Nya walaupu sesibuk mana.
Sekian saja perkongsian saya untuk kali ini...jumpa lagi dilain n3...
No comments:
Post a Comment