Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pengunjung blog saya serta rakan2 sekalian. Petang2 di ofis, memang kadangkala membosankan. kerja ada tapi dah hari2 duk mengadap pelan, buat measurement memang meloyakan...hahaha...apa boleh buat, dah itu yang dibelajar, itulah kerjanya. Nak di n3 kan hari ni cumalah almari lauk rendah yang comel ni. Agak jarang untuk ditemui almari yang rendah sebegini, lebih kurang 4 kaki tinggi, lebar sama macam almari lauk biasa yang tinggi tu. Nak dijadikan cerita, memory card kamera kene virus, gambar2 semasa proses membaikpulih pun habis kene buang semua, tak sempat nak transfer, jadi la 2 keping gambar ni sebagai saksi. ni pun copy balik pada facebook. nasib baik sempat upload kat facebook. Kerja baikpulihnya pun tak la merumitkan kerana almari ni pun dapat dalam keadaan yang cukup baik, cuma tampal2 sikit mana ada lubang, permukaan tak rata je.
Masa dapat ni la kondisinya, tetap cantik, cuma nak dicantikkan lagi, repair, syelek lah semula apa yang patut. kayunya memang baik, berat, nampak ringan, tapi solid kayu.
Setelah siap, inilah hasilnya, kudrat saya ini yang termampu...jaring pada pintu saya gantikan dengan cermin telus pandang, boleh isi koleksi pinggan mangkuk lama dan sebagainya.
Almari ni dah pun selamat dalam perjalanan ke tuan barunya nun di Kedah Darul Aman.
Sekian saja untuk kali ini, jumpa lagi dilain n3.
No comments:
Post a Comment