Saturday, July 14, 2012

Koleksi Bunga Lalang

Selamat malam yang indah...waktu-waktu awal pagi begini mata masih tidak mahu melabuhkan kelopaknya. Entah mengapa, sementara ada masa yang sikit ni, kongsikan la sama kawan-kawan koleksi saya yang belum dikongsi lagi. Hati tak berapa keruan, melayan karenah manusia yang macam ragam, cuma nak diselitkan luahan rasa sedikit, semua orang pasti boleh menerima nasihat/ teguran dari orang lain, tapi teguran tu mestilah berasaskan keperibadian yang ada pada si penegur dan ada caranya yang lebih lembut, yang lebih longlai kata orang untuk menegur, bukan cara dengan terang terangan seolah-olah kita ni membuat kesilapan yang besar. Dan kita pun mestilah boleh menerima teguran orang lain, jika kita diuji dengan teguran yang kasara, kita boleh melembutkan keadaan dengan membawa kepada kelembutan, itulah teguran atau nasihat yg sebenar, bukannya, melenting di balas melenting, kekerasan dibalas kekerasan. dan patut muhasabah diri sendiri, bahawa kita sendiri boleh menerima teguran dan kena pada gayanya.

Oklah, saja buat renungan bersama. terus kepada topik, nak kongsikan koleksi bunga lalang yang saya ada. Kalau dulu, memang cukup tak suka dengan bunga lalang ni, sebab motif dia jarak-jarak kot, tapi awal tahun lalu mengubah segalanya, apabila saya pergi di satu kedai antik di Negeri Sembilan, terpampang di kedai tersebut set bunga lalang ni teko bulat, piring-piring, pinggan-pinggan dan cawan, tapi malangnya bila ditanya tauke kedai tak nak jual. 2 bulan lepas tu, saya pergi lagi di kedai tersebut, kali ni bila di tanya memang tauke kedai tu nak jual. 2,3 kali jugak belek-belek, cantik jugak set ni bila banyak macam ni, saya pun beli la harganya pun boleh tahan tinggi, tapi minat punya pasal kan.hehe. Sejak dari tu lah mula minat pada bunga lalang ni. Tak lama lepas tu, beli pula teko aladdinnya di kedai pinggan mangkuk lama pun dengan harga agak tinggi walau tutup tak ada..nasib baik ada tutup spare.

Ini je yang ada dalam simpanan...dulu-dulu ada la cawan bentuk A, bentuk loceng tapi tak minat punya pasal, dah letgo lama dulu, lagipun nak dapat teko die agak susah. Tu salah satu sebab saya tak nak collect bunga ni.

Saja gandingkan koleksi aladin, teko dan cawan mulut lebar, pernah ada orang jual sugar dan creamernya tapi tak mampu nak beli, masa tu duit tengah banyak keluar...hehe..

6 pasang cawan mulut lebar, agak payah nak jumpa cawan mulut lebar bunga ni. biasanya bentuk yang lain banyak lah.


teko aladin yang cun melecun, berkilat memancar.

Teko bulat, pun agak susah nak dapat.

Pinggan/piring/mangkuk saiz 5", 6", 7" 8" dan 9"

Oval plate saiz 8" dan 14"

Buat masa ni rasanya cukuplah yang seadanya, melainkan terjumpa sugar dan creamer nya. Sekian saja coretan saya, untuk menghiburkan hati, yang kadang-kadang terasa lara, semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya yang sering membuat kesilapan. semoga berjumpa di lain entry.

No comments:

Post a Comment