Kat bawah ni adalah meru yang agak ringkas tapi tetap menarik dan cantik. Minggu sudah saya siapkan setelah sekian lama di booking. kesian pada owner nya..maklum la sebelum ni saya terlalu sebuk. Masa sentiasa penuh. Bawah ni keadaan asal, kayu semua cantik, cuma perlu di cantikkan lagi saja.
Buang segala syelek lama sampai tinggal kayu asal. Syelek lama adalah penting membuangnya kalau kita nak sapu syelek semula. Ini kerana kalau tak buang atau terus gosok dengan kertas pasir, permukaan akan jadi bertindih, dan sapuan syelek baru jadi tak kemas, tak serata warnanya dan agak bertindih. Dan apabila syelek lama sibuang habis, bila sapu syelek baru, ia tidak akan jadi permukaan tebal.
Dah siap...masa snap gambar ni waktu malam, syelek pun belum kering...hehe...atas permintaan pelanggan saya sapukan syelek warna gelap. Harap suka dan puas hati.
Esok lusa akan belayarlah ke tuan barunya di Shah Alam...
sekian saja untuk kali ini, jumpa lagi dilain entry.
Salam tuan..baru terjumpa blog tuan...saya nk tny tuan....klu permukaan kayu telah di cat dgn cat minyak sebelum ni...bagaimana cara kita nk buang cat lama tu selain guna kertas pasir...ada tak bahan2 yg boleh tanggalkan cat lama tu...dan blh rekomen jenama syelek yg tuan guna...trm kasih
ReplyDelete