Wednesday, May 25, 2011

Almari Solek Retro

Semalam, entah mana silapnya, hati terasa libang-libu. Petang tu, lepas balik keje, pergi le hunting, dengan niat nak mencari ketenangan. Dapatlah almari solek retro ni. Bawa la balik naik kereta, nasib baik muat2 ditempat duduk belakang. Sampai di rumah apa lagi, tukar pakaian rasmi tukang kayu terus kerjakan almari solek ni. Percaya tak percaya dalam masa kurang 2 jam saya berjaya menyiapkan almari solek ni dari mula menanggal syelek lama sampailah kerja2 menyapu syelek. Cepatnya pun memandangkan kerjanya tak da la rumit...hehe.. Ternyata ianya memberi kepuasan dan ketengan setelah mata melihat almari ni disiapkan. Almari solek ni kayunya daripada kayu jati dan agak berat. Sesuai diletakkan disudut ruang tamu memandangkan cerminnya yang tegak panjang dan terdapat bahagian untuk display barang dikiri almari. Almari solek ni saya nak letgo kepada yang berminat dengan harga RM470 termasuk penghantaran. Boleh lihat gambar2 sebelum dan selepas dibawah.


Keadaan sebelumnya, nak kata buruk sangat tak la, tapi perlu diberi sentuhan semula agar sedap mata memandang.

Selepas dibuang syelek lama, digosok dgn kertas pasir, inilah jadinya...buruk pulak kan..hehe


Dan setelah siap, inilah hasilnya, gambar tak berapa berkualiti.


Yang ini bahagian kabinet bawah. Saiz kabinet adalah 20" tinggi dan 42" lebar. Terdapat 2 tingkat laci dan bahagian untuk display barang, bercermin sliding.

Bahagian cerminnya bersaiz 47" tinggi dan 18" lebar. Kalau cermin diri, boleh nampak dari atas kepala smpai ke hujung kaki. Cermin ni tebal dan berat.


Berminat, bolehlah hubungi/sms saya di 0175606196.
Sekian saja untuk kali ini, jumpa lagi di lain n3.

No comments:

Post a Comment