Tiba2 mood nak buat n3 datang tengah2 malam ni..dalam tengah2 study, sempat juga nak buat n3 tapi kemalasan melanda untuk susun2 pinggan mangkuk yang nak ditangkap gambar. Jadi, dengan mood nak buat n3 yang ada ni, degabungkan dengan mood nak tangkap gambar tak ada, saya pilih mana2 koleksi yang seciput. Senang, tak payah nak bawak keluar, susun banyak2...hehe.. Apa yang boleh dikongsikan adalah koleksi bunga poppy ni yang saya rasa dah banyak blogger2 buat n3 mengenainya. Saya ada 3 item ni je, tapi belasah la, nak jugak buat n3....hahaha. Asalkan blog di update.
Yang ni teko kotak...memang saya cari2 dari dulu, alhamdulillah ada juga ruang rezeki saya untuk milikinya...
Teko mini ni dah lama dapat dari Man Kampar...2 tahun yang lepas...kesian dia...tak da kawan, akhirnya dapat kawan dengan cik tak.
Dan ini pinggan makan mungkum 10" hasil korek2 saya di rumah moyang saya 5 tahun lepas...sebijik je pun..jadi la...
Sekian saja untuk tatapan kali ini, kalau ada penambahan koleksi, saya akan update dari masa ke semasa. Jumpa lagi....
No comments:
Post a Comment