Friday, May 6, 2011

Gobok Lauk Lama

Pada mulanya memang saya tak berkenan dengan almari lauk lama ni. Entah kenapa boleh tak minat sedangkan ianya barang lama juga. Mungkin dah terlalu kerap tengok masa kecik2 sampi la besar kat rumah nenek kot...hehe.. Tapi lama kelamaan, terdetik dihati rasa minat pula pada almari lauk ni. Sekali dapat 2 biji, apa lagi, mulalah dengan operasi membaik pulih. Sememangnya saya minat pada kerja2 begini, dengan buat kerja2 macam ni, hati saya boleh jadi senang, dan dapat melepaskan tension. Bagaimanapun almari ni saya nak letgo kepada yang berminat memandangkan saya dah ada satu lagi. Harganya RM680 termasuk postage. dah siap baikpulih, boleh lihat gambar2 sebelum dan selepas di bawah.

SOLD



Beginilah keadaan almari masa mula2 dapat...buruk teramat sangat...kalau jumpa tepi jalan pun tak mandang kot tapi saya tetap pandang...hahahaha...



Dan yang ini semasa proses membaiki, digosok dengan kertas pasir dan berus dawai. selepas tu baru sapu syelek...sememangnya kerja2 begini menenangkan hati saya.




Inilah hasilnya setelah siap....saya gantikan jaring2 dengan kaca, dapat disply barang2 PML di dalamnya, dan tingkat atas sekali saya kekalkan warna biru, warna asal. So, sesiapa berminat boleh SMS atau call saya 0175606196.

3 comments:

  1. kagum betul tengok ezany ni...dari antik jadi cantik ....suka tengok

    ReplyDelete
  2. kak zie..hehehe..sy mmg minat buat keje2 ni..release tension..thanks ye..

    ReplyDelete
  3. Saya pun ada, tapi tu original dari emak saya. I rasa you do a good job, Almari tu look really good. Secara jujur I rasa , you patut caj lebih mahal dari RM680. Almari macam ini in good condition dan asli susah nak cari zaman sekrang ini.
    zul jb

    ReplyDelete