Masa mula-mula dapat dulu macam ni la kondisinya, agak buruk, sebab sekian lama disimpan didalam stor pemilik asal yang lantai stor hanya bertanah tidak bersimen. Dari zaman saya sekolah lagi saya idamkan kerusi macam ni, akhirnya dapat juga, masa mula-mula dapat seronok sangat tapi kene la cover...huhu. Saya ada ceritakan dalam entry yang lepas mengenai kerusi ni. Saya dapat 3 buah tapi saya hanya dapat siapkan 2 buah saja kerana yang sebuah tu, bahagian kaki belakang reput dimakan anai-anai, saya nak buat sendiri tak pandai, kena pergi hantar tukang kayu yang pandai, maka tersadailah dulu, dapat 2 buah pun dah cukup kan. Sebenarnya kerusi ni ada 4 buah, sebuah lagi pemilik asal dah bakar, nasib baik yang 3 buah ni sempat saya selamatkan.
Kerja-kerja membaikpulih pun dijalankan...selesai kerja-kerja membuang syelek lama..agak teruk jugak nak buang syelek lama ni, 2-3 kali jugak sapu paint remover sebab syelek lama agak tebal sapuannya dulu. dah habis buang semua syelek lama tinggallah permukaan kayu asal, kayunya bukanlah kayu jati, tapi kayunya cantik, nampak dari kayu bermutu. Menurut pemilik asalnya, datuknya beli kerusi ni sekitar tahun 1940an. Masa beli memang tak da kerusi panjang katanya, hanya 4 buah kerusi dan sebiji meja bulat saja.
Bila dah siap inilah hasilnya...gambar tak berapa bagus...snap waktu maghrib...hehe...jenuh jugak lah nak syelek kaler apa, akhirnya buatlah kaler coklat gelap skit. Sepanjang saya memburu perabot lama, inilah kali ke 2 saya dapat kerusi lama kayu macam ni, agak susah, kalau almari hiasan tu selalu juga dapat, kerusi sangat susah mungkin dulu-dulu tak semua rumah pakai kerusi atau tak berkemampuan. Si comel putih saya tu, sebuk nak posing jugak, disitu kita nak buat kerja, disitulah dia menyibuk.
Inilah anyaman rotan untuk tempat duduk kerusi tersebut, yang lama dah rosak terus, koyak rabak, saya dah buang dan hantar kedai untuk buat anyaman rotan yang baru. Tak semua kedai rotan boleh buat anyaman lama macam ni, hanya ada kedai tertentu saja, itupun kos untuk anyaman sebesar ni sangatlah mahal, bukan murah, nak jugak punya pasal, tempah lah jugak....kerusi ni pun bukan untuk dijual, dah selamat berdekorasi di rumah saya...hehehe
Sekian saja untuk tatapan kali ini, jumpa lagi di lain entry...
No comments:
Post a Comment