Friday, September 21, 2012

Tetamu Blog Yang Sememangnya Tidak Diundang

Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ni tak da entry berkaitan antik atau yang lama-lama, saja nak bercoretan, kisah seorang atau "seekor" tetamu dari bangsa apa pun saya tak tahulah, yang sememangnya tidak di undang. Blog saya didatangi komen dari chat box yang bertarikh, masa dan berbunyi "20 Sep 12, 05:02 PM
uhuuuu: rege cekek darah.. kok nak jual pon bio la berpatutan takut menjadi kemurkaan allah." 
Sungguh hairan dan kasihan saya dengan orang yang macam ni. Saya rasa apalah salah saya menjual teko dengan harga RM350 dan RM280 sedangkan harga pasarannya sememangnya begitu dengan modal saya yang tinggi untuk dapatkannya, tujuan saya nak meniaga, sebagai contoh saya dapat RM10 takkan saya nak jual RM10. Inilah kalau selagi hasad dengki, hati yang masih kotor sekotor najis khindzir, selagi ada perasaan macam tu selagi itulah suka menjatuhkan orang lain. Saya rasa, kawan-kawan di group Antique Porcelain Collector dan kawan-kawan yang sama terjebak dengan koleksi pinngan mangkuk lama ni dah tau nilai sesuatu item ni, mungkin hamba yang menggelarkan diri si "uhuuuu" yang seorang ni masih berjinak-jinak atau masih kosong atau sememangnya hati tu dah terlalu kotor. Petik dari kata-kata hamba tu iaitu "takut menjadi kemurkaan Allah", kepada si hamba tersebut boleh terangkan tak pada saya kenapa disebabkan menjual teko boleh mendapat kemurkaan? Kasihan sungguh dengan manusia macam ni. 
Alhamdulillah, Allah sentiasa memberi rezeki selagi kita jujur dan ikhlas berniaga. Setakat ini, barang-barang yang harga "CEKIK DARAH DAN TAKUT MENJADI KEMURKAAN ALLAH" dah dibeli orang dalam jangkamasa kurang 4 jam selepas di publish. Kepada hamba tersebut, saya sedia memaafkan anda, tapi nasihat saya, bersihkanlah hati dan jiwa rohani sebersih-bersihnya, jangan jadikan hati kita sekotor hati najis atau bangkai seekor 'Khindzir". 

8 comments:

  1. As salam ezany,org camni tak yah layan coz bukan dia nk beli pun hehehe tp kalu ezany bagi diskaun sure dia tukar kulit dr binatang menyondol jadi tapir or tenuk hehehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak zie....hehhe mmg malas layan, mula2 sentap jugak kan tp apa ada kesah....mmg jenis binatang nyondol2 ni kite faham kan je la kan...mcm kak zie ckp, klu bg harga sebiji rm10 mau laju, dr nyondol trus asah hidung kasi pendek...hahaha

      Delete
  2. salam zany...

    zany baru jer kena babi datang menyondol kat blog yer....akak dah lama dah kena ni....memang sakit hati sangat...akak tahu dia buat nak menjatuhkan akak....siap canang harga akak beli dan jual berapa...apa perasaan zany kalo orang buat cam tu??? semuanya rezeki masing2 kan...kita jual teko pun bukannya sampai ribu riban...kita jual biasanya ikut rate semasa...tp ada juga orang cakap akak amik untung banyak...hmmm tup3...tengok3 dia pun nak jual teko yang sama...kalo nak jual pun janganlah menjatuhkan air muka dan maruah orang...tul tak zany?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak sya..hehe...bru 1st time kene sondol, sblm ni aman je sy berblog tp ada gak babi terlepas kandang..huhu..sian... klu x dpt nak beli tu diam2 je la, ni x mata berdarah main sondol2...mmg sian... kak sya pun kene ye..huhu./.abaikan je la kak sya, usah layan..dah mmg habit mcm tu..suka tgk org susah, suka jatuhkan org....satu hari nanti kene batang hidung sndr br tau...

      Delete
  3. huk alo.. apa masalah org ni ye? nak jadi collector ni mmg kena ada duit itulah nilainya.. igt sng ke nak g cari benda2 tu semua? yg selongkar stor apek lain, kotor2 semua, duit minyak kereta gi mencari, masa lagi.. i've gone tru all that masa mula2 berminat. sebab dah tak sanggup nak wat gitu skrg so beli je online. tapi itulah harga kita kena bayar kan. tak nak bayar mahal cari sendiri itu pun kalau boleh dpt kan.... erghh... macam2 org ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe kak baiti faham kan...tu lah pasal, hanya yg terlibat dlm bidang mcm ni je tau cmne nsusahnya nak dptkan sesuatu brg tu..bila brg tak ada, permintaan semakin tinggi, of coz la brg tu naik harga, dan jika kita dpt pun dr peniaga yg tau harganya sememangnya tgi dr kalangan collector dah tentu modal kite dptkannya tu tgi,,,ye x? so, sy dpt dgn harga yg tgi dr peniaga yg dah tau nilainya, so sy jual makin tgi lah..x kan sy nak jual ikut harga lbh bawah..tu bodoh namanya...sebodoh org yg menyondol tu..hehehe... mcm akak ckp, hobi mcm ni mmg nak kene ada duit , berduit dan sentiasa ada duit...klu x da duit, x mampu, duk diam2..xyah jatuhkan org,.kan kak//.

      Delete
  4. salam zany.dunia ni bermacam2 ragam.kenkadang depa ni saje je nak mencuit.cuitan yg menyakitkan hati dan menjatuhkan air muka kita.pepun stay cool....

    ReplyDelete
  5. wsalam abg faizal...mmg bermacam ragam...hati kalau dah busuk mcm tulah,.,suka menjatuhkan org.

    ReplyDelete