Deretan teko kotak, teko bulat pelbagai saiz.
Teko bulat dalam simpanan saya, saiz besar, sederhana dan mini.
Yang kiri teko bulat bersaiz besar dari nyonya, sebiji dah barter dengan kak nyna, dan belah kanan merupakan peninggalan moyang saya...pada suatu ketika dulu digunakan untuk majlis adat berjejak tanah keluarga saya.
Teko mini, sebelah kiri dari kedai nyonya manakala sebelah kanan pemberian ikhlas dari kak yatt sebagai tanda persahabatan..thanks sis ;-)
Yang ini pula teko jenis pemandangan, tetapi masih ada motif2 bunga sakura putih. hanya ada sebiji saja cawan mini tanpa piring.
Cawan2 bulat yang ada dalam simpanan.
4 set cawan bulat, perhatikan setiap cawan mempunyai motif corak yang berlainan.
Cawan mini bulat tanpa piring.
perbezaan saiz cawan mini dengan saiz cawan biasa.
Cawan bujang dari eis antique...merupakan barang pertama beli dengan abg eis.
Cawan mulut lebar.
2 set cawan mulut lebar berlainan corak.
2 biji mug yang berlainan corak...mug ini saya pernah buat n3 sebelum ni.
Satu-satunya piring kuih yang ada.
Mangkuk lompang/mangkuk teh cina...belah kiri pemberian ikhlas acik hanishaimi dan yang lain2 dari kedai antik.
Sekian saja koleksi white sakura saya, jumpa lagi di lain n3...