Friday, January 29, 2010

My Pinky - Rosa

Salam sejahtera dan semoga bergembira di hari jumaat ni...
Harini saya nak berkongsi dengan koleksi Rosa yang bercampur aduk ni..hehehe...dah lama saya kumpul sikit2 alhamdulillah makin bertambah...
Kesemuanya saya dapat di merata tempat yang berlainan....sejak 7 tahun lepas lagi saya mula kumpul set ni dan yang terbaru dapatlah sebijik tureen hasil barter dengan kak saidah.. Oklah jom sama2 kite layan gambar...


Koleksi Rosa ku..walaupun seciput saya hargai usaha saya untuk dapatkannya...


Cawannye saya ada yang jenis ni saja dan piringnya ada 2 jenis yang berlainan. cawan ni dapat di ML 4 tahun lepas...harga time tu sepasang RM10 jugak...


Koleksi pinggan dan mangkuk yang seciput...memang niat nak tambah lagi tapi dah takda space dalam almari..hehhee


Creamer jug...hasil rembat di ML 5 tahun lps...harga pun RM10 je time tu..


Tekonye yang gemuk dan montok....


Dan ni merupakan teko yang paling saya sayang sekali...bentuknya yang betul2 menawan...baru je dapat ni, dah lama saya cari akhirnye jumap jugak, harganye pun memang berpatutan...kalau saya cakap mesti ramai tak percaya..hahhaa


Tureen hasil barter dengan kak saidah..thanks kak saidah sudi lepaskan tureen ni... dah lama saya cari akhirnye rezeki dapat dari kak saidah...


Tureen yang ni pulak hasil rembat di ML tahun lepas...saya dapat RM5 je tu pun sebab mulut die pecah skit dan dapat pada peniaga yang tak berapa tahu nilainye..hahaha




3 jenis cop yang berlainan yang terdapat pada bontot koleksi rosa saya...

Oklah selamat menjamu mata, nak tulis banyak2 dah takda modal..huhuhu...ok bye2

Thursday, January 28, 2010

Bunga Lawang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Rasa dah lama sangat pulak tak buat n3 pasal pinggan mangkuk antik ni...blog saya pun dah jadi kedai apek pulak..asik n3 jualan je...hahhaha....ape boleh buat, kawan mintak tolong jualkan saya jual, mana ada lebihan barang saya, saya jual..almaklumlah dah ujung bulan....hehhee... bukan ape, 2,3 hari ni rase malas je nak snap gambar, sebab malas nak mengangkut dan menyusun balik...hehee ni pun saya snap gambar yang memang dah tersedia pinggan mangkuknya di atas rak.
Ok lah kali ni saya nak kongsikan koleksi bunga lawang saya ni..alhamdulillah akhirnye bertemu jugak teko mandul dan sugar pot ni dengan anak-anak angkatnye walaupun berlainan bangsa dan agama..hahahaha melalut pulak.... Teko bunga lawang tu dah lama saya dapat lebih kurang 7 tahun lepas di ML...masa tu saya saje2 kumpul teko je dan harganya cuma RM7.00 je masa tu berbanding sekarang yang sudah mencecah RM70 untuk sebiji teko di ML. Dan teko tu pun ada kenangan disebaliknya disebabkan teko tu saya beli dengan pelakon sidek hussein (pelakon yang ada ketumbuhan di pipi tu). Pak cik sidek memang baik dan ramah, sering bergurau dengan saya jika saya ke tapak jualannya, kebanyakan teko saya dapat dari dia lah..tapi sekarang pak cik sidek dah lama tak berniaga di ML kerana sebok dengan lakonan. Harap2 nanti pakcik sidek akan kembali berniaga dan bawak banyak teko untuk saya..hehehee..
Ok bercerita mengenai set lawang ni...saya dapatkannya berasingan, teko dengan pakcik sidek, sugar pot di kedai 2nd dan yang terbaru cawannya saya baru terima dari kak nur pondok nur salam...tapi cawan kak nur berlainan sikit bunganya kalau diperhatikan iaitu bunganya nampak 'real' dan hidup manakala teko saya nampak kejur bunganya..ok jom sama2 kita layan gambar...
Koleksi bunga lawang saya, teko gemuk debab, sugar pot debab dan 6 set cawan....

Teko gemuk dan montok...perhatikan bunganya dengan cawan ada kelainan tapi tetap melecun...dah lebih 7 tahun dalam simpanan saya teko ni...lama bersendirian...
Sugar pot bunga lawang hasil rembat kedai 2nd..hehee...saya pernah n3 dulu sugar pot ni dalam label sugar pot.

Set cawan bunga lawang hasil barter dengan kak nur...thanks a lot kak nur kerana berjaya melengkapkan set saya...cantik cawan kak nur ni...cawan kak nur saya akan pos nanti ye... jauh perjalanan cawan bunga lawang ni..merentasi laut china selatan dengan menaiki kapal udara lagi..huhuhu...


Ok terima kasih kerana sudi mengunjungi...dan selamat menjamu mata.....

FOR SALE

TEKO BULUH EMAS ALADIN LANGSING
TANPA TUTUP
RM45
ADA SEBIJI
SOLD

PINGGAN MUNGKUM MEAKIN SUNSHINE BELANG HIJAU SAIZ 8 INCI
RM20 SEBIJI
ADA 2 BIJI

PIRING KUIH MEAKIN SUNSHINE BELANG HIJAU SAIZ 7 INCI
RM15 SEBIJI
ADA 7 BIJI



TEKO ALADIN KANGKUNG
BAHAGIAN MULUT DALAM ADA 2 SUMBING DAN PEMEGANG TUTUP PATAH
MASIH LAWA
RM45 SAJA
ADA SEBIJI
SOLD
PIRING KUIH BUNGA KANGKUNG SAIZ 5 INCI
SEBESAR PIRING CAWAN
RM6 SEBIJI
ADA BEBERAPA BIJI

PIRING KUIH BUNGA PURPLE SAIZ 5 INCI
SEBESAR PIRING CAWAN
RM6 SEBIJI
ADA BEBERAPA BIJI

PIRING KUIH KEKWA HITAM SAIZ 9.5 INCI
RM10
ADA SEBIJI SAJA

PIRING KUIH BUNGA KANGKUNG SAIZ 6.5 INCI
RM8 SEBIJI
ADA BEBERAPA BIJI

CAWAN KUNING MISAI
RM45 UNTUK 6 BIJI TANPA PIRING
ADA 6 BIJI TANPA PIRING
SOLD

Tuesday, January 26, 2010

FOR SALE

JUG KACA BIRU TAHUN 70AN
RM40 NETT
ADA SEBIJI
SOLD
CAWAN BUNGA BIRU 1
ADA 2 SET
RM 25 UNTUK 2 SET
NETT

TEKO GEOMETRI
RM50 NETT
ADA SEBIJI

CAWAN JALUR BIRU
RM60 UNTUK 5 BIJI
ADA 5 BIJI SAJA
NETT
CAWAN BUNGA BIRU 2
ADA 3 SET
RM40 UNTUK 3 SET
NETT
MANGKUK NASI BUJUR KEKWA HITAM (DALAM BULATAN)
RM 40 NETT
ADA SEBIJI
SOLD

Monday, January 25, 2010

FOR SALE

Dibawah merupakan bebrapa item yang diminta rakan untuk menjualnya... Sesiape yang berminat sila hubungi saya 0175606196. terima kasih.

PINGGAN MUNGKUM BLUE PINK SAIZ 7.5INCI
ADA BEBERAPA BIJI..KESEMUANYA MEMPUNYAI SUMBING YANG KECIL.
SESUAI DIJADIKAN HIASAN
MURAH, RM 5 SEBIJI SOLD

PIRING KUIH COMEL BUNGA BAKUL BIRU SAIZ 4 INCI DAN 6 INCI
ADA BEBERAPA BIJI
SAIZ 4 INCI RM5 SEBIJI
SAIZ 6 INCI RM6 SEBIJI


PINGGAN GULAI BUNGA BIRU SAIZ 9 INCI
RM 10 SEBIJI
ADA 2 BIJI

MANGKUK NASI TAMBAH ROS HITAM SAIZ 7.5 inci
RM10
ADA SEBIJI

CREAMER POKOK KLAPA
RM35
ADA SEBIJI SOLD

SET CAWAN BUNGA LIAR
RM16 SEPASANG
ADA 6 PASANG
SOLD

SET CAWAN BUNGA LALANG
RM15 SEPASANG
ADA 6 PASANG
SOLD

Thursday, January 21, 2010

Tureen Retak 1000

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..
Harini saya nak berkongsi salah satu koleksi tureen saya iaitu tureen yang coraknya lebih kurang macam batik. Saya panggil tureen retak 1000 sebab keadaan tureen ni yang dah retak 1000, padanlah dengan usianya...
Saya tak pasti keluaran negara mana tureen ni, di bawah bontotnye hanya ada tulisan cina atau jepun, saya kurang pasti tapi saya ada terbaca dalam salah satu blog yang mengatakan tureen macam ni berasal dari jepun..tak pastilah...
Apepun tureen ni merupakan warisan keluarga saya di sebelah ibu, iaitu milik moyang saya yang terdahulu (great-great grandmother)dan diwariskan kepada moyang saya seterusnya ke nenek saya dan akhir skali langkau kepada saya...hehee. Kiranya dah 5 generasi tureen ni dan usianya melebihi 100 tahun..
Menurut cerita nenek saya yang kini berusia 80 tahun, tureen ni dah ada sebelum nenek lahir lagi..bayangkan dah berapa tahun usia tureen ni dan menurut nenek tureen ni di bawa dari tanah kelahiran moyang saya iaitu Tanah Adat Rawa, Sumatera Barat, Indonesia semasa moyang saya berhijrah ke Tanah Melayu. Moyang saya adalah Ibu Soko di dalam keluarga Di Raja Pagar Ruyong...Menurut nenek, moyang saya berselisih faham tentang pembahagian harta pusaka disana dan merajuk membawa diri ke Tanah Melayu..dan ape yang dapat die bawa adalah beberapa set pinggan mangkuk dan pakaian saja...hehee...tragis betul..pinggan mangkuk tu pun tinggal beberapa je, yang lain dah musnah ditelan zaman..nanti saya akan cerita sejarahnya dalam n3 yang lain pulak...saya ni memang dari dulu suke dengar cerita sejarah keluarga dan cerita dulu2 dari nenek dan arwah atok. Ok lah melalut pulak..hahaha..Bagaimanapun, saya akan simpan tureen ni sehingga ke generasi saya yang seterusnya sebagai lambang pusaka keluarga. Ok jom layan gambar.....



Bekas dan Besen Basuh Tangan





Bekas dan Besen basuh tangan cina peranakan ni saya ada extra...so sesiapa yang berminat si la hubungi saya 0175606196. brand new, belum pakai lg. ok tq.