Thursday, March 31, 2011

ATC Japan - Ala2 Meakin

N3 kali ni ditujukan buat Kak Shas, Koleksi Warisan Bonda...beliau baru saje dapat teko macam ni...kak, serupe tak kite punye? hehehe.. Set ni lama dah saya dapat, bermula dengan sebiji teko gedabak, kemudian barulah teko saiz sederhana dan sepasang cawan. tapi piring cawannya saya ada banyak, menanti bila nak muncul cawan2 yang lain. Set ni kesemuanya keluaran ATC Japan dan bentuknya mirip J&G Meakin. Sape2 ada nak letgo kaum kerabatnya boleh roger2 saya ye.



teko saiz gedabak

Pandangan belakang

Bunga pada tutup

teko saiz sederhana tapi agak besar juga

Pandangan atas

Sepasang cawan yang ada

Cop mohor, ATC dari Japan..

Selamat menjamu mata...jumpa lagi di lain n3....

Wednesday, March 30, 2011

Pulau Tioman 25-27 March 2011

Kali ni tiada n3 mengenai pinggan mangkuk mahupun barangan antik, mood nak snap gambar tak ada. Saja sekadar igin berkongsi percutian saya bersama 12 orang kawan2 sewaktu menuntut di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Setelah hampir 4 bulan merancang, akhirnya tercapai juga hasrat kami ingin bercuti bersama2 pada 25 hingga 27 Mac yang lepas. Dari Kuala Lumpur kami menaiki bus ke Mersing yang memakan masa hampir 4 jam setengah untuk sampai. Sampai di Mersing kami menaiki feri ke Pulau Tioman selama hampir 2 jam dan menginap di Paya Beach Resort, Kg. Paya, Pulau Tioman...hilang segala stress, tension bekerja dan belajar. Tanpa bercerita panjang, biarlah gambar menceritakan segala-galanya......



















Tuesday, March 29, 2011

Tureen Periuk Kera

Nak tangkap gambar malas, tapi kemahuan nak update blog tu ada....bukak2 folder kat pc jumpa gambar tureen periuk kera ni yang belum di n3....rasanya ramai blogger2 antik dah ada....saiznya agak besar iaitu 10" mangkuk dan 10.5" penutup dan tingginya juga 10"...layanlah gambar2 di bawah...jumpa lagi di lain n3..






Thursday, March 24, 2011

Set Germany Part III

Salam sejahtera semua...rasanya lama jugak tak buat n3 pasal koleksi sendiri...sebok pulak dengan aktiviti jualannye...hehehe...nak tangkap gambar malas, nak susun2 balik, so bukak2 folder kat pc dapatlah gambar ni, yang belum di pertontonkan lagi. Sebelum ni saya pernah buat n3 pasal set germany ni yang merupakan peninggalan nenda sebelah bapa saya, boleh klik disini bagi yang terlepas. Manakala set yang ini merupakan hasil dari Loken hujung tahun lepas, dan harganya mampu milik. Bermotifkan gambar burung bebas berterbangan dan set sebegini popular sekitar tahun 1950an dan 1960an...Layan gambar2 di bawah ye.....





Join GA PRIMROSE TOUCH

Salam semua....hari ni saya nak join GA dari blog PRIMROSE TOUCH....untuk maklumat lanjut boleh klik disini.
Dan berikut merupakan syarat2nya :-


1) Mesti jadi follower blog -
http://primrosetouch.blogspot.com dan http://musbarina.blogspot.com

2) Linkkan blog nie dalam blog anda

3) Buat entry ringkas tentang GA ni dalam blog anda

4) Utk yang tiada blog tetapi ada FB, sharekan link GA ni kat wall anda..bolehlah tagkan pada kengkawan yang tak kisah kene tag..he3

5) Sila tinggalkan link anda dalam comment yer...mintak sgt2 jangan guna shoutbox..tq

6) Komen anda tentang blog nie..

Monday, March 21, 2011

FOR SALE : TEKO ALADDIN ROS HITAM

TEKO ALADDIN ROS HITAM
RMTERMASUK KURIER

SOLD


BOOKING 2 HARI SAJA, BARANG YG DI BOOKING TIDAK BOLEH DI CANCEL
BETUL2 BERMINAT, HUBUNGI/SMS 0175606196.

FOR SALE : TEKO MRS POT BUNGA PADI

TEKO MRS POT BUNGA PADI
RM TERMASUK KURIER

SOLD

BOOKING 2 HARI SAJA, BARANG YG DI BOOKING, TIDAK BOLEH DI CANCEL
BETUL2 BERMINAT, HUBUNGI/SMS 0175606196

FOR SALE : TEKO BULAT BUNGA KANGKUNG

TEKO BULAT BUNGA KANGKUNG 3 BERADIK
ORIGINAL LAMA, BUKAN REPRODUCTION
1 TEKO SAIZ BESAR
1 TEKO SAIZ SEDERHANA
1 TEKO SAIZ KECIK

SEMUANYA RM TERMASUK KURIER

SOLD

BOOKING 2 HARI SAJA, BARANG YG DI BOOKING TIDAK BOLEH DI CANCEL
BETUL2 BERMINAT,HUBUNGI/SMS 0175606196.


FOR SALE : PERIUK AYAN/ENAMEL BERBUNGA

PERIUK AYAN/ENAMEL BERBUNGA
SAIZ BESAR, 10"
RM50 TERMASUK KURIER

SOLD

BOOKING 2 HARI SAJA DAN BARANG YG DI BOOKING TIDAK BOLEH DI CANCEL
BETUL2 BERMINAT, SMS/HUBUNGI 0175606196


Friday, March 18, 2011

For Sale : Set Mug MILO

SET A
RM50 TAK TERMASUK POS


SET B
RM30 TAK TERMASUK POS

BERMINAT, HUBUNGI/SMS 0175606196.
BOOKING 3 HARI.TQ.

For Sale : Chinese Tea Set

SET NI KAWAN SAYA MINTA TOLONG JUALKAN
TERDIRI DARIPADA :-
1 BIJI TEKO
1 BIJI CREAMER
1 BIJI SUGAR POT
6 PASANG CAWAN

NEW OLD STOCK....GAMBAR SEPERTI DI BAWAH, BELUM BASUH LAGI.
JIKA BERMINAT ATAU SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI/SMS SAYA 0175606196.






Wednesday, March 16, 2011

Buat Pengunjung-pengunjung Ezany Galleria

Kepada semua pengunjung-pengunjung setia Ezany Galleria, saya minta maaf banyak-banyak 3-4 hari ni tak dapat nak update blog saya kerana kamera saya tak dapat nak berfungsi lagi. Tunggu masa lori sampah kutip je dan tunggu kamera baru muncul....harap maaf.......nantikan n3 baru selepas segala kesulitan selesai.....

Saturday, March 12, 2011

Happy Birthday To Me



Tepat jam 12.04 tengahari di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh 12 Mac 24 tahun yang lalu, lahirlah saya kedunia ini. Alhamdullilah, syukur kepada Allah S.W.T kerana skali lagi diberi saya peluang untuk bernafas di bumi-Nya ini. Terima kasih kepada ibu yang melahirkan saya dan abah yang sama2 membesarkan saya sehingga saya dapat hidup dengan sempurna sehinnga saya dewasa. Semoga ulangtahun kelahiran saya tahun ini memberi 1000 makna dalam hidup saya dan semoga Allah sentiasa memberkati hidup saya dan saya tidak lupa kepada-Nya.....