Showing posts with label Single Big Roses. Show all posts
Showing posts with label Single Big Roses. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Penambahan Single Big Roses

Salam sejahtera...lama rasanya tak buat n3 untuk koleksi sendiri...sibuk dengan jualannya. lama2 bosan pulak pembaca dengan blog ni..hehehe...bukan apa, kadang2 tu banyak je dapat barang2 extra, jadi saya utamakan untuk menjualnya dulu supaya keadaan rumah tak penuh. Sebenarnye tak la banyak mana penambahan koleksi single big roses ni...cuma mangkuk bubur, pinggan bujur 14.5" dan yang terbaru creamernya yang saya rembat dari kak Nita pastime. lama mencari akhirnya dapat juga...yang dinanti2 cumalah teko aladinnya yang tak tau bila nak kunjung tiba. Tanpa membuang masa, layanlah gambar2 ye, yang ulang tayang pun ada juga..hehe...maaf kualiti gambar tak memuaskan, kamera dah nazak.










Sekian saja untuk kali ini, jumpa lagi di lain n3.

Tuesday, July 27, 2010

Single Big Roses

Salam sejahtera semua...
Kini tibalah giliran si single big roses pula untuk menanyangkan diri. Set single big roses ni dah lama saya simpan, cuma tekonya saja baru saya miliki daripada eis antique. Dalam set ni yang saya ada sebiji teko bulat besar, sebiji teko mini, 6 set cawan mulut lebar, 1 set cawan bentuk biasa, 1 set cawan tangkai kerawang dan sebiji pinggan mungkum 8". Kesemuanya saya dapat di merata-rata tempat. Tekonya dah lama cari sampailah saya jumpa di blog abg eis dan harganya memang mampu milik...hehee...ok jom kita layan gambar tanpa membuang masa.


Antara set single big roses yang ada dalam simpanan saya.

2 biji teko, teko bulat besar dan teko mini.

Teko bulat bersaiz besar dari eis antique.

Teko mini dari Memory Lane@Loken

6 set cawan mulut lebar yang sangat cantik mata memandang.

Cawan mulut lebar fresh dari kedai nyonya.

Cawan mirip cawan bujang dari wan penang.

Cawan tangkai berlekuk dari wan penang.
Satu-satunya pinggan mungkum 8" dari kedai 2nd.

Sampai disini saja n3 single big roses, dah tak tau nak goreng apa lagi.
Selamat Menjamu Mata.