Showing posts with label 5 Roses. Show all posts
Showing posts with label 5 Roses. Show all posts

Monday, August 23, 2010

5 Roses - Bahagian II - Set Mini

Bertemu kembali 5 Roses bahagian kedua...hehehe...yang saya nak kongsikan cumalah set mini bulat yang amat comel ni....set ni memang agak kecil berbanding set2 yang biasa kita tengok. Terdiri dari teko bulat dan 6 biji cawan tanpa piring. Jom kita tengok gambar kat bawah....

Set mini 5 Roses yang sangat comel...
Teko bulat yang paling saya minat, cantik sangat di mata saya.

Dan yang specialnya tentulah di bahagian penutupnya yang turut mempunyai motif 5 Roses.

Perbandingan saiz teko 5 roses bulat mini. cuba tengok gambar di bawah, saya gandingkan bersama teko aladin yang bersaiz biasa.

6 biji cawan tanpa piring yang comel2....

Bentuk cawannya pun cantik....

Perbezaan diantara cawan mini 5 roses ni dengan cawan mulut lebar bunga kangkung...anda dapat bayangkan bagaimana kecilnya saiz cawan ni kan?? hehehe


Ok sampai disini saja n3 5 roses saya, jika ada penambahan koleksi, saya akan kongsi lagi....
Selamat Menjamu Mata.....

5 Roses - Bahagian I

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca yang beragama Islam...
Hari ni tiba giliran 5 roses yang agak sikit ni untuk menonjolkan diri. Walaupun hanya ada beberapa item saja, tak pe lah, saya kongsikan juga bersama2 kalian. Hari ni tak banyak idea nak mengarang, apepun jom kita tengok gambar2 kat bawah ni....

Antara family 5 roses yang ada dalam simpanan saya.

Teko jenis tinggi dari ML....saya dapat kira2 awal tahun yang lalu....rasa gembira dapat teko bentuk sebegini.

Hanya ada 2 biji saja cawan dalam simpanan saya. Setiap cawan adalah berbeza iaitu, satu mempunyai jalur2 dah satu lagi tidak mempunyai jalur. Manakala piring cawan saya cuma ada sebiji.

Mangkuk bubur hasil barter dari kak Ryana sabah hujung tahun yang lepas.


Cake plate bersaiz 10" dan piring kuih 8".

Satu-satunya sudu 5 roses yang ada. terjumpa di kedai 2nd.

Pelita comel yang juga mempunyai motif 5 roses...beli dari kak eija ulat pelita.



Ok sampai di sini saja, bersambung di n3 5 roses bahagian 2......