Showing posts with label Celeste - England. Show all posts
Showing posts with label Celeste - England. Show all posts

Monday, September 26, 2016

FOR SALE : SET J&G MEAKIN CELESTE ENGLAND


TUREEN

SET CAWAN

TEKO

PIRING LEPER / KUIH  7", PINGGAN MUNGKUM / MAKAN 10" 
DAN PINGGAN SUP / LAUK 8"

SET J&G MEAKIN CELESTE 
MADE IN ENGLAND
(WARNA BIRU LAUT)

SET J&G MEAKIN ANTARA SET PINGGAN MANGKUK LAMA YANG SUKAR DI TEMUI DALAM SET YANG LENGKAP

SET "ORANG ADA-ADA" DULU-DULU

SEBIJI TEKO, 6 PASANG CAWAN, SEBIJI TUREEN, 6 BIJI PIRING KUIH / PIRING LEPER 7", 6 BIJI PINGGAN MUNGKUM / PINGGAN LAUK / SOUP PLATE 8" DAN 6 BIJI PINGGAN MUNGKUM /PINGGAN MAKAN 10"
AMBIL KESEMUANYA DI ATAS RM550 TAK TERMASUK POS

JIKA BELI SECARA BERASINGAN :-
SEBIJI TEKO - RM120
SEPASANG CAWAN - RM25 (ADA 6 PASANG)
SEBIJI TUREEN - RM120
SEBIJI PIRING 7" - RM10 (ADA 6 BIJI)
SEBIJI PINGGAN 8" - RM12 (ADA 6 BIJI)
SEBIJI PINGGAN 10" - RM15 (ADA 6 BIJI)
HARGA TAK TERMASUK POS

BOOKING 3 HARI
BERMINAT, WHATSAPP / SMS 0175606196

Tuesday, November 15, 2011

Pemberian Seorang Kakak

Sebelum ni, saya pernah n3 kan set J&G Meakin Celeste, teaset dan seangkatan dengannya, yang terlepas pandang boleh klik disini untuk n3 Meakin Celeste yang lepas. Kali ini pula saya kongsikan coffeset nya pula yang baru saja complete dengan adanya tekonya. Bercerita mengenai coffeset celeste ini, ianya merupakan pemberian yang tak ternilai bagi saya, iaitu pemberian daripada Kak Welly dari blog Sukajadi Corner. Kak Welly pun dah jarang berblog. Sepanjang perkenalan dengan Kak Welly dari tahun 2009 memang tak pernah bersua muka, tapi Kak Welly memang seorang yang pemurah dengan baik hatinya menghadiahkan 6 biji cawan kopi ni kepada saya awal tahun yang lalu. Sukanya memang tak terkata sebab lama dah minat. Terima kasih yang tak terhingga buat Kak Welly. Dan awal bulan ni barulah saya temui tekonya yang dah lama cari..gembira tak terhingga rasanya.


Coffee pot yang baru dapat awal bulan ni, tinggi dan besar saiznya...condition pun cantik sangat2...puas hati.

6 cawan daripada Kak Welly, saiz cawan ni nampak kecil tapi hakikatnya besar. Kuantiti air dalam cawan ni sama seperti kuantiti air dalam cawan bentuk biasa (teaset) meakin.

Dan perkara tak diingini berlaku semasa sesiap tangkap gambar...oval plate ni terjatuh atas lantai dan berkecai 4..apa boleh buat, dah tak ada rezeki..redha je, bagi tak nak ingat apa2, terus saya masuk dalam tong sampah, nasib baik ada lagi spare.

Sekian saja untuk tatapan kali ini. Selamat menjamu mata.

Wednesday, December 15, 2010

J&G Meakin Celeste Collection

Hari ni kita cuci-cuci mata dengan set kolonial pulak, iaitu J&G Meakin Celeste. Warnanya yang biru, menyejukkan mata memandang.....kalau hati tengah susah, makan dan minum pakai set ni, hati boleh jadi sejuk....hehehehe.....set celeste ni boleh dikatakan saya ada lengkap kesemuanya, cuma beberapa pinggan dan mangkuk saya tak dapat nak tunjuk kat dalam ni, payah nak bawak keluar. Set ni bukanlah sekaligus saya dapat dengan lengkap, bermula dari sebiji pinggan, berkat usaha mencari dari merata tempat, dapatlah saya kumpul fullset. Oklah, kang bertambah merepek, jom kita layan gambar-gambar kat bawah.

Teko gemukss, ada 2 saiz, 1 saiz biasa dan 1 lagi saiz lebih kecil. Boleh bandingkan pada gambar dibawah. Teko kecil dari abg halim, junk collector dan teko besar dari Pak Syed di loken.

4 set cawan celeste...lagi 2 set hilang entah ke mana, nampak gayanya lepas ni kene simpan ikut set la dalam kotak, kalau tak, berterabur sana sini...hehe...cawan2 ni juga dapat dari Pak Syed. Pak Syed pun sekarang tak aktif berniaga barang2 antik kerana faktor keuzurannya.

Cawan J&G Meakin Celeste.

Gravy Boat dari apekss..

2 saiz creamer jar, yang kecil dari abg halim junk collector dan yg besar dari tasha.

Sugar bowl dari nyonya.

Tureen dari abg halim, junk collector.

Pinggan mangkuk yang dapat bergambar, yang lain duk diam-diam sudah....hehehe

Sekian saja, selamat menjamu mata.