Showing posts with label Perabot Lama/Antik 2014. Show all posts
Showing posts with label Perabot Lama/Antik 2014. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

MEJA SISI LAMA DAN RAK SERBAGUNA LAMA - SOLD

Salam sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung blog saya. Maaf agak lama juga tidak bersiaran disini. Kekangan waktu dan kesibukan tugas seharian membatasi segalanya. Harap-harap pengunjung setia masih setia mengunjungi ke sini. Jangan risau, walau blog tidak di kemaskini dengan entry terbaru tetapi tuan blog tetap aktif dengan antik...hehehe.. Oklah kali ini saya kongsikan meja sisi lama dan almari rak serbaguna yang telah di booking oleh pelanggan dari Kuala Lumpur. Dah lama siap hari ini baru berkesempatan post dalam blog.

Ini keadaan meja sisi tersebut sebelum dibaikpulih.

Keadaan selepas digosok.

Dan siapsepenuhnya..sepasang meja sisi lama berkaki runcing. 




Ini pula ialah almari atau rak atau orang perak panggil "meru" tempat letak pinggan mangkuk dulu-dulu walaubagaimanapun kegunaannya adalah serbaguna terpulang kepada individu untuk menjadikannya tempat apa-apapun.. Ini keadaan asal, sebelum ini ada saya entry kan dalam post saya yang lepas untuk sesiapa yang berminat untuk mem booking nya. Ia juga telah di booking oleh tuan yang sama dengan meja sisi di atas.

Dan ini keadaan apabila sudah siap dibaikpulih sepenuhnya, semoga tuan barunya berpuashati dengan kerjatangan saya.



Sekian untuk kali ini, jumpa lagi di lain entry.

Tuesday, August 19, 2014

Almari Lauk Comel - SOLD

Almari lauk ini juga kerja-kerja restore bulan puasa lepas. baru berkesempatan entry dalam blog. Sudah dibeli oleh pelanggan dari Dengkil, Selangor.

Sebelum baikpulih

Selesai digosok

Siap sepenuhnya



Wednesday, August 6, 2014

Almari Lauk Besar - SOLD

Masih lagi bercerita pasal restoration bulan puasa lepas. Almari lauk lagi, saiz yang agak besar. Almari lauk ini sememangnya sudah lama di tempah pelanggan baru berkesempatan menyiapkannya. Harap maaf banyak-banyak. Cermin berwarna dipasang atas permintaan pelanggan. Almari ini ditempah pelanggan dari Seremban, Negeri Sembilan.

Sebelum dibaikpulih


Selepas dibaikpulih


Tuesday, August 5, 2014

Almari Lauk Biru - SOLD

Almari lauk ni saya siapkan masa bulan puasa yang lepas, orang dah lama booking saya siapkan sedaya dan secepat yang mungkin. Baru ada masa nak update di blog. Pada asalnya nak di restore dengan kemasan syelek tapi apabila sudah siap customer meminta untuk ditukar/dicat warna biru. Atas perbincangan dan tolak ansur saya pun tukar....tak sangka cantik juga bila dicat biru...hehe.

Kondisi asal tanpa baikpulih

Selesai proses menggosok dan menghalus

Siap sepenuhnya dengan kemasan syelek tapi customer mintak tukar untuk dicat biru pula

Proses menyapu undercoat putih sebelum dicat biru

Siap sepenuhnya....hehehe...alhamdulillah.



Bahagian dalam dibiarkan warna kayu atas permintaan customer.

Sekian saja untuk kali ini.

Friday, July 11, 2014

FOR SALE : CERMIN LAMA BINGKAI KAYU JATI

SEBELUM BAIKPULIH

PROSES MENGGOSOK


SIAP SEPENUHNYA




CERMIN LAMA BINGKAI KAYU JATI
URAT KAYU YANG CANTIK JIKA DILIHAT SECARA DEKAT
CERMIN TEBAL DAN BERAT
POTONGAN SERONG PADA TEPI CERMIN
SAIZ 52" PANJANG, 17" LEBAR

RM TERMASUK PENGHANTARAN UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA

SOLD

BOOKING 3 HARI
BERMINAT BOLEH SMS / WHATSAPP/ HUBUNGI 0175606196

Tuesday, June 17, 2014

FOR SALE : KERUSI ANTIK 40-50AN





SAIZ KERUSI LEBIH BESAR DARI SAIZ KERUSI LAMA BIASA
KAYU CENGAL
SIAP SEPENUHNYA KECUALI ANYAMAN ROTAN TEMPAT DUDUK BELUM SIAP
BERMINAT BOLEH BOOKING DULU

HARGA SEBIJI RM700
SEPASANG RM1,300 TERMASUK PENGHANTARAN

BERMINAT BOLEH SMS/WHATSAPP/HUBUNGI 0175606196

Wednesday, June 4, 2014

Meja Solek Kayu Jati - SOLD

Almari solek daripada kayu jati. Urat kayu yang sangat cantik. Juga tempahan dari orang Subang Jaya, Selangor.

Sebelum dibaikpulih

Proses menggosok dan menghalus

Siap sepenuhnya






Katil Kayu Jati - SOLD

Jarang sekali saya menjual dan membaikpulih katil kayu lama. ini merupakan pertama kali saya menjual katil kayu lama. Sangat cantik dan daripada kayu jati yang bagus. Ada beberapa buah katil kayu lebih kurang seperti ini untuk dijual tetapi kayu seraya dan kayu meranti. Jika berminat boleh hubungi saya untuk tempahan. Katil ini telah lama ditempah oleh seorang pelanggan dari Subang Jaya, Selangor.

Sebelum dibaikpulih

Proses menggosok. Kelihatan urat kayu yang cantik

Siap sepenuhnya. Rangka kiri kanan adalah daripada besi. Terdapat cop "Vono, Made In England" pada sisi besi katil.