Showing posts with label Buluh Emas. Show all posts
Showing posts with label Buluh Emas. Show all posts

Friday, July 30, 2010

Buluh Betong Emas

Aduhai, kenapa la minggu ni saya rasa malas yang amat sangat nak buat kerja. Bila tengok je drawing rasa nak muntah tapi bila tengok blog rasa nak senyum lebar selebarnya lah pulak...hahhahah. Untuk mendatangkan semangat saya untuk bekerja saya sajikan buluh betong emas ni untuk tatapan umum....hehehe....nama buluh betong di ambil dari n3 kak yatt yang lepas. Boleh klik disini. Motif yang terdapat pada set ni adalah pokok buluh dan beberapa ekor burung yang bebas berterbangan dan menggunakan 100% warna emas.


Teko bulat bersaiz agak besar dari mak cik zaitun@zaitun antique corner.

Teko mini dari apek.

5 set cawan mulut lebar. 3 set merupakan peninggalan arwah nenek disebelah abah manakala 2 set lagi beli dengan makcik zaitun.


6 set cawan shape bulat dari kedai nyonya.


Mug bertutup yang mempunyai motif yang sama. Baru-baru ni saya ada membuat n3 mengenainya.

Sekian saja untuk tatapan hari ini.
Selamat Menjamu Mata

Wednesday, July 28, 2010

Koleksi Mug Antik

Salam sejahtera semua.
Hari ni saya nak kongsi pula koleksi mug bertutup lama yang ada dalam simpanan saya. Sebelum ni kak yatt, kak aton pun pernah buat n3 khas untuk mug bertutup antik/lama ni dan ada juga blogger lain yang pernah buat n3 mengenai mug bertutup ini. Dalam koleksi saya tak ada lah banyak sangat, yang ada cumalah 6 biji mug bertutup yang berlainan corak dan bunga. Saya dapat di merata-rata tempat, kedai antik, barter, kedai 2nd, dan memory lane, dari yang semurah-murah harga sampailah yang semahal-mahal harga. hehee
ok jom sama-sama kita layan gambar kat bawah.....

Barisan kehormat koleksi mug bertutup antik saya. Mug VCR, Wild Roses, Bunga Kangkung, Buluh Emas, dan White Sakura yang mempunyai corak berbeza.

Mug Wild Roses hasil barter saya dengan kak yatt. Bentuknya memang cantik.

Yang ni merupakan mug yang paling saya suka. Mug VCR yang saya dapat tergolek di kedai recycle@kedai 2nd. Harganya pun RM1 je....jangan terkejut...klu RM1 nak beli kacang putih pun tak lepas kan....hahahhaa. tapi itu dulu, kalau sekarang pergi di kedai recycle@kedai 2nd tu lagi, pinggan mangkuk antik, jangan tanya harga, memang melambung tinggi. Dorang pun dah tau nilainya.

Mug Bunga Kangkung yang paling mahal saya dapat iaitu di kedai antik. Masa tu dah excited sangat, tanpa fikir panjang terus beli. Lepas dari tu saya tengok kat Memory Lane, Blog dan kedai antik yang lain, memang jauh lebih murah....rasa nyesal lak..hehee...tapi apepun yang penting hati tetap puas milikinya....

Yang special nya mug bunga kangkung ni adalah pada penutupnya terdapat juga corak bunga kangkung....susah nak dapat penutup yang mempunyai bunga diatasnya.

Ini pula mug buluh emas yang saya dapat di Memory Lane baru-baru ini. Harga yang ditawarkan pun mampu milik, apa lagi, rembat je la....

Dan yang ini, 2 biji mug white sakura yang mempunyai corak bunga sakura yang berbeza antara satu sama lain. Cuba perhatikan, pasti akan jumpa perbezaan corak keduanya walau sekali imbas nampak sama.

Juga terdapat corak bunga pada kedua penutupnya. Corak pada penutup juga berbeza antara satu sama lain.

1st mug...bunga sakura putih yang amat cantik pada mata saya.

2nd mug...coraknya bunganya lebih sarat berbanding di atas.


Sekian saja n3 saya pada kali ini. Jumpa lagi di n3 akan datang.
Selamat Menjamu Mata

Monday, March 8, 2010

BULUH EMAS PENGGANTI WARISAN NENDA...

Salam sejahtera semua....
Kak Yatt, Cik Mat dan blogger2 yang lain dah lama n3 set buluh emas ni tapi hari ini barulah dapat saya nak berkongsi set buluh emas ni kepada semua di mana set ni merupakan antara set yang saya sayang skali dan saya berusaha mencarinya sedaya upaya...alhamdulillah, walaupun tak seberapa nak complete tapi saya berjaya juga mencari dan mengumpulnya.. Ini kerana set ini mengembalikan nostalgia dan ingatan saya kepada zaman kanak-kanak saya dimana nenda saya di sebelah ibu mempunyai set ini pada ketika dulu. Masih teringat di ingatan saya sewaktu kecil, di rumah nenda, apabila tiba waktu minum petang, nenda akan hidangkan kami cucu-cucu minum teh 'o' panas menggunakan cawan dan teko buluh emas ni dan dipakai sebagai basahan hari2 untuk minum petang. Manakala lepat labu dihidangkan didalam piring kuih buluh emas ini sebagai santapan minum petang. Tapi sayang, disebabkan peredaran zaman set buluh emas kepunyaan nenda itu, satu persatu musnah dan akhirnya pupus dalam simpanan.

Oleh sebab itulah saya berusaha sedaya upaya untuk mencari set ini walau di mana saja. Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya milikinya. Terima kasih yang tak terhingga kepada kak ryana yang dah banyak membantu saya untuk memiliki set ini, tak lupa juga abang ismail, nyonya, kak khaty penang dan kedai 2nd yang banyak membantu saya memiliki set ini. Ok jom sama2 kita layan gambar...dan tak lupa juga, n3 ini saya dedikasikan buat semua mereka-mereka yang telah banyak berjasa kepada saya untuk mendapatkan set ini.

Set ini merupakan jenis set yang sama yang pernah dimiliki nenda...tetapi corak pada cawan dan teko berlainan sedikit. Set ini saya cuma ada 6 biji piring kuih, teko, sugar pot, creamer jug dan 2 set cawan.


Set mini dengan teko aladin langsing. Saya cuma ada teko aladin langsing, sugar pot, creamer jug dan sebiji cawan mini tanpa piring.


6 biji piring kuih dari kak ryana.


Teko dari abang ismail


Creamer jug dari kak ryana.


Sugar pot dari abang ismail


2 set cawan dari kak ryana.



Geisha pada dalam cawan.


Teko aladin langsing dari kedai 2nd


Sugar pot mini dari kak khaty.


Creamer jug dari kedai 2nd.

Sekian saja coretan saya untuk set buluh emas ini..selamat menjamu mata.