Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Bertandang Ke Rumah Abang Taj

Hari Raya dah pun beberapa hari lalu melabuhkan tirai tapi saya baru nak cerita pasal beraya saya..hehe..ape boleh buat, kekangan masa dan mood malas melanda diri. Bulan Raya yang lepas saya berkesempatan bertandang ke rumah rakan blogger yang otai pinggan mangkuk lama iaitu Abang Taj, untuk ke blognya boleh klik disini. Boleh dikatakan banyak kali juga abang Taj menjemput saya bertandang ke rumahnya, alhamdulillah bulan raya tahun ini saya berpeluang menjejaki ke rumahnya. Sebelum2 ni saya hanya melihat hiasan dalaman rumah abg taj didalam majalah Anjung Seri, Impiana dan Impiana Apartment. Kali ini saya sendiri berpeluang ke kediamannya. Sedari dari majalah lagi saya mengkagumi hiasan dalaman rumah abang Taj yang begitu cantik dihias dengan pelbagai barangan lama terutamanya pinggan mangkuk lama. Mengenali beliau, beliau adalah seorang yang peramah dan suka berceloteh dan suka berkongsi pengalaman. Masakan abang taj juga boleh tahan, sedap2 kuih muih yang dihidangkan...hehe..tanpa membuang masa, lihatlah gambar2 dibawah...




















Dan saya tidak pulang dengan tangan kosong, dengan baik hatinya abang Taj memberi saya beberapa biji pelita dan 2 buah celepa. Terima kasih yang tak terhingga buat abang Taj atas layanan dan buah tangan. Semoga persahabatan akan kekal buat selamanya...insyaAllah...

Wednesday, September 29, 2010

Bertandang Di Rumah Kak Shas

Assalamualikum dan salam sejahtera semua....
dah lama rasanya tak buat n3 baru, entah la, lepas je raya ni, rasa macam malas yang teramat sangat, so bagi tak menjadikan blog saya ni bersawang, saya gagahkan jugak buat n3 yang baru.

Seperti yang dah kita baca sebelum ni, kak shas dan kak nannie pun dah buat n3 beraya kitorang ni, hari ni saya menyusul..hehe, tapi gambar saya copy dari blog kak nannie dan blog kak shas je, sebab masa saya datang rumah kak shas tu, batery kamera dah kong...lupa nak charge, so tak boleh nak buat ape2...hehe

Raya yang ke 3 lalu, saya berpeluang beraya di rumah kak shas bersama2 kak nannie... dah lama kenal kak shas tapi raya yang ke 3 ni lah saya berpeluang untuk ke rumahnya walaupun jarak rumah saya dengan rumah kak shas tak berapa jauh pun. sebelum ni hanya jumpa kak shas kat ML dan di rumah mak mertua kak shas je..bila sampai di rumah kak shas memang seronok sangat tengok koleksi kak shas, selain daripada tu saya dapat borak2 dengan suami kak shas kerana yang best nya saya dapat bertutur dalam dialek bahasa rawa kerana suami kak shas juga daripada keturunan melayu rawa dan kampung kami hanya sebelah menyebelah je...hehehe

Bila dah sampai rumah kak shas, ape lagi, jalan2 cuci mata tengok koleksi kak shas yang amat mengancam...masakan yang kak shas jamukan untuk kami pun memang sedap sangat, tambah2 pulak masa tu saya belum makan apa2 lagi..hehe...terima kasih kak shas kerana sudi jemput saya datang rumah ye.

Kepada kak shas dan kak nannie, saya harap persahabatan kita ni kekal sehingga ke akhir hayat dan saya pohon 1000 kemaafan jika sepanjang perkenalan kita saya ada buat salah dan silap. Senang2 datang la rumah saya pulak ye...





Tuesday, September 21, 2010

Kad Hari Raya Aidilfitri 2010

Salam sejahtera semua...
Setelah lebih kurang 2 minggu blogku kesepian dek kerana memberi laluan untuk bercuti dan merayakan aidilfitri bersama-sama insan tersayang,kini tibalah masanya untuk saya mengaktifkan kembali blogku ini. Seperti yang saya janjikan, hari ni saya akan tempek semua kad2 raya yang saya dapat dari rakan blogger. Terima kasih semua yang sudi menjemput saya untuk menempek kat raya ni. Jika ada kad raya yang tidak saya tempek di sini saya mohon ampun dan maaf kerana ada beberapa blog yang saya tidak boleh buka,saya sendiri tidak tahu mengapa. Semua skali 25 keping kad raya..hehehe... Ok selamat hari raya......


Dari Kak Mas Collection

Dari Teratak Cumillku


Dari Rizal


Dari Kak Rina Primerose Touch


Dari Kak Nita Pastime


Dari Kak Kelly's Life


Dari Kak Zaza


Dari Kak Yatt Precious


Dari Kak Sya


Dari Kak Sue My Sweet Cottage


Dari Kak Shas


Dari Kak Ryana


Dari Kak Nannie


Dari Kak Lia Cantiq


Dari Kak Chah


Dari Kak Casaoma


Dari Kak Azlina


Dari Kak Ayu


Dari Kak Aton


Dari Kak Aina Warisan Nenek


Dari Jae's Collection


Dari Kak Izan Shop


Dari Auntie Azah Sabah


Dari Abang Aris


Dari Acik N

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum semua.....sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, saya Faza Irzzanny Ibrazi dan seluruh ahli keluarga Ibrazi Ismail dan Ku Rosnah Ku Lee ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua follower blog saya dan silent reader yang sentiasa mengikuti perkembangan blog saya. Ampun maaf zahir dan batin saya pinta sekiranya sepanjang saya berblog dan perkenalan antara kita semua, saya ada tersalah dan tersilap tutur kata dan sebagainya. Kepada mereka yang lalu di Ipoh, jika ada kesempatan jemputlah bertandang, beraya ke rumah saya. Pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk anda semua. InsyaAllah, kita jumpa lagi di sini selepas cuti raya.....SELAMAT HARI RAYA!!!