Wednesday, March 31, 2010

TEASET BUNGA PADI FOR SALE



SET BUNGA PADI
SEBIJI TEKO MONTOK (SEPERTI DALAM GAMBAR)
6 PASANG CAWAN MONTOK (SEPERTI DALAM GAMBAR)

CONDITION CUN
SEMUA DI ATAS RM170 TIDAK TERMASUK POS
BOOKING 3 HARI SAJA

SOLD

JIKA BERMINAT HUBUNGI SAYA 0175606196 - ZANY

TEASET ROS HITAM FOR SALE



SET ROS HITAM
SEBIJI TEKO BULAT (SEPERTI DALAM GAMBAR)
6 PASANG CAWAN SHAPE A (SEPERTI DALAM GAMBAR)

CONDITION CUN
SEMUA DIATAS RM170 TIDAK TERMASUK POS
BOOKING 3 HARI SAJA



JIKA BERMINAT HUBUNGI SAYA 0175606196 - ZANY

TEASET KEKWA HITAM FOR SALE



SET KEKWA HITAM
SEBIJI TEKO BULAT (SEPERTI DALAM GAMBAR)
6 PASANG CAWAN BULAT
(SEPERTI DALAM GAMBAR)
CONDITION CUN
BOOKING 3 HARI SAJA
SEMUA DIATAS RM160 TIDAK TERMASUK POS

BOOKED

JIKA BERMINAT HUBUNGI SAYA 0175606196 - ZANY

SET PINGGAN CELESTE FOR SALE




SET PINGGAN J&G MEAKIN CELESTE BIRU
5 BIJI PINGGAN MAKAN MUNGKUM 9"
4 BIJI PINGGAN KUAH MUNGKUM 8"
6 BIJI PIRING KUIH 7"

CONDITION CUN, BELUM PERNAH DIGUNAKAN
BOOKING 3 HARI SAJA
SEMUA DIATAS RM220 TERMASUK POS.

JIKA BERMINAT HUBUNGI SAYA 0175606196 - ZANY

Cawan Sun Crown For Sale

SET CAWAN SUN CROWN PINK
SEPASANG RM14
6 PASANG RM75
FRESH FROM APEK
BOOKING 3 HARI SAJA



JIKA BERMINAT HUBUNGI SAYA 0175606196 - ZANY

Friday, March 26, 2010

Sekalung Penghargaan

Salam Sejahtera semua...
Di atas musibah yang menimpa saya lalu, ramai reaksi dan ucapan simpati dan kata-kata semangat daripada pembaca-pembaca blog saya iaitu rakan-rakan blogger dan juga silent reader. Di atas kata-kata semangat anda semua, membangunkan semangat saya untuk terus mengumpul pinggan mangkuk antik ini. Dan ada juga ucapan yang diterima mengguris perasaan saya seperti "beli je baru...ape susah". Ya, memang betul, boleh beli baru, akan tetapi jika kita ada duit sejumlah 1 juta pun tetapi barang yang di cari tiada, tak da guna pun kan...bagi yang mereka tidak mengerti, kata-kata begitu memang mudah tetapi bagi saya dan rakan-rakan yang sama-sama minat mereka akan memahami. Apa pun yang terjadi saya redha dan mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku. Saya memohon beribu kemaafan andai kata saya mengguris perasaan. Saya abadikan nama-nama mereka iaitu blogger dan silent reader di bawah ini sebagai mengenang budi kalian yang banyak memberi semangat kepada saya.... Mereka adalah Auntie azzah8, kak shima, abang aris, maklang azie, acik rohana hussein, kak izanmanjung, kak halina, kak NJ, abang taj, kak shimah dan abang zul, abang isa dan kak nyna, kak haniss, kak sity, acik nor64, kak hani, kak maria, kak eija, kak aida putrajaya, kak nur, kak melur, acik leeza, kak rodziah, kak sanmawia, kak sali, kak nor aziah, kak ju, kak chah, auntie azah sabah, kak yah, kak HAR, kak yatt, kak chempaqa, kak shas, kak rohas, abang mat gebu, kak ryana, kak juli, abang mutalib, kak ina k.l, kak khaty penang, kak ca, mummy za, abang shariff64, acik hanis, kak aton, auntie yati puchong, kak gee my little persona, acik ina kota tinggi, kak zuraida ariffin, kak aida kuala kangsar, kak laily, kak liza dan tak lupa rakan-rakan di memory lane....thanks for everything...Jika ada nama-nama yang tertinggal maafkan saya..segala jasa dan budi kali hanya Allah yang dapat membalasnya....Saya doakan semoga anda semua sentiasa berada di dalam kesejahteraan...amin....

Thursday, March 25, 2010

Attention To Kak Halina

Kepada Kak Halina yang ada bertanya kepada saya mengenai pinggan bujur sun crown sila hubungi saya di talian 0175606196. Maaf, saya tak tahu bagaimana nak hubungi akak.. ok tq.

Jom Join GA Kak Chah

Hai semua...kom kita ramai-ramai join Give Away yang dianjurkan kak chah dr teratak puteri..
Banyak hadiah-hadiah menarik yang beliau akan berikan kepada pemenang...
Syarat-syaratnya sila baca di bawah..mana tau rezeki kite kan..
Ok jom kita rama-ramai join...







HADIAH PERTAMA
Set Bunga Kangkung iaitu 1 Biji Teko Mini, 1 Piring Kuih 6 inci & 1 Cawan Bujang



HADIAH KE-2
3 Biji pinggan Kekwa Hitam, - Saiz 9.5 inci, 8 inci & 6 inci
HADIAH KE-3
Barang2 decoupage yg merupakan 1 biji Botol, 1 Lilin Bulat & 1 Lilin Biasa
(Yang ni decoupage hasil tuan rumah sendiri tau..)
HADIAH KE-4
2 Biji Pelita iaitu 1 Pelita Crown Antik & 1 Pelita Love Merah
HADIAH KE-4 + 1 ..ke-5 lah tu
1 Platter Rose Saiz 11 inci, China mali.. Syarat-syarat peraduan ini pun ada 4+1 jugakk..

1- Tarikh peraduan bermula hari ini sampai 31hb March, 2010



2 - Terbuka kepada semua kawan-kawan di Malaysia sahaja yg menjadi Follower & Yang Bukan Follower..kalu yg tak jadi follower lagi tu bolehlah follow I ye..Yang bukan follower boleh tinggalkan jejak agar senang untuk saya hubungi..



3- Hendaklah memberi komen dalam entry ini..(komen di shoutbox tidak diambil kira) dan link kan blog saya pada blog masing2 supaya yg lain2 bloggers dapat tahu tentang peraduan ini..(lagi ramai..lagi meriah..)



4-Tarikh tutup peraduan ni pada 31hb March, 2010..pemenang akan diumum pada 1hb April, 2010



5- Cabutan hadiah akan diundi oleh pemilik Teratak Puteri...anak saya Puteri Qareshah..tiada istilah pilih kasih dalam cabutan ini.

Sekian..selamat berjaya..ta..ta..

Tuesday, March 23, 2010

Hancur Luluh Hatiku.......

Sedih, pilu, hiba, hancur luluh, remuk hati saya bila peristiwa yang tak mungkin terjangkau di akal fikiran saya berlaku di dalam diri saya ini. Pada hari ahad yang lepas, 22 mac merupakan sejarah hitam dalam kehidupan hobi saya di mana almari yang menyimpan segala koleksi-koleksi antik kesayangan saya iaitu koleksi pinggan mangkuk kolonial atau meakin England musnah dengan hanya sekelip mata.
Ianya berlaku ketika tiada seorang pun ahli keluarga di rumah. Ibu, abah dan adik saya keluar berjalan-jalan manakala saya seperti biasa dengan aktiviti hujung minggu saya, menghunting di Memory Lane (loken). Apabila sampainya saya dirumah, buka sahaja pintu pandangan pertama saya adalah almari tersebut kerana almari itu letaknya betul-betul dihadapan pintu masuk utama rumah saya. Jantung saya berdegup kencang apabila saya lihat barang-barang di rak yang kedua dan ketiga kosong dan pintu almari terbuka. Sangkaan saya ada pencuri telah masuk rumah dan mencuri semua barang-barang yang ada di dalam almari.
Seterusnya saya pergi betul-betul di hadapan almari dan sebaik saja saya melihat di atas lantai, alangkah terkejutnya saya, luluhnya hati saya apabila saya melihat set kesayangan saya iaitu set Royal Sunshine hancur musnah di atas lantai bersama-sama set celeste, rosa dan beberapa koleksi yang lain. Tetapi, yang betul-betul tidak dapat diselamatkan ialah set sunshine yang mana hanya sekeping pinggan bujur sahaja yang selamat. Yang lain hancur musnah menjadi kaca. Sepertimana hancurnya set sunhine itu, begitulah hancurnya hati saya kerana set itu merupakan set kesayangan saya kerana saya tidak terjangka akak miliki set itu di dalam keadaan yang serba lengkap iaitu sebiji teko, 6 pasang cawan, creamer jug, tureen dan pinggan mangkuk. Buat n3 mengenai set itu pun belum ada kesempatan saya, membuatkan saya betul-betul terkilan.
Semuanya akibat almari yang tidak begitu tahan untuk menampung set tersebut. Hanya clip yang kecil untuk menampung shelf di dalam almari.


Begini lah keadaannya apabila kesemua set bermula dari rak kedua dan rak ketiga jatuh ke lantai. Kesemuanya tidak dapat diselamatkan. Hanya sebiji pinggan bujur yang betul-betul terselamat. Yang lainnya hancur musnah.



Set celeste dan rosa yang jatuh berhempap. Set celeste jatuh menindih set rosa. Beberapa item set celeste dan rosa hancur pecah terbelah. Namun tureen terselamat cuma tureen rosa cinderella sahaja tutupnya terbelah dua.


Antara barang-barang yang terselamat, nasib baiklah tureen ros berkaki itu terselamat, namun beberapa biji teko mini yang disimpan di dalam almari tersebut musnah.

Beginilah keadaan almari tersebut. Rak kedua jatuh rebah menindih rak ketiga dan seterusnya ke bahagian paling bawah. Inilah sejarah buruk pernah berlaku dalam kehidupan hobi saya.

Rak kedua yang menempatkan set sunshine jatuh terkeluar dari dalam almari manakala rak ketiga menghempap bahagian paling bawah sekali, seterusnya memusnahkan beberapa barang di bawahnya.

Antara barang-barang di rak pertama. Kesemuanya terselamat.
Rak pertama yang menempatkat set germany, beberapa gelas lama dan bekas kuih yang kesemuanya warisan keluarga yang terselamat.
Set germany warisan nenek yang terselamat.
Inilah clip yang patah yang menanggung beban pada rak. Hanya clip yang kecil diperbuat daripada besi gentian saja yang menampung beban. Almari fesyen terkini yang sungguh tidak berkualiti.

Inilah dia sebahagian sedulang barang-barang kesayangan saya yang bertukar menjadi kaca yang remuk. Macam mana hancurnya barang tersebut, begitulah hancurnya hati dan perasaan saya melihatnya.

Kesemua barang-barang yang terselamat diletakkan di atas meja. Namun tidak semua terselamat dengan baik, ada antaranya retak dan sumbing.


Jug antik yang baru dibeli di Taiping bersama kak nannie juga hancur musnah.

Cawan dan piring rosa juga musnah.
Rak almari daripada kaca hancur menjadi kaca-kaca kecil.

Begitulah dugaan yang terpaksa saya tempuhi apabila koleksi kesayangan saya hancur musnah. Nak menangis pun tidak berair mata. Seperti kata-kata ibu saya, alangkan manusia mati, inikan pula harta dunia yang tidak kekal. Betul kata ibu itu, mungkin itu semua pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati dan mungkin ada hikmah yang lebih baik disebalik yang berlaku. Kejadian yang berlaku ini juga menjadi iktibar kepada rakan-rakan semua supaya lebih berhati-hati meletakkan barang-barang didalam almari hiasan. Jangan terlalu sarat meletakkan barang-barang di dalam almari sehingga almari tersebut tidak dapat menampung beban. Periksalah almari anda sama ada ianya selamat atau tidak untuk menampung koleksi anda. Pesanan dari saya, almari antik yang di buat puluhan tahun dahulu 10 kali lebih baik berbanding dengan almari keluaran baru yang ada di pasaran kini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kak shas dan rakan-rakan di Memory Lane yang memberi kata-kata semangat buat saya. Saya akan buang barang-barang yang musnah tersebut jauh-jauh dan menganggapnya tidak pernah wujud dalam hidup saya.
Akhir kata, semoga kejadian buruk yang menimpa saya ini menjadi pengajaran buat semua supaya lebih berhati-hati terhadap almari perhiasan anda.

Monday, March 22, 2010

Set OC Merah For Sale

ITEM 1 : 1 TEKO -RM 70
ITEM 2 : 4 BIJI PIRING KUIH 7" - 4 NOS X RM8 = RM32
ITEM 3 : 5 BIJI PINGGAN KUAH/LAUK SAIZ 8" - 3 NOS X RM10 = RM30
(2 BIJI SUMBING KECIL- 2 NOS X RM6 = RM 12
ITEM 4 : 5 BIJI PINGGAN MAKAN SAIZ 10" - 5 NOS X RM12 = RM60
ITEM 5 : 2 BIJI MANGKUK SAMBAL - 2 NOS X RM7 = RM14
ITEM 6 : 2 BIJI MANGKUK NASI TAMBAH/GULAI SAIZ 10" - 2 NOS X RM25 = RM50

TOTAL : RM268

PERCUMA COURIER

JIKA BERMINAT HUBUNGI SAYA EZANY 0175606196. TQ.

Piring Kuih Peonies For Sale

PIRING KUIH BUNGA PEONIES
SAIZ 7"
SEBIJI RM9
BELI 6 BIJI RM50 TERMASUK POS
BELUM DIPAKAI, STOK LAMA.
ADA 4 BIJI SAHAJA LAGI

Saturday, March 20, 2010

Green Contra Tureen

Salam sejahtera di hari sabtu ini.
Pagi ni saya nak kongsikan tureen yang agak simple lagi comel ini iaitu Green Contra Tureen selaras dengan demam tureen contest yang dianjurkan oleh kak yatt.. Jom ramai-ramai kita sertainya...hehee...
Bercerita mengenai tureen ni, saiznya agak comel saja iaitu 5" mangkuk dan 6" tutup. Motif pada tureen ini ialah mempunyai bunga pada tutupnya seakan-akan bunga jepun dan mempunya kontra warna hijau pada bibir penutup dan bibir mangkuknya. Ok jom sama-sama kita layan gambar ni dari pelbagai sudut.........


Pandangan hadapan tureen...kontra warna hijau yang terserlah...ditambah bunga pada tutup tureen sebagai penyeri.

Pandangan motif bunga pada penutup tureen dengan lebih jelas...5 kuntum bunga dengan warna kuning,oren,merah samar dan biru...

Penutup apabila dibuka...saiznya yang agak kecil..

Pandangan dari atas tureen....


Sekian saja kisah tureen saya hari ini. Jumpa lagi di n3 akan datang. Selamat menjamu mata. bye...

Friday, March 19, 2010

Warna Warni Piring Dodol


Jika sebelum ini kak Yatt menceritakan mengenai warna warni kehidupan berkaitan dengan koleksi bekas kuihnya atau bekas bedak sejuk, harini saya nak berkongsi pula dengan warna warni piring dodol atau pun piring wajik.
Kesemua koleksi piring dodol atau wajik ini saya warisi daripada nenda saya dan digunakan oleh nenda ketika dulu sebagai piring wajik atau piring "lempuk durian" (salah satu makanan orang perak) ketika menyambut hari raya hari raya. Dalam koleksi piring dodol ini saya menpunyai 3 warna iaitu merah/pink, hijau, putih dan biru. Ok jom kita layan gambar


4 jenis warna pada piring dodol/wajik ini.



Warna Hijau

Warna Putih

Warna merah/pink

Warna biru

Ok sekian saja n3 simple dari saya hari ini. selamat menjamu mata.