Showing posts with label Rama-rama Jepun/Japanese Set. Show all posts
Showing posts with label Rama-rama Jepun/Japanese Set. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

Rama-rama Japan - Part II

Salam Maal Hijrah 1432H kepada seluruh umat Islam didunia...Semoga tahun baru 1432H ini memberi kebahagiaan dalam hidup kita dan sentiasa berada didalam keredhaa-Nya.

Hari ni cuma n3 simple dimana sebelum ni saya dah tunjuk set rama-rama Jepun ni, untuk lebih lanjut klik disini. N3 sebelum ni saya bercerita keinginan saya untuk mencari creamer jar nya, dah dikatakan rezeki, tak lama lepas tu kak khaty dari blog D'classic Shoppe, memberi maklumbalas yang cremar jarnya ada dijual di blognya. Tanpa berlengah masa, saya pun masuk lah meminang, maka dengan itu, lengkaplah koleksi rama-rama Jepun saya...hehehee


Creamer jar dari kak khaty.

Maka, lengkaplah koleksi rama-rama jepun dalam simpanan saya, sekadar hobi dimasa lapang dan pengubat duka..

Friday, July 16, 2010

Rama-rama Jepun

Salam di hari Jumaat, penghulu segala hari...

Hari ni tiba pula giliran si rama-rama jepun ni untuk menonjolkan diri.
Set ni saya dapat secara berasingan tetapi di tempat yang sama. Mula2 nyonya tu kata " mau ka cawan japan? tapi dalam cawan ada amoi punya gambar, tapi mahai sikit ooo.." saya pun suruh la si nyonya tu pergi ambil, dia pun pergi la korek kat loteng atas kedai dia. Skali terkeluar la 7 biji cawan ML rama-rama jepun ni dan 4 biji piringnya. Itu je yang jumpa kata nyonya tu. Saya pun bantailah ambil jugak. Ingatkan mahal sangat lah nyonya tu nak jual, sebaliknya tidak...hehehe...harga mampu milik oleh semua golongan...hehee..
Selang 3-4 hari, nyonya call, "itu teko japan set sudah jumpa, mari amik". Bukan amik je ye, kene bayar jugak...hehee...sesampainya saya ke kedai tu, memang seronok giler saya sebab sebiji teko aladin gemok dan sebiji sugar pot rama-rama jepun ada depan mata. Saya pun ambil la jugak walau harga yang ditawarkan jauh lebih mahal dari biasa. Dapatlah saya lengkapkan set rama-rama jepun ni. Sejujurnya, saya miliki set ini dengan harga yang murah, jika dikira, tidak sampai RM80 pun. Yang ada pada saya sebiji teko, 7 biji cawan ML, 4 biji piring cawan dan sebiji sugar pot. Yang perlu saya cari, 3 biji piring cawan, creamer jar dan piring kuih kalau ada. Sesiapa ada terjumpa set sebegini, contact saya ok.


Set rama-rama jepun yang saya ada dalam simpanan saya.

Teko aladin gemuk yang sungguh memikat hati...hehee

Sugar pot...

Cawan ML yang sangat cantik, tapi sayang piringnya tak cukup. Beberapa biji janda.


Close-up motif pada teko. 2 eko rama-rama dan tumbuhan. Walaupun motif corak yang simple tetai tetap menambat hati saya.

Geisha pada dalam cawan. Agaknye tak tenteram kot roh geisha tu...sume orang duk tayang je dia slalu...

Cop mohor pada bawah set ini.....imoto HHP...kalau tak silap cop begini berasal dari Jepun.


Sampai disini saja n3 saya kali ni....jumpa lagi...
Selamat Menjamu Mata