Showing posts with label bunga kangkung. Show all posts
Showing posts with label bunga kangkung. Show all posts

Friday, December 30, 2011

No Smooking Please

Walaupun saya bukan seorang perokok tapi ashtray bunga kangkung ni harus ada sebagai collector bunga kangkung...hehe...hanya sekadar hiasan pelengkap koleksi bukan untuk digunapakai...pesanan ibu sejak dari kecil supaya tidak sesekali merokok tetap terpahat dalam diri...insyaAllah..kedua2 nya dapat NOS lagi, best, berkilat. Terima kasih kepada mereka2 yang membantu saya mendapatkannya. Buat masa ni sekian lama mengumpul baru ada 2 jenis ni pun..hehe. Maaf kualiti gambar tidak memuaskan.


Bentuk segi 6...agak unik, jarang juga nak jumpa bentuk yang macam ni.

Bentuk bulat macam ni biasa kita tengok, cantik pada mata, hampir 3 tahun dalam simpanan saya.

Sekian n3 ringkas untuk malam ini. Selamat menjamu mata. Jumpa lagi di lain n3.

Thursday, December 29, 2011

Teko Siku Bunga Kangkung

Agak lama juga tidak bersiaran, selain tengah sibuk dengan urusan belajar, peperiksaan akhir semester yang bakal menjelma minggu depan sempat juga saya merehatkan minda ke Port Dickson, tempat dimana saya kerap menghabiskan cuti sekolah dizaman kanak2 dan awal remaja dulu. Sewaktu itu, pak long saya berkhidmat sebagai Pegawai Daerah disana. Akhir sekali ke sana tahun 1999, lama kan...sayu rasa hati pun ada, kerana di situ tersimpan 1001 kenangan dalam hidup saya. Zaman kanak2 banyak habis disana.
Tanpa berlengah saya kongsikan 2 biji teko siku bunga kangkung yang ada dalam simpanan. Awal2 berblog saya pernah n3kan teko siku ni tapi sebiji je.

Bentuk adalah serupa tapi motif bunga kangkung pada teko adalah berbeza dari segi, saiz dan warna.

Bunga kangkungnya kecil sedikit, warna lebih pekat.

Dan yang ini bunga kangkungnya lebih besar, penuh pada permukaan badan teko. warnanya pun seakan bunga lukisan.

sekian untuk tatapan kali ini, jumpa lagi dilain n3.

Friday, December 16, 2011

Lahabau Bunga Kangkung

Rasanya sejak berblog pasal antik ni, ada la kot sekali dua saya n3 pasal bunga kangkung ni. Sebenarnye yang membuat saya malas nak n3 pasal bunga kangkung ni sebab ada macam2 jenis, saya ni jenis suka n3 sekali banyak2, jadi bunga kangkung ni kan banyak, malas nak bawak keluar banyak2...arrgghhhh alasan je la tu zany ooiiii....hahhaha...malas pun satu iye sebab kalau boleh nak buat pasal kangkung je. Insyaallah sikit2 saya akan n3 kan koleksi kangkung mana yang ada. Yang ni saya n3 kan set cawan mulut lahabau....nampak macam tak sopan kan tapi ramai yang panggil cawan mulut besar gedabak ni jenis lahabau...hehhee..

Sekali mata saya melihat terus jatuh cinta pada cawan jenis ni, tambah2 lagi bunga kangkung, dengan motif bunganya yang besar, terang, tanpa pikir panjang, terus beli, walau harga agak tinggi juga. Boleh lah digandingkan dengan teko mrs pot yang dah 2 tahun saya dapat ni.

dapat cawan ni 10 set, sharing is caring, saya share pada seorang kakak 5 set lagi..cukup la 5 set buat koleksi saya...

Inilah rupa dia cawan mulut lahabau bunga kangkung..saiz yang amat besar, bunganya pun terang, besar...selain bunga kangkung, saya ada cawan bentuk macam ni corak pink & yellow roses, baru2 ni saya ada n3. Piring alas cawannya pun besar dari piring biasa, dah macam piring kuih je..huhu

Entah kenapa hati girang tak terkata bila lihat set ni depan mata sampai sekarang. Oppss...pada pengunjung blog, mesti ada yang terkejut tgk blog saya dah berubah, mesti ada yang ingat silap masuk blog..hehhee...sebenarnya background je berubah, entah kenapa, sebelum ni background hilang, saya main godek2 tetibe tertukar seperti yang sediaada ni....bolehlah sesekali tukar pulak, asik yang sama jemu jugak..hehe...Ok merapu je banyak malam ni, mentang2 assignment dah siap...hehe...selamat menjamu mata...

Wednesday, July 28, 2010

Koleksi Mug Antik

Salam sejahtera semua.
Hari ni saya nak kongsi pula koleksi mug bertutup lama yang ada dalam simpanan saya. Sebelum ni kak yatt, kak aton pun pernah buat n3 khas untuk mug bertutup antik/lama ni dan ada juga blogger lain yang pernah buat n3 mengenai mug bertutup ini. Dalam koleksi saya tak ada lah banyak sangat, yang ada cumalah 6 biji mug bertutup yang berlainan corak dan bunga. Saya dapat di merata-rata tempat, kedai antik, barter, kedai 2nd, dan memory lane, dari yang semurah-murah harga sampailah yang semahal-mahal harga. hehee
ok jom sama-sama kita layan gambar kat bawah.....

Barisan kehormat koleksi mug bertutup antik saya. Mug VCR, Wild Roses, Bunga Kangkung, Buluh Emas, dan White Sakura yang mempunyai corak berbeza.

Mug Wild Roses hasil barter saya dengan kak yatt. Bentuknya memang cantik.

Yang ni merupakan mug yang paling saya suka. Mug VCR yang saya dapat tergolek di kedai recycle@kedai 2nd. Harganya pun RM1 je....jangan terkejut...klu RM1 nak beli kacang putih pun tak lepas kan....hahahhaa. tapi itu dulu, kalau sekarang pergi di kedai recycle@kedai 2nd tu lagi, pinggan mangkuk antik, jangan tanya harga, memang melambung tinggi. Dorang pun dah tau nilainya.

Mug Bunga Kangkung yang paling mahal saya dapat iaitu di kedai antik. Masa tu dah excited sangat, tanpa fikir panjang terus beli. Lepas dari tu saya tengok kat Memory Lane, Blog dan kedai antik yang lain, memang jauh lebih murah....rasa nyesal lak..hehee...tapi apepun yang penting hati tetap puas milikinya....

Yang special nya mug bunga kangkung ni adalah pada penutupnya terdapat juga corak bunga kangkung....susah nak dapat penutup yang mempunyai bunga diatasnya.

Ini pula mug buluh emas yang saya dapat di Memory Lane baru-baru ini. Harga yang ditawarkan pun mampu milik, apa lagi, rembat je la....

Dan yang ini, 2 biji mug white sakura yang mempunyai corak bunga sakura yang berbeza antara satu sama lain. Cuba perhatikan, pasti akan jumpa perbezaan corak keduanya walau sekali imbas nampak sama.

Juga terdapat corak bunga pada kedua penutupnya. Corak pada penutup juga berbeza antara satu sama lain.

1st mug...bunga sakura putih yang amat cantik pada mata saya.

2nd mug...coraknya bunganya lebih sarat berbanding di atas.


Sekian saja n3 saya pada kali ini. Jumpa lagi di n3 akan datang.
Selamat Menjamu Mata

Thursday, January 14, 2010

BUNGA KANGKUNG - PART II

Salam sejahtera semua..n3 harini saya nak bercerita mengenai koleksi teko bunga kangkung. Dah lama rasanya nak buat n3 bunga kangkung ni kesinambungan untuk part I yang lepas tapi masih tak da kesempatan..Ok lah bercerita mengenai bunga kangkung ni, sudah tentulah ramai bloger2 yang lain dah buat n3 mengenaninya....tapi takpe la, untuk mengabadikan koleksi saya ni, saya gagahkan untuk buat jugak. Dalam koleksi teko bunga kangkung ni, saya cuma ada 6 jenis shape teko yang berlainan.. Ok jom kite tengok...


Yang ni teko kangkung jenis shape 'pear', iaitu tubuhnya yang menyerupai sebiji buah pear..lawa jugalah..heheheee

Yang ini pulak teko aladin bunga kangkung, yang paling saya suka skali..kerana bentuk dan bunganya amat menyerlah sekali...teko ni merupakan warisan keluarga sejak dari nenek saya lagi, walau bagaimanapun pada zaman dulu pun jarang dipakai, hanya dibuat perhiasan almari saja, so masih nampak baru.


Yang ni teko bunga kangkung jenis teh cina..unik jugak..kaum cina minum teh guna teko jenis ni kot, tak pun jenis bulat. Yang ni dah lama saya dapat kat ML, lebih kurang 7 tahun lepas..


Yang ni pula teko bunga kangkung shape kuat menyiku atau 3 segi..bentuknya pun saya suka sebab nampak unik dan klasik. Teko hasil barter dengan makcik zaiton loken (ML)..
thanks ye cik...


Yang ni pula, macam biasalah teko bulat bunga kangkung..tapi ingin saya berkongsi dengan semua pembaca iaitu teko bulat bunga kangkung original dan keluaran baru...kalau keluaran baru, bunganya kecik sedikit dengan yang lama dan warna keluaran baru agak pudar. yang dibawah ni merupakan yang betul2 original iaitu tinggalan nenek saya dibeli sekitar awal 50an. kebanyakan yang senang kita jumpa di kedai apek adalah keluaran baru..anda boleh bezakan gambar di bawah dengan gambar yang akhir sekali. Itulah sedikit tips dan informasi dari saya.



Dan akhir skali teko bulat bunga kangkung yang biasa kita lihat..yang depan mini tu merupakan set lama dan 2 biji dibelakang tu adalah keluaran baru. Anda boleh perhatikan dan bezakan keluaran lama dan baru dengan gambar di atas..memang ada kelainan..


Oklah sampai disini saja, jumpa lagi dengan n3 cawan kangkung pulak..bye...


Wednesday, December 16, 2009

bunga kangkung - Part I





Hai...ni merupakan n3 pertama saya mengenai pinggan mangkuk antik ni...sebagai n3 pertama, sy bagi peluang kepada 'raja' segala pinggan mangkuk antik iaitu bunga kangkung. Tak sah kalau setiap collector tak da koleksi bunga kangkung ni kan..pasal tu la saya panggil die raja segala pinggan mangkuk antik, sebab semua collector mesti ada koleksi ni..
Ok lah selamat menjamu mata dan nantikan n3 bunga kangkung yang selanjutnye...