Showing posts with label Sunshine - England. Show all posts
Showing posts with label Sunshine - England. Show all posts

Friday, August 5, 2016

FOR SALE : J&G MEAKIN SUNFLOWER, PINEAPPLE PATTERN

MADE IN ENGLAND
CONDITION CANTIK DAN BERSIH
HARGA :
TUREEN 1 BIJI = RM-SOLD
GRAVY BOAT 1 BIJI = RM-SOLD
(ADA SEDIKIT CIP PADANG MUNCUNG GRAVY BOAT, RUJUK GAMBAR)
PINGGAN MAKAN LEPER 10", 2 BIJI = RM-SOLD
PINGGAN KUIH LEPER 8", 2 BIJI = RM-SOLD
PINGGAN LAUK MUNGKUM 9", 4 BIJI = RM-SOLD

JIKA AMBIL SEMUA SEPERTI DIATAS HARGA PROMOSI RM-SOLD
TIDAK TERMASUK POS

ALL ITEM SOLD OUT

BOOKING 3 HARI
MINAT, SMS/WHATSAPP 0175606196






Tuesday, February 28, 2012

Sunshine Bunga Raya

Tengah2 malam yang sepi ni, mata tak mahu nak ditutup...apa kata kita cuci2 mata dulu dengan set sunshine bunga raya ni. Set sunshine ni bermotifkan bunga raya jika diperhatikan, sangat menarik pada pandangan mata saya, ditambah dengan kombinasi warna yang menarik dan terang. Pada mula saya mendapatkan set ni sangat2 teruja, sementa set2 meakin sunshine ni susah nak dapat sekarang. Ini pun bersyukur dapat sekali 4 pasang cawan dan sebiji teko, kemudian disusuli sebiji piring kuih. Bukan senang nak dapat sekali teko dan cawan walau tak lengkap.


Tekonya memang menawan mata yang melihat, motif bunga raya juga sangat menarikdengan warna yang ceria. saya dapat pun dalam kondisi yang sangat cantik.

4 pasang cawan yang saya ada, jika berpeluang ingin menambah lagi 2 pasang cawan untuk lengkapkan 6 pasang.

Juga terdapat motif bunga raya pada bahagian dalam cawan...bunga yang penuh...sangat2 cantik


Sebiji piring kuih barter dengan kak ikin di FB.

Masih berharap agar dapat lagi 2 pasang cawan, creamer jar, sugar bowl, tureen dan 5 biji piring kuih lagi untuk melengkapkan set ini....jika dapat lengkapkan dinnerset pun bagus. Sesiapa yang ada item2 yang saya sebut, kalau nak jual bolehlah roger2 saya ye.

Sekian, jumpa lagi di lain n3....selamat menjamu mata...

Friday, July 8, 2011

J&G Meakin Sunshine Cornflower


Tak ada apa yang ingin diceritakan melainkan berkongsi creamer dan gravy boat J&G Meakin Sunshine Cornflower ini....yang ada cumalah ini saja.....masih ingin mencari anak2nya yang lain. Mood mengarang tak da...layanlah gambar2....jumpa lagi di lain n3...




Thursday, April 1, 2010

In Memory.......My Royal Sunshine .....

Salam sejahtera semua...

Kebelakangan ni saya jarang sekali membuat n3 berkenaan koleksi saya oleh kerana penyakit 'm' melanda, nak membalas komen pun malas jugak, lagipun mood masih kurang lagi asik teringatkan tragedi yang berlaku je...
apepun, hari ni saya cuba buat n3 baru untuk tidak menyepikan blog saya ni.

Saya cuma nak kongsikan set sunshine saya yang musnah masa almari runtuh hari tu. Set tu pun saya dapat dari kaum kerabat keluarga saya jugak. Belek punya belek kat folder dalam PC terjumpalah saya 3 keping gambar set sunshine saya yang hancur pecah tu. Gambar tu saya ambil lebih kurang 2 bulan sudah masa mula-mula saya dapat set sunshine tu saya simpan dalam almari dan saya pun bersemangat lah nak tangkap gambarnya, tapi masa tu creamer dia saya tak jumpa lagi. Jadilah ada gambar untuk kenang-kenangan buat saya dan keluarga sebagai tanda suatu ketika dulu saya ada set ni dengan sempurna. Dalam insiden almari runtuh hari tu set sunshine ni lah yang betul-betul hancur pecah berkecai. Ada lah sebiji dua yang pecah tak terlalu teruk. Kat bontot set ni ada tertera cop mohor "royal sunshine". Ok lah jom lah sama-sama kita tengok 3 keping gambar yang sempat saya ambil......


Inilah die set royal sunshine saya yang hancur musnah sekaligus memusnahkan hati saya. Saya dapat set ni dengan cukup sifat hampir lengkap iaitu teko, 6 pasang cawan, tureen, pinggan kuah, pinggan makan dengan cukup bersih tiada sebarang kesan retak seribu...itulah yang membuatkan saya rasa terkilan. Pinggan bujur bersaiz besar itu pula bunganya lain, saja saya padankan tetapi masih dalam keluarga sunshine juga. Selang tak lama dari tu barulah saya dapat creamer jar daripada abang ismail. Dapat-dapat je dari abang ismail terus saya letak dalam almari, esoknya almari tu pun runtuh, aduhhhh sedihnye...

Yang ni pula gambar tureen....tureen ni nasibnya baik sebab mangkuknya tak pecah, cuma sumbing saja, tetapi penutupnya berkecai...

Inilah gambar keadaan dalam almari tu. Tapi gambar ni saya ambil 2 bulan sudah sebelum saya punggah semua barang-barang dalam tu bawak keluar dan saya letakkan set celeste, rosa dan sunshine serta satu dua tureen dan teko.


Apa yang terjadi pada saya, saya redha dengan ketentuan dari Tuhan yang Esa. Segala yang terjadi menjadi pengajaran buat saya dan menjadikan saya lebih sabar.....alhamdulillah, berkat daripada kata-kata semangat daripada rakan-rakan sekelian memang banyak hikmah yang saya terima selepas peristiwa itu...biarlah saya saja yang tahu...juga tak lupa juga penghargaan saya buat kak rodziah, kak nor aziah, kak lia, kak zie, kak sali, kak ju dan tak lupa abang wan penang yang sanggup telefon saya sebaik membaca n3 tersebut. Saya hargai semua kata-kata semangat dan simpati dari kalian...sekian saya, jumpa lagi...