Showing posts with label Teko Kotak. Show all posts
Showing posts with label Teko Kotak. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Kekotak Lagi

Lagi pasal teko kotak....jangan jemu ye...tengah ada gambar dalam folder, buat je lah n3..hehe... nanti 2 hari cuti berblog, esok dah nak ke K.L. dah mula semester baru...pejam celik dah semester 5...alhamdulillah....tapi dah lama cuti ni rasa malas-malas je nak masuk kelas balik. Teko kotak ni beli sekali dengan teko kotak n3 yang lepas. beli sekali 2 lagi...hehe...tapi harga yang ditawarkan mampu milik, beli je lah dah ada peluang. motif pada teko biasa-biasa je, bunga yang ringkas tapi pada mata saya tetap cantik selagi ianya teko kotak. Kalau diperhatikan bunga pada teko mirip bunga kekwa...tak tahu lah betul ke tak kan. Emm...projek menghabiskan duit semakin lama semakin membiak, satu-satu, sekarang berjangkit pada teko kotak pulak. tapi ada aku kesah? duit aku suka hati aku la nak beli ape....asalkan hati gumbira...kan kan....hahahha..
Oklah lah nanti makin lama makin merapu malam-malam ni, layanlah gambar-gambar kat bawah ye, selamat menjamu mata....



Thursday, March 1, 2012

Teko Kotak Seterusnya...

Selagi ada mood nak berblog selagi tu la n3 apa-apa yang patut. Yang ni teko kotak pulak, senang nak tangkap gambar tak perlua bawa keluar segala alah. Teko kotak ni dah lama dapat dari adik Tasha di Negeri Sembilan. Kondisi memang mantoppp....cantik sangat berkilat-kilat macam baru...hehe. Motif bunga pada teko biasa-biasa je tapi tetap menarik pada saya selagi mana namanya teko kotak. Tak tau la bunga apa pada teko tu.,..jenuh jugak la perhatikan, tapi tak dapat tangkap bunga apa...macam bunga geometri ada jugak...hehe...ok lah, modal nak bercerita kurang, layanlah gambar-gambar di bawah ye....selamat menjamu mata, jumpa lagi dilain n3..



Tuesday, February 14, 2012

Teko Kotak Periuk Kera

Lama sangat rasanya tak berkongsi koleksi peribadi. sejak beberapa minggu ni mood nak berblog kurang, malas je rasa, tambah2 pulak dengan kamera rosak, memang tak menjadi la kerja, berblog ni, gajet utama mesti ada kamera kan, kalau tak, tak menarik la n3, tambah2 kalau berblog pasal hobi ni. Kita jamu mata dengan koleksi 2 biji teko kotak periuk kera yang saya ada dalam simpanan....memang habis duit membeli 2 biji teko kotak ni...tapi apa boleh buat, ada bajet, minat, tak salah membeli. Kalau duk kedekut tak nak keluar duit sikit dengan hobi sendiri, memang tak menjadi la hobinya kan.

Jika diperhatikan pada 2 biji teko kotak ni, memang sama bunganya tapi rekaletak motifnya berlainan...mendatar dan menegak.

Apa yang menarik jenis motif periuk kera ni penuh dan cantik. perhatikan antara 2 teko kotak ni, bunga sama tapi satu menegak dan satu mendatar.

bunga menegak...yang ni cantik....nampak penuh sangat. gold line pun tebal bahagian atas.


yang ni mendatar tapi tetap cantik, nampak penuh juga bunganya.

pandangan belakang kedua dua teko. pun berlainan....


sekian saja buat tatapan kali ini, semoga berjumpa dilain n3

Thursday, January 12, 2012

Teko Kotak Bunga Meriah

Seperti yang saya katakan dalam entry saya sebelum2 ni minat saya makin tertumpu pada teko kotak. Akan tetapi, memandangkan teko kotak semakin susah nak didapati, ditambah dengan harga pasaran yang tinggi, cukuplah sekadar mana yang termampu saja, ada bajet boleh beli....hehehe..tapi kalau dah minat tu, mahal macam mana pun tetap akan beli, macam yang kat bawah ni. Harga nak kata tinggi sangat tu tak da la tapi telan air liur jugalah. Jauh datang ya dari Negeri Sembilan, dapat pun 2 bulan yang lepas. Meriahnya bunga pada kotak ni, meriah juga hati saya bila dapat teko ni, cantik pada mata saya. Ok, sekian saja, hanya gambar dibawah akan menceritakan segalanya....


Thursday, November 17, 2011

Lambaian Nyiur




N3 ringkas untuk hari ni...teko kotak bermotifkan lambaian pokok nyiur dan rumah ditepi pantai. Siap dengan kapal nak berlabuh lagi..hehe...bagi saya, saya lebih tertarik pada teko kotak seperti gambar pemandangan flora dan fauna berbanding hanya motif bunga-bungaan. memang tak dinafikan motif bunga-bungaan sangat cantik, tapi saya tetap tertarik pada motif2 sebegini, nampak lebih klasik. Motifnya pun saya rasa lukisan tangan, cube perhatikan. Teko ni lama dah dapat, baru kesempatan utk di n3 kan...sekian saja untuk kali ini.

Friday, June 24, 2011

Teko Kotak Burung

Salam sejahtera semua..
Hari ni dikongsikan lagi satu lagi teko kotak yang bermotifkan burung, menarik pada pandangan mata dan nampak keantikannya. Teko ni dah lama dapat, pertengahan tahun lepas lagi, hari ni baru berkesempatan menonjol diri. Idea dan mood mengarang tak ada...jadi, layanlah gambar2 di bawah ye...jumpa lagi di lain n3...





Wednesday, June 22, 2011

Lagi Koleksi Teko Kotak

Selamat awal pagi yang sepi...mata tak boleh nak terlelap, jadilah updatelah blog. Bagi tak membosankan pembaca semua, saya kongsikan satu lagi koleksi teko kotak saya. Oleh kerana kebanyakan set2 koleksi pinggan mangkuk lama saya dah dilengkapi, sekarang ni pula saya dah gila kepada teko kotak. Alhamdulilah semakin hari semakin ada penambahan.
Teko kotak kali ni merupakan dari Cik Tasha Antik, nun jauh di Negeri Sembilan. Buat masa ni, Cik Tasha jugalah yang banyak membantu saya mencari teko kotak ni. Harganya pun amat berbaloi. Menariknya pada teko kotak ini adalah pada motifnya yang sarat dengan bunga dan motif pemandangan, nampak keantikannya. Hanya gambar yang dapat menceritakan segalanya...jom layan gambar dibawah...maaf, kualiti gambar tak memuaskan, kamera semakin uzur...


bahagian hadapan teko

motif yang sarat pada badan teko, cantik tak? hehe

Bahagian belakang teko, motif yang simple

Sekian saja untuk tatapan kali ini...jumpa lagi dilain entri.

Friday, May 13, 2011

Koleksi Bunga Poppy

Tiba2 mood nak buat n3 datang tengah2 malam ni..dalam tengah2 study, sempat juga nak buat n3 tapi kemalasan melanda untuk susun2 pinggan mangkuk yang nak ditangkap gambar. Jadi, dengan mood nak buat n3 yang ada ni, degabungkan dengan mood nak tangkap gambar tak ada, saya pilih mana2 koleksi yang seciput. Senang, tak payah nak bawak keluar, susun banyak2...hehe.. Apa yang boleh dikongsikan adalah koleksi bunga poppy ni yang saya rasa dah banyak blogger2 buat n3 mengenainya. Saya ada 3 item ni je, tapi belasah la, nak jugak buat n3....hahaha. Asalkan blog di update.


Yang ni teko kotak...memang saya cari2 dari dulu, alhamdulillah ada juga ruang rezeki saya untuk milikinya...


Teko mini ni dah lama dapat dari Man Kampar...2 tahun yang lepas...kesian dia...tak da kawan, akhirnya dapat kawan dengan cik tak.


Dan ini pinggan makan mungkum 10" hasil korek2 saya di rumah moyang saya 5 tahun lepas...sebijik je pun..jadi la...


Sekian saja untuk tatapan kali ini, kalau ada penambahan koleksi, saya akan update dari masa ke semasa. Jumpa lagi....

Wednesday, November 10, 2010

Idamanku Sejak Dulu Lagi

Teko kotak white sakura ni memang menjadi idaman saya untuk milikinya sejak dari awal saya berblog lagi. Pertama kali saya tengok di blog salah seorang blogger tapi saya dah lupa dari blog mana. Sejak tu, semangat saya berkobar2 untuk dapatkan teko kotak jenis white sakura ni. Sampai la satu masa kak nyna dari blog anak manja abah beritahu pada saya yang rakannya ada nak jual teko ni. Apa lagi, bagai mengantok disorong bantal, tanpa pikir panjang saya rembat. dah lama beli, tapi baru2 selepas raya saya ambil dari kak nyna. Tak lama lepas tu saya dapat teko white sakura ni dari blog eis antique pulak, tapi tak da tutup. Tutupnya saya beli dari tasha. Entah kenapa, dalam banyak2 teko kotak, saya paling suke jenis white sakura ni, cantik pada mata saya.

2 biji teko kotak white sakura dalam koleksi saya, keduanya mempunyai corak yg belainan, warna oren pada teko pun lain, ada yg terang dan ada yang lebih 'slow' orennya.

Teko kotak hasil pertolongan kak nyna, saya gandingkan dengan cawan ML white sakura.

Teko dari eis antique, bersama cawan bujang yang juga dari eis antique....cawan bujang tersebut meupakan item pertama saya beli dengan eis antique.

Teko kotak dari eis antique....warna oren lebih terang.

Teko kotak hasil pertolongan kak nyna....warna lebih slow, memang cantik, masa mula2 dapat membuat saya tersenyum...hehehe

Nantikan n3 susulan saya mengenai white sakura, jumpa lagi....