Showing posts with label Pokok Kelapa. Show all posts
Showing posts with label Pokok Kelapa. Show all posts

Friday, August 19, 2016

FOR SALE : TEKO POKOK KELAPA

MOTIF POKOK KELAPA INI MERUPAKAN ANTARA PINGGAN MANGKUK LAMA YANG ITEM-ITEMNYA SUKAR UNTUK DI DAPATI

SAIZ TEKO YANG BESAR, WARNA DASAR KUNING DAN BERMOTIF PEMANDANGAN POKOK KELAPA

CONDITION CANTIK
RM SATU TAK TERMASUK POS

SOLD

BOOKING 3 HARI
BERMINAT, WHATSAPP/SMS 0175606196

Friday, October 29, 2010

Kelapaku Nan Seciput

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya.
Hari ni saya sajikan koleksi yang memang dah lama menjadi idaman saya, tak tau la kenapa dari dulu saya suka sangat dengan set pokok kelapa ni. Alhamdulillah, bermula dari sebiji creamer dan piring mungkum kecil, koleksi pokok kelapa saya beranak pinak ke teko dan 4 biji cawan. Yang lain2 masih lagi mencari kalau ada rezeki nak dapat...hehee...Kalau dapat tureen die, alangkah indahnye dunia ini...hehehe..
Ok tanpa membuang masa, jom lihat gambar di bawah...


Set pokok kelapa yang ada dalam koleksi saya, sebiji teko, 4 biji cawan tanpa piring, sebiji creamer dan sebiji mangkuk kecil.

Teko yang gebu, menjadi idaman saya sejak dulu lagi..akhirnya dapat juga dengan harga yang berbaloi...hehe.

Penutup teko yang juga mempunyai motif pokok kelapa.

Creamer jar.

Mangkuk kecil, magkuk bubur kot.

4 biji cawan dari Memory Lane tanpa piring. Sesiapa ada piring nak dijual roger2 lah ye.

Sekian saja, jumpa lagi di lain n3...

Monday, March 15, 2010

Lambaian Senja Permai....

Salam sejahtera...
Petang ini saya cuma nak berkongsi koleksi yang serba ringkas saja dek kerana anak2 nya yang tidak mencukupi...mungkin set ini tidak menarik perhatian ramai tetapi satu keistimewaan pada diri saya.
Ini kerana saya amat meminati set2 yang berunsur pemandangan seperti koleksi "lambaian senja permai" ini. Iaitu gambar yang tertera pada set ini menggambarkan sebuah perkampungan yang berlatarbelakangkan gunung-ganang, tumbuhan yang menghijau dengan lambaian pokok kelapa dan burung2 yang bebas berterbangan. Latar belakang set ini yang berwarna oren berkilau dan awan berwarna oren menggambarkan perkampungan ini di waktu senja yang amat permai jauh dari segala kesibukan. Set ini saya cuma dapat teko, sugar pot dan 5 biji piring kuih dari anip kampar. Kat mana la agaknya nak dapat cawan2 nya ye....
Ok jom sama2 kita layan gambar.....


5 biji piring kuih...tetap menawan...

Teko bulat yang indah dengan pemandangan kampung di waktu senja...

Sugar pot bersaiz agak besar...

Gambar pemandangan pada pinggan. Jika diperhatikan, gambar2 tersebut adalah di lukis dengan tangan kerana ada lukisan yang tidak begitu sama, di situlah terletaknya nilai pada set ini.