Mood nak berblog kurang, saya sajikan set cawan mulut besar yang sangat besar ni buat santapan mata...sebelum ni sy pernah n3 pasal pink & yellow roses ni dalam beberapa n3, boleh klik disini. Sekian saja,n3 ringkas untuk malam ini, selamat menjamu mata.
Showing posts with label Pink Yellow Roses. Show all posts
Showing posts with label Pink Yellow Roses. Show all posts
Tuesday, December 13, 2011
Pink & Yellow Roses Part IV
Mood nak berblog kurang, saya sajikan set cawan mulut besar yang sangat besar ni buat santapan mata...sebelum ni sy pernah n3 pasal pink & yellow roses ni dalam beberapa n3, boleh klik disini. Sekian saja,n3 ringkas untuk malam ini, selamat menjamu mata.
Thursday, December 2, 2010
Pink & Yellow Roses Part III - Dari Melaka, Kedah ke Perak
Salam sejahtera semua...
Hari ni, n3 untuk kesinambungan koleksi Pink & Yellow Roses saya yang lepas2...kalau ada pembaca2 yang dah tengok kat account Facebook antik saya, apa kata kita cuci mata disini sekali lagi...Antara penambahan koleksi Pink & Yellow saya ialah cawan bentuk berpinggang, cawan shape A, mangkuk jeluk dan bekas kaki lilin. Jom kita layan gambar2 dibawah. Bagi yang terlepas n3 saya sebelum ni, bolehlah klik ke label Pink & Yeloow Roses.

Sekian saja untuk hari ini...jumpa lagi.

Semua koleksi Pink & Yellow Roses yang ada.
6 set cawan jenis berpinggang, hasil buruan dari kak nita pastimes, jauh datangnya dari Melaka.
Bentuk cawan yang sungguh cantik.
Cawan bentuk A atau V...juga dari kak nita pastimes....setelah digeledah semula, rupe2nya ada 6 set...saya ingatkan 4 set saja tapi tak berkesempatan untuk bergambar disini. Bungkusan dari kak nita memang memuaskan dan terbaik, tapi 2 biji cawan pecah dalam perjalanan dek keganasan pihak kurier...kak nita dengan baik hatinya menggantikan semula 2 biji cawan ni...thanks kak.
cawan bentuk A atau V.
Dan yang ini mangkuk jeluk saiz 7".
Bekas kaki lilin titipan dari kak shanna, salah seorang peminat antik juga...bersusah payah kak shanna dari kedah menyinggah ke Gopeng untuk bagi bekas kaki lilin ni....thanks kak.
Sempat bergambar bersama kak shanna sebagai kenang-kenagan di Exit Gopeng....
Sekian saja untuk hari ini...jumpa lagi.
Tuesday, April 13, 2010
Pink Yellow Roses Part II
N3 kali ni merupakan kesinambungan n3 saya yang lepas iaitu set Pink and Yellow Roses ni. Ia merupakan sedikit penambahan kepada koleksi Pink & Yellow Roses. Anda boleh klik disini untuk melihat n3 koleksi pink & yellow roses saya yang lepas. Apa yang nak saya kongsikan kali ni adalah teko shape yang agak tirus ke bawah Antara blogger yang ada teko serupa ini ialah Kak Shas dan Kak Yatt. Dan yang terbaru, Kak Rohas berjaya membida teko yang serupa daripada saya..hehe..Selain itu saya juga telah berjaya untuk memburu set cawan mulut lebar dan 2 biji mangkuk jeluk kecil. Ok jom sama-sama kita layan gambar....
Teko shape tirus ke bawah bersama set cawan mulut lebar..

Teko shape tirus ke bawah bersama set cawan mulut lebar..
Pandangan lebih jelas lagi teko ini...bentuknya yang montok dan tirus ke bawah...saiznya juga amat besar. Sesuai untuk menjamu 6 orang minum.
6 set cawan mulut lebar yang saya beli dari abang k-rol dan 1 set daripada mak cik zaiton. Walaupun dalam kategori mulut lebar tetapi bentuknya agak berlainan sedikit dengan yang saya beli dari mak cik zaiton.
2 set cawan mulut lebar yang berlainan bentuk...cuba perhatikan...di sebelah kiri saya beli dengan cik tun manakala sebelah kanan dari abang k-rol.
Jenis kedua
2 biji mangkuk jeluk yang amat kecil. Saiznya hanya 2.5".
Akhirnya bersatulah kesemua koleksi Pink & Yellow Roses saya. Selamat menjamu mata..
Wednesday, February 10, 2010
MY PINK YELLOW ROSES
Harini barulah dapat saya buat n3 pinggan mangkuk ni, kalau tak, dah rupe kedai apek ataupun fleamarket blog saya ni...hahahaa...
Walaupun harini busy dengan kerja, tapi saya gagahkan jugak buat n3 pink yellow roses yang hanya ada sedikit saja dalam simpanan saya dan merupakan antara koleksi terawal saya.
Dulu masa mula2 beli teko bulat pink yellow ni saya memang cukup tak bekenan dan nyaris nak bagi kat orang je, lepas saya tengok kawan2 buat n3 pink yellow ni terus saya terpikat dan kumpul sedikit demi sedikit. Hajat di hati nak cari cawan2 nya tapi tak jumpa2 jugak...menyesal pulak tak beli kat mak cik zaiton hujung tahun lepas..hehehe... Koleksi pink yellow ni saya cuma ada sebiji pinggan bujur, 2 biji pinggan mungkum saiz sederhana, sebiji teko bulat, sebiji teko bulat berlekuk, sebiji mangkuk bubur, 2 biji cawan bujang kopitiam, sebiji cawan bujang bulat dan sebiji cawan maharani dan cawan2 nye semua tak berpiring. Ok lah, modal dan mood nak mengarang dah tak da, so ape kata kite layan gambar di bawah ramai2...hahahaa
Oklah sampai sini je..jumpa lagi di n3 akan datang........
Subscribe to:
Posts (Atom)