Showing posts with label Tureen. Show all posts
Showing posts with label Tureen. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Tureen Carnation Biru

Sukanya saya membuat entry tureen, teko2 single dan sebagainya, kerana senang nak snap gambar. Tak perlu bawa anak beranak keluar masuk kotak atau almari..hehe. ditambah lagi obses saya pada tureen tak henti2 selagi ada yang berkenan dimata. Kalau set2 jenis teaset dan sebagainya, kena cari2 dalam kotak, susun2 untuk snap gambar tapi kalau tureen dah tentu sebiji tu je...Tunggu ada masa, kerajinan lebih sikit baru kita kongsikan set2 lain pulak.
Hari ni cuci mata dengan tureen carnation biru ni. kalau perhatikan bunganya seakan bunga carnation dengan bunga ros. Masa dapat tureen ni agak teruja juga sebab saya belum ada tureen bermotifkan warna biru. Rembatan dari Paklang Antik di Loken sememangnya berbaloi sekali. Harga ditawarkan sangat2 berbaloi, lebih kurang sama dengan harga 2 pasang cawan saja. Tambah2 saiznya agak gedabak, 10".
Sekian untuk tatapan kali ini, selamat menjamu mata...




Thursday, January 5, 2012

Koleksi Tureen Lagi

Dalam n3 terdahulu saya pernah tunjukkan tureen yang sama motif begini tapi berbentuk bujur, boleh klik disini. Kini, tiba giliran si bulat pulak. Saiz agak besar iaitu 8.5" mangkuk, 9" tutup. Motif bunga ros pelbagai warna yang menarik. Mood mengarang tak da, jadi biarlah gambar2 dibawah menceritakan segalanya.





sekian saja untuk tatapan kali ini. selamat menjamu mata.

Friday, December 9, 2011

Tureen Dah Berkawan

Bab tajuk merapu no. 1 kan..tureen berkawan lah, apa lah...hahaha.. yang sebenarnya tureen yang sama saya dapat lagi 1 tapi lain2 saiz...jadi tureen yang saya pernah n3 kan disini satu masa dulu ada la temannya....hehe...yang baru dapat ni saiz 8" dan yang dah ada tu 9". Kalau tengok motifnya macam ringkas je bunga2nya tapi tetap cantik dan menarik pada pandangan mata saya. Rezeki saya nak dapat tureen yang sama..nasib baik lain2 saiz, kalau tak, dah kene letgo.....hahaha...ok layanlah gambar2 ye...nak masuk tido dulu...


Thursday, October 27, 2011

Bunga Bungaan Tureen

Tengah2 malam ni terasa macam rajin pulak nak meng'update' blog tapi idea mengarang tak da..hehe.. lama tak share pasal tureen kan. Kali ni saya n3 satu lagi koleksi tureen saya. Tureen ni agak besar juga, lebih kurang saiz 9". Kalau jenis bentuk2 macam ni, biasanya dari Japan. Yang membuat saya tertarik pada tureen ni adalah kombinasi bunganya. terdapat 2 jenis kombinasi bunga yang berlainan dengan warna2 bunga yang menarik. memang cantik kalau dilihat secara realiti.

Tureen jenis berkaki...bentuknya cantik, ada beberapa biji tureen sebegini dalam simpanan saya.

Pandangan tureen dari atas, cantik pada pandangan mata saya. bunganya penuh dan pelbagai dengan warna warni.

salah satu kombinasi bunga. memang cantik

lagi satu kombinasi bunga. yang ni pada saya lagi cantik. kan?


sekian saja coretan saya untuk kali ini. jumpa lagi di lain n3.

Friday, September 23, 2011

Lagi Koleksi Tureen





Salam sejahtera kepada semua pembaca....lama rasanya tak buat n3 koleksi pinggan mangkuk sendiri. Saya sajikan lagi koleksi tureen saya untuk semua. Dah lama beli tapi baru saja ambil dari penjualnya. Tureen ni agak besar, 9" dan bermotifkan bunga bungaan. sangat cantik pada pandangan mata saya, condition pun memuaskan. Idea nak mengarang kurang, layan gambar2 diatas ye...jumpa lain di lain n3....

Tuesday, March 29, 2011

Tureen Periuk Kera

Nak tangkap gambar malas, tapi kemahuan nak update blog tu ada....bukak2 folder kat pc jumpa gambar tureen periuk kera ni yang belum di n3....rasanya ramai blogger2 antik dah ada....saiznya agak besar iaitu 10" mangkuk dan 10.5" penutup dan tingginya juga 10"...layanlah gambar2 di bawah...jumpa lagi di lain n3..






Thursday, February 17, 2011

Lagi Koleksi Tureen

Salam sejahtera semua....
Hari ni kite kembali ke n3 tureen...tureen berkaki yang bermotifkan bunga2...daripada Japan. Tureen ni bersaiz agak besar juga, iaitu 9". Tanpa berlengah masa, layanlah gambar2 kat bawah ye...




Friday, January 28, 2011

Tureen Berkaki Bunga Ros

Yang sebenarnya hari ni teman tak ada mood nak meng'n3' tapi disebabkan tak nak biorkan blog ni bersarang segala hidupan2 liar, gagahkan juge le buat n3. Bukan ape, 2,3 hari ni sebok dengan keroje, maklumlah, company Cina, nak raya, banyak nak pakai duit, jadi teman yang menjaga duit masuk syarikat kenelah berhempas pulas sana sini ngejor duit. Nak join GA pun udah tak sempat. Ditambah pula hati tengah libang libu ni...hehehe...tapi dalam sebok2 pun, sempat juge godek2 FB dan blog...hahahaha...
Dah abis mengarut, cerite pasal tureen pulak. Tureen berkaki ni asalnye adalah milik salah seorang kakak blogger ku sayang yang baik hati mem'barter' tureen ni dengan saya. Asalnya tureen ni ada sedikit defect tapi setelah di 'operate' oleh doktor antik ezany, maka hilanglah segala cacat2 yang ada....hehehe...bentuknya memang memukau semua peminat2 PML ditambah pula motif bunganya yang sangat cantik dipandang...kepada kakakku sayang yang sudi barter tureen ni, terima kasih banyak2...suke sangat sampi asik membelek je...hehe...ok jom layan gambar2 kat bawah.







Tuesday, January 18, 2011

Tureen Ros Ungu

Hari ni den nak kongsikan satu lagi tureen kesayangan den....jauh datangnyo, dari negori adat pepatih mano laie kalau bukan negori sombilan...hehehe....bahaso pun dah tukar ha...tureen ni den boli dongan cik tasha kito yang dulunyo ado blog, sekarang ni guno FB jo dio....apo yang menariknyo tureen ni adalah bungonyo...
Ok, tak do modal nak mengarang, layan yo la gambar2 kek bawah ni ha....





Monday, January 3, 2011

Koleksi Pertama 2011

Salam sejahtera kepada semua pembaca...rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2011 kepada semua. Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan yg diredhai-Nya. Saya pasti, semua orang mempunyai azam yang baru di tahun baru ini, pada saya azam tahun lepas banyak yang telah tercapai dah ada juga yang masih belum tercapai, apapun di tahun baru, dengan azam baru sama2 lah kita mendidik diri kita lebih baik dari yang sebelum ini.

Sempena tahun baru ini juga, saya kongsikan sebiji hasil rembatan pertama saya di tahun 2011 iaitu sebiji tureen yang pada saya bentuknya amat menarik. Tureen ni saya beli pada 1.1.2011 lalu. Sebelum ni Kak Yatt ada n3 tureen yang sama bentuk macam ini, kalau nak tengok boleh n3 disini.


Bentuk yang menarik perhatian saya, harganya pun mampu milik walau telan air liur juga.


Kombinasi warna biru, merah jambu, kuning dan hijau pada motif bunga-bungaan.


Pandangan dari atas.


Apabila dibuka.


Sekian saja untuk tatapan kali ini. Selamat menjamu mata.

Monday, December 27, 2010

Tureen Retak 1000 Bahagian ke II

Pagi2 buta nan sepi ni disajikan sequal n3 mengenai tureen retak 1000. Kak Shas, Kak Nannie dan Kak Yatt dah pun buat n3 tureen yang sealiran macam ni, sebelum ni saya pun ada n3 tureen yang macam ni jugak. Kali ni saya kongsikan penambahan tureen retak 1000 yang ada dalam simpanan saya iaitu penambahan 2 biji lagi tureen retak seribu yang berlainan saiz.


3 biji tureen retak 1000, dari saiz besar, sederhana dan paling kecil.


Yang ini paling besar, bersaiz 8.5" mangkuk dan 9.5" penutup. Kondisinya pun cantik lagi, mungkin jarang digunakan oleh pemilik asal tapi tureen ni kalau angkat memang terasa berat.


Pandangan atas.


Ini pula bersaiz sederhana, 7" mangkuk dan 8" penutup. Kalu diperhatikan keadaan tureen ni memang terlalu nampak uzur, banyak kesan retak 1000 dan stain, memadai dengan usianya. Tureen ni saya dapat free dari peniaga di Loken kerana banyak membeli barang dari peniaga tersebut.


Pandangan atas.


Dan ini tureen yang paling kecil sekali, warisam keluarga saya, yang pernah saya n3kan sebelum ini. bersaiz 6" mangkuk dan 7" penutup.


Pandangan atas.



Sekian saja untuk kali ini. Jumpa lagi...