Showing posts with label Rosa - England. Show all posts
Showing posts with label Rosa - England. Show all posts

Friday, August 12, 2016

FOR SALE : GRAVY BOAT / SAUCE BOAT / MILK BOAT J&G MEAKIN ENGLAND


J&G MEAKIN, MADE IN ENGLAND
ROSA (WARNA PINK) DAN JADE (WARNA HIJAU)
CONDITION CANTIK, NEW OLD STOCK
RM75 UNTUK SEUNIT TAK TERMASUK POS

GRAVY BOAT HIJAU JADE SOLD
GRAVY BOAT ROSA PINK AVAILABLE LAGI 2 UNIT

BOOKING 3 HARI
BERMINAT, SMS/WHATSAPP 0175606196

Thursday, September 13, 2012

Rosa Cindarella Siri Ke II

 Salam sejahtera semua...hari ni kesinambungan entry rosa cindarella kelmarin. Coffepot dan creamer jar kecil yang sememangnya untuk set coffepot ni. Hari tu lupa nak snap sekali.

Betapa cantiknya coffeepot rosa cindarella ni, dah lama saya mengidam, sebelum ni tengok kawan-kawan punya saja, alhamdulillah rezeki dapat jugak atas jasa baik seorang kakak dari Ampang, Selangor yang tolong saya dapatkannya, harganya pun sangat berpatutan. seronok tak terkata. cuma nak cari cawan-cawannya yang kecik comel tu pulak. 

Dan creamer jar yang kembung pendek semacam ni tapi bentuknya tetap cantik. yang ni sememangnya untuk coffepot/chocolatepot, saiz kecik, nak cari teaset punya yang saiz besar. 

Entah kenapa, saya suka sangat dengan set meakin rosa cindarella ni mungkin sebab patern dia kot yang cantik, beriya sungguh nak cari segala apa yang ada..hehe...insyaallah semoga tercapai. Sekian saja, jumpa lagi di lain entry.

Wednesday, September 12, 2012

Koleksi Rosa Cindarella

 Lama rasanya tak da entry pasal pinggan mangku lama. Hari ni kita kongsi koleksi J & G Meakin Rosa pulak, geng-geng PML panggil set berbiku-biku berenda ni 'rosa cindarella' mungkin sebab bentuk dia yang sangat cantik tu kot. Mengenai koleksi ni saya kumpul bukanlah sekali dapat complete macam ni...Agak lama juga nak dapat penuhkan set, hunting sana, hunting sini dapatlah. Tu pun masih tak da sugar bowl dan creamer jar tapi creamer jar saiz kecil ada, lupa nak snap skali. Pinggan-pinggan pulak ada yang dah saya kumpulkan semua saiz, terutama pinggan leper cuma pinggan mungkum saja belum dapat semua saiz. Oval plate pun saya baru ada 3 saiz saja. Kalau jumpa saiz-saiz2 yang lain sudah semestinya saya akan rembat juga nanti. Cadangnya nak buat hidang bila ada tetamu yang datang guna set ni tapi belum jugak kesampaian sebab nak bawak keluar dari almari tu malas..hehe.

Kalau untuk teaset kira cukup la ni, sugar pot dan creamer jar tak da lagi.

Bentuk teko yang sangat cantik, memang ramai yang berkenan dengan bentuk teko ni cuma kuantitinya di pasaran agak kurang, harga pun agak tinggi sebab teko ni memang rare.

 6 pasang cawan dah cukup...dulu-dulu saya beli new old stock, memang puas hati.Cawannya pun bukan senang nak dapat ye.


Gravy boat...pun saya suka bentuknya...dapat di pasar Loken satu masa dulu tapi harga saya dapat pun bukan murah, lebih kurang harga online, nak punya pasal kalau ada bajet, tak kira, mesti kena beli juga.

Tureennya...cantik kan...boleh la isi nasi..hehe

Pinggan bujur 3 saiz, 14", 12" dan 11"

Pinggan leper dan pinggan mungkum, cukup kot untuk hidang makan malam atau makan tengahari.

Pinggan leper saiz 10", 9", 8" dan 7"

 Pinggan mungkum pulak saya cuma ada 2 saiz saja, saiz 9" dan 8", baru-baru ni kalau tak silap ada penambahan untuk saiz 7". nak cari saiz yang lain pula.

2 jenis mangkuk, untuk cereal/bubur dan sebagainya keduanya bersaiz 7".

Sedikit demi sedikit saya kumpul set ni dari tahun 2008, alhamdulillah berjaya menambah kaum kerabatnya. Hobi ni memang perlukan kesabaran, nak dapat terus complete set depan mata memang susah melainkan kita mengumpul set-set baru yang banyak di pasaran.
Sekian saja untuk kali ini, jumpa lagi di lain entry.

Friday, January 29, 2010

My Pinky - Rosa

Salam sejahtera dan semoga bergembira di hari jumaat ni...
Harini saya nak berkongsi dengan koleksi Rosa yang bercampur aduk ni..hehehe...dah lama saya kumpul sikit2 alhamdulillah makin bertambah...
Kesemuanya saya dapat di merata tempat yang berlainan....sejak 7 tahun lepas lagi saya mula kumpul set ni dan yang terbaru dapatlah sebijik tureen hasil barter dengan kak saidah.. Oklah jom sama2 kite layan gambar...


Koleksi Rosa ku..walaupun seciput saya hargai usaha saya untuk dapatkannya...


Cawannye saya ada yang jenis ni saja dan piringnya ada 2 jenis yang berlainan. cawan ni dapat di ML 4 tahun lepas...harga time tu sepasang RM10 jugak...


Koleksi pinggan dan mangkuk yang seciput...memang niat nak tambah lagi tapi dah takda space dalam almari..hehhee


Creamer jug...hasil rembat di ML 5 tahun lps...harga pun RM10 je time tu..


Tekonye yang gemuk dan montok....


Dan ni merupakan teko yang paling saya sayang sekali...bentuknya yang betul2 menawan...baru je dapat ni, dah lama saya cari akhirnye jumap jugak, harganye pun memang berpatutan...kalau saya cakap mesti ramai tak percaya..hahhaa


Tureen hasil barter dengan kak saidah..thanks kak saidah sudi lepaskan tureen ni... dah lama saya cari akhirnye rezeki dapat dari kak saidah...


Tureen yang ni pulak hasil rembat di ML tahun lepas...saya dapat RM5 je tu pun sebab mulut die pecah skit dan dapat pada peniaga yang tak berapa tahu nilainye..hahaha




3 jenis cop yang berlainan yang terdapat pada bontot koleksi rosa saya...

Oklah selamat menjamu mata, nak tulis banyak2 dah takda modal..huhuhu...ok bye2